Thursday, 2 November 2006

ZAKARIA TAK PERLU LETAK JAWATAN, KHIR TOYO CELARU


Kesemua 20 ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi sesi 2004 hingga 2006 telah pun menamatkan tempoh perkhidmatan mereka pada 30 September lalu.

Maka sudah pastilah Zakaria Deros bukan lagi Ahli MPK, apa nak sibuk-sibuk letak jawatan. Tetapi yang bebalnya ialah ada di kalangan pemimpin pusat dan negeri yang bingung tak tahu prosedur apabila membuat cadangan supaya Zakaria letak jawatan Ahli MPK. Ini termasuk MB Selangor sendiri yang membuat gesaan itu. Takkanlah MB pun tak tahu prosedur.

Sepatutnya yang paling penting bukan letakkan jawatan Ahli MPK sahaja tetapi semua jawatan lain termasuk ADUN Pelabuhan Klang, Ketua Umno Bahagian dan lain-lain jawatan juga mesti letak jawatan. Namun itu tidak menjadi amalan pemimpin dan ahli Umno. Mereka tidak akan letak jawatan walaupun jelas melakukan kesalahan, malah pemimpin mereka pun tidak arahkan mereka berbuat demikian sebagaimana terjadi kepada Isa Samad, Amid Nordin, Shahiruddin Moin semuanya masih menjadi Ahli Parlimen dan ADUN walaupun digantung atau dipecat dari Umno.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59