Monday, 27 November 2006

SISTEM PENDIDKAN UNIVERSITI KITA GAGAL LAHIRKAN MAHASISWA BERAKHLAQ


KUALA LUMPUR 27 NOV : Purata 100 kesalahan setahun direkodkan melibatkan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sepanjang 35 tahun lepas dan ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan melalui kementerian yang berkenaan gagal melahirkan mahasiswa yang berakhlaq mulia dan berdisiplin tinggi.

Baru-baru ini ranking universiti-universiti merudum jatuh, kini kita dikejutkan pula dengan berita akhlaq mahasiswa yang semakin parah. Apalagi yang tinggal yang boleh kita banggakan.

Menteri berkenaan Datuk Mustapa Mohamed berjanji untuk mengatasi masalah ini, tetapi hakikatnya Mustapha dan kerajaan Islam Hadhari lebih berminat untuk membendung kegiatan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di kampus daripada mengatasi masalah ini. Apa sahaja kegiatan PMI dipantau dan dikacau sedangkan program-program PMI jelas bertujuan untuk meningkatkan ketaqwaan dan akhlaq mahasisiwa.

Tidak ada apa yang hendak dihairankan kerana sebenarnya kementerian dan pentadbir kampuslah yang menggalakkan pergaulan bebas siswa dan siswi di mana program yang dianjurkan mereka semuanya menggalakkan pergaulan bebas dan percampuran siswa dan siswi. Apatah lagi program seperti konsert, karaoke dan sebagainya digalakkan oleh mereka. Pada masa yang sama program-program di surau-surau dan masjid dikurangkan apatah kalau ianya dianjurkan oleh PMI.

Statistik dibawah ini cukup membimbangkan kerana ianya dilakukan oleh orang yang bijak dan cerdik. Kalau orang cerdik macam ini pun tidak dapat berfikir dengan waras bagaimana dengan remaja yang tidak lulus periksa, keciciran pelajaran dan melepak, sudah tentu lebih teruk.

Mustapha dalam kenyataannya hari ini berkata 3,818 kesalahan yang dilakukan pelajar IPT dari 1971 hingga 2006, kes khalwat adalah yang paling tinggi melibatkan 735 kes, diikuti dengan penyelewengan akademik sebanyak 632 kes, mencuri (332), membawa nota sewaktu peperiksaan (270), kesalahan lalu lintas (212) dan penyalahgunaan dadah (107).

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59