Friday, 15 December 2006

AGENSI KERAJAAN KHIR TOYO BERTAMBAH BIADAP


KUALA LUMPUR, 15 Dis - Kebiadapan anak didik Khir Toyo makin bertambah apabila satu demi satu surau-surau di sekitar Selangor akan diranapkan oleh penguasa pihak berkuasa tempatan, dan selepas Surau Arrahmaniah, Kampung Berembang dirobohkan pihak berkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Surau Ehsaniah, Kampung Dato' Harun, Kampung Pandan Dalam bakal menerima nasib yang sama.

Harakahdaily melaporkan bahawa semalam, tanpa sebarang notis dan perbincangan, kira-kira jam 9.30 pagi MPAJ bertindak untuk merobohkan surau tersebut.

Sewaktu kerja-kerja mengosongkan surau dilakukan, berlaku sedikit kekecohon antara penduduk yang membantah perobohan tersebut.Tingkap surau dicabut dan peralatan surau seperti permaidani, sejadah dan al- Quran juga dipunggah keluar.

Malahan meter eletrik dan air juga ditutup.Namun setelah MPAJ menyelongkar dan mengosongkan 'isi' surau tersebut, kerja-kerja tersebut dihentikan.

Menurut saksi dan juga imam, Abdul Aziz Mat Tani sewaktu bantahan dibuat, MPAJ menghentikan kerja-kerja pengosongan surau dan menyatakan Yang Dipertua MPAJ, Mohamad Yaakub akan ke tempat tersebut.

Dalam masa yang sama, Harakahdaily difahamkan, Menteri Besar Selangor hanya memberi tempoh penangguhan seketika sehingga Hari Raya Aidiladha sahaja, namun nasib surau itu akan terancam selepas perayaan tamat, kata sumber.

Nampaknya puak-puak yang mabuk kuasa ini terus melakukan kekejaman terhadap rakyat malah mereka semakin berani merobohkan rumah Allah tanpa rasa takut dan segan. Apakah mereka menyangka bahawa kuasa mereka dapat mengatasi kuasa Allah. Kita mengharapkan semua umat Islam berdoa supaya golongan zalim dan bongkak ini di'ajar' oleh Allah.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59