Wednesday, 6 December 2006

HAKIKAT SEBENAR YANG MELANDA JABATAN KERAJAAN


SHAH ALAM 6 NOV : Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang kesal kerana ada ketua jabatan dan agensi yang memperlekehkan perlanggaran peraturan dan prosedur pengurusan kewangan kerajaan tetapi diberi anugerah dan terus menikmati kenaikan pangkat.

Beliau berkata kerajaan menanggung kerugian dan perlu berbelanja lebih kerana sikap ketua yang memperlekehkan peraturan itu.

Katanya sikap ketua yang sedemikian akan menyebabkan anak buah menganggap peraturan dan prosedur tidak penting untuk diikuti dan memberi kesan terhadap rekod perakaunan dan kewangan yang kelam-kabut, berlaku penyelewangan dan salah guna kuasa, pemborosan dan pembaziran dan mungkin juga rasuah.

"Dalam hal ini kita akan merasa sedih kalau mereka yang sepatutnya bertanggungjawab diberi penghormatan dari segi anugerah khidmat cemerlang, naik pangkat, diberi medal dan bintang kebesaran," katanya ketika berucap pada Hari Audit SeMalaysia di sini semalam.

Ambrin berkata sebarang kelemahan dan kesilapan yang dikenal pasti dalam pengurusan kewangan atau pengurusan projek, perlu segera diperbetulkan.

Beliau berkata pengurusan kewangan "handson" amat penting, bukan untuk diagihkan sahaja kerana sebagai pegawai pengawal, ketua jabatan dan agensi perlu jangan hilang kawalan.

Sekali sekala, katanya, ketua jabatan dan agensi perlu menyemak sendiri buku vot, daftar aset dan bil yang belum dibayar.

"Kalau sekadar mengambil laporan-laporan bertulis anak buah, belumlah cukup. Tidak cukup, ketua-ketua jabatan dan agensi perlu tahu apakah isu-isu yang dibangkitkan oleh audit luar ataupun dalam.

"Mereka mesti pastikan tindakan pembetulan diambil segera," katanya.

Ambrin berkata semua projek pembangunan perlu dipantau secara berkualiti agar tidak menimbulkan kemarahan rakyat serta menjejaskan kewibawaan kerajaan.

Katanya pemantauan tapak yang berterusan terhadap kerja kontraktor perlu dibuat secara berterusan bagi mengelak projek terbengkalai.

Projek pembangunan perlu siap megikut jadual tanpa kompromi tentang kualiti dan kenaikan kos, katanya.

Katanya kontraktor yang tidak mampu membuat kerja perlu ditamatkan dan dicari penganti dengan segera.

Turut penting ialah memastikan sesuatu program atau projek itu dapat dimanfaatkan oleh kumpulan sasaran serta tidak berlaku ketirisan, katanya.

Hakikat di atas juga berlaku di dalam kepimpinan kerajaan serta parti pemerintah. Sesiapa yang kuat bodek, kaki ampu dan 'yes man' sudah pasti akan naik pangkat, dapat projek dan naik cepat dalam parti atau kerajaan. Akhirnya negara akan dipimpin oleh orang yang tidak cerdik tetapi oleh kerana kuat ampu dan bodek mereka dapat kedudukan yang tinggi

Dari The Star

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59