Wednesday, 8 November 2006

YA ALLAH TERIMALAH MIRVAT MASSUD SEBAGAI SYUHADA






Gambar sebuah rumah keluarga Palestin yang rosak teruk dibedil tentera jahanam Israel.








GAZA 8 NOV : Seorang remaja Palestin, Mirvat Massud, 18, bertindak nekad meletupkan diri dalam serangan berani mati ke atas sekumpulan askar Israel kelmarin ketika rejim Zionis meneruskan keganasan dengan membunuh 61 penduduk Palestin. (YA ALLAH GOLONGKANLAH MIRVAT MASSUD DALAM GOLONGAN SYUHADA)

Walaupun, serangan itu hanya menyebabkan seorang askar Yahudi cedera ringan, ia disusuli dengan keputusan Tel Aviv semalam mengundur tenteranya dari Beit Hanun yang menjadi tumpuan keganasannya di Gaza sejak seminggu lalu.

Mirvat dikatakan meletupkan bahan letupan dililit pada dadanya ketika berjalan melintasi sekumpulan tentera Zionis di bandar di utara Gaza itu.

Kumpulan pejuang Palestin, Jihad Islam yang sebelum ini melancarkan beberapa serangan ke atas sasaran Israel, mengaku bertanggungjawab dalam serangan Mirvat berkenaan.

Jihad Islam turut memaparkan rakaman video gadis itu yang antara lainnya ditujukan kepada ibunya.

“Ibu tersayang, saya mohon anda agar terus tabah dan maafkanlah diri ini. InsyaAllah, kita pasti bertemu di syurga,” kata Mirvat dalam rakaman itu.

Beliau adalah antara segelintir daripada lebih 100 pengebom berani mati Palestin sejak enam tahun lalu.

Sementara itu, sehari selepas melakukan pembunuhan kejam yang turut mengenai sebuah tadika, tentera Israel berundur dari bandar Beit Hanoun, tetapi masih terus menceroboh beberapa kawasan lain di Semenanjung Gaza.

Selain membunuh lapan lagi penduduk dan mencederakan ramai lagi penduduk Palestin semalam, tentera Israel turut meninggalkan kemusnahan teruk di beberapa rumah dan jalan raya di Beit Hanoun yang dipenuhi air najis selepas paip tangki kumbahan dimusnahkan kereta kebal dan jentolak Zionis.

Kereta kebal Israel semalam membedil rumah milik Ahli Parlimen Hamas, Jamila Shanti yang minggu lalu menganjurkan bantahan ke atas serangan Israel terhadap sebuah masjid yang digunakan pejuang sebagai tempat persembunyian.

Jamila berkata, adik iparnya adalah antara seorang daripada tiga yang terbunuh dalam kejadian itu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59