Wednesday, 13 December 2006

KEMENTERIAN LEMAH DAN UNIVERSITI LALAI - IJAZAH TIDAK LAKU


PUTRAJAYA 13 DIS : Kementerian Pengajian Tinggi mengakui kelalaian pengurusan universiti mungkin menjadi punca beberapa ijazah sarjana muda profesional tidak diiktiraf kerajaan walaupun pelajar sudah tamat pengajian.

Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed, berkata universiti yang menawarkan program diploma atau ijazah sarjana muda yang baru mesti memohon pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setahun sebelum pelajar tamat pengajian.

"Universiti juga perlu memohon akreditasi daripada badan profesional berkaitan bagi program profesional seperti kejuruteraan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Hari Kualiti dan Integriti kementerian di sini semalam.

Mustapa berkata demikian ketika diminta mengulas rungutan yang disiarkan dalam ruangan Surat dan e-mel Berita Harian Khamis lalu berhubung beberapa program kejuruteraan di kolej universiti awam tidak diiktiraf JPA.

Penulis mendakwa antara kolej universiti awam terbabit ialah Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (Kuktem), Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem) serta Kolej Universiti Kejuruteraan Utara (Kukum) yang masih belum diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Lembaga Jurutera Malaysia (Bem).

Mustapha juga kena sedar bahawa, kelemahan kementerian yang diterajuinya juga adalah penyebab kenapa ijazah tersebut tidak laku. Sepatutnya kementerian memantau semua universiti dan mengarahkan tindakan diambil segera untuk memastikan semua ijazah yang ditawarkan oleh IPTA khususnya Kolej Universiti diiktiraf oleh JPA. Amat malang sekali apabila ijazah IPTA pun tidak diiktiraf.

Mustapha jangan hanya sibuk berpolitik sehingga mengabaikan tugas dan tanggungjawabnya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59