Monday, 6 November 2006

SYABAS UMNO JOHOR


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan syabas kepada Badan Perhubungan Umno Johor kerana telah membuat keputusan besar dalam Konvensyen UMNO Johor di Johor Bharu semalam.

Dalam ucapan pada konvensyen tersebut Pengerusi Umno Johor, Ghani Othman telah menyatakan bahawa cadangan Penubuhan Surahanjaya Agama (IFC) dan pembentukan konsep bangsa Malaysia perlu ditolak kerana ia nyata melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Ghani juga berkata, cadangan penubuhan IFC akan menyamakan kedudukan agama Islam dan semua agama lain serta memberi kuasa kepada IFC menangani sebarang pertikaian berhubung agama. Ini juga bercanggah dengan Perlembagaan dari segi Fasal 3 yang menetapkan bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan dan menjamin sama agama lain boleh diamalkan dengan aman damai. Ghani juga menambah bahawa penubuhan IFC ini juga mempertikaikan kuasa mahkamah syariah yang dipertegaskan dalam fasal 121(A).

Selain itu Umno Johor juga membantah pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kerana dasar tersebut hanya menyebabkan bangsa Melayu kehilangan identiti dan jati diri. Pendekatan ini sebenarnya amat menyulitkan pelajar Melayu kerana ia adalah cara paling buruk untuk belajar bahasa Inggeris dan cara paling buruk juga untuk belajar Matematik dan Sains.

Kita mengharapkan gesaan dan pandangan Umno Johor ini akan dikemukakan kepada Perdana Menteri supaya ianya diambil tindakan dengan segera demi kepentingan Islam dan Bangsa Melayu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59