Thursday, 7 December 2006

Celup jari pengundi dakwat khas : SPR beri alasan dangkal


PUTRAJAYA 7 Dis. – Alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)bahawa banyak kesulitan timbul jika menggunakan kaedah mencelup jari pengundi ke dalam dakwat khas setelah mereka selesai mengundi seperti yang dicadangkan oleh parti pembangkang, adalah dangkal dan tidak masuk akal.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, selain merupakan kaedah yang ketinggalan zaman, peraturan itu juga memerlukan pindaan kepada Akta Pilihan Raya 1958 atau Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Beliau berkata, SPR telah mengenal pasti beberapa kaedah yang lebih berkesan untuk mengelakkan penipuan semasa pilihan raya tanpa melibatkan pindaan akta-akta berkenaan yang mengambil masa yang terlalu lama.

‘‘SPR sedang mengkaji beberapa cadangan berkaitan pilihan raya sama ada daripada kerajaan mahupun parti pembangkang, termasuk cadangan Pas yang mahu kaedah mencelup jari pengundi ke dalam dakwat khas bagi pengundi yang telah selesai mengundi.

‘‘Tapi dalam kes cadangan Pas mengenai peraturan mencelup jari pengundi dalam dakwat khas itu, saya tidak begitu senang kerana ia melibatkan pindaan dalam akta-akta pilihan raya di Parlimen,” katanya.

Abdul Rashid berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya Indonesia (KPU), Prof. Dr. Ramlan Surbakti dan sembilan anggota rombongannya di sini hari ini.

Pada 7 September lalu, Pas telah meminta SPR menimbangkan cadangan supaya menggunakan kaedah mencelup jari menggunakan dakwat khas ke atas pengundi yang telah selesai mengundi.

Parti pembangkang itu berpendapat kaedah itu yang digunakan secara meluas di beberapa negara termasuk India, Pakistan, Mesir dan Yemen sangat berkesan untuk mengelakkan penipuan kerana dakwat berkenaan hanya akan hilang selepas tempoh tertentu.

Malah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, kaedah mencelup jari ke dalam dakwat khas berkenaan juga mendapat sokongan daripada parti pembangkang lain termasuk DAP dan Keadilan.

Dalam pada itu, Abdul Rashid berkata, SPR mampu melaksanakan semula pilihan raya kerajaan tempatan berdasarkan Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960 sekiranya diarahkan oleh kerajaan untuk berbuat demikian.

‘‘Kalau kerajaan mengkehendaki SPR melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan bagi memperluaskan demokrasi di negara ini, SPR mempunyai keupayaan dan kepakaran. Kita boleh buat tanpa ada masalah kerana kita mempunyai banyak pengalaman.

Jelas sekali bahawa SPR tidak bersedia untuk meminda Undang-undang Pilihanraya bagi meyakinkan semua orang bahawa Pilihanraya Malaysia adalah telus dan bersih. Kaedah mencelup jari walaupun telah lama digunakan tetapi ianya jelas berjaya membendung penipuan di mana ia berupaya mengenalpasti pengundi yang cuba mengundi dua kali.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59