Tuesday, 28 November 2006

SAYA TIDAK AKAN BERHENTI DARI BERCAKAP ISU MURTAD - DR BADRUL AMIN


DURIAN TUNGGAL 28 NOV : Ahli MPT PKR, Dr Badrul Amin Baharon menegaskan bahawa beliau tidak akan berhenti memperkatakan tentang isu murtad walaupun mungkin ianya memerlukan nyawa untuk dipertaruhkan.

Beliau menegaskan demikian dalam ceramahnya di Markaz PAS Cawangan Kg Gangsa di sini malam tadi.

"Angka yang saya perolehi dari sumber gerakan kristian menunjukkan bahawa sudah lebih dari 350,000 orang melayu murtad dengan masuk kristian manakala lebih 150,000 masuk hindu. Maka sudah ada setengah juta orang Islam yang murtad sekarang" tegas Badrul Amin.

"Apa yang kerajaan Islam Hadhari buat, sebenarnya Islam Hadhari ini sama dengan Islam Liberal yang menyamakan semua agama. Sebab itu gejala murtad ini tidak dibendung kerana semua agama sama" tambah Badrul Amin.

"Apa saudara-saudari rela anak kita dimurtadkan, jangan kita berdiam diri dalam isu ini, ianya suatu yang wajib ditangani" jelas Badrul Amin lagi.

Dalam ceramahnya juga beliau menegaskan Islam Hadhari ini tidak disebut didalam 6,666 ayat Al-Qur'an dan Hadis-Hadis Sahih Nabi Mohamad S.A.W. Ini merupakan ajaran baru dan menyeleweng dari Islam sebenar.

Apa yang amat dikesalkan beliau ialah gerakan IFC (Suruhanjaya Antara Agama) dipelopori oleh kumpulan Sisters In Islam (SIS) yang bertindak sebagai sekretariat. Lebih malang lagi anak perempuan Perdana Menteri sendiri iaitu Nori Binti Abdullah juga terlibat sama dengan SIS yang disifatkan sebagai Sister In Syaitan oleh Badrul Amin.

Badrul Amin juga mendedahkan pandangan baru Zainah Anwar penggerak SIS yang menyatakan bahawa undang-undang Islam tidak lengkap kerana ianya dicipta oleh orang lelaki iaitu Nabi Mohammad S.A.W.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59