Wednesday, 29 November 2006

RAHMAN BAKAR TAKUT BAYANG-BAYANG SENDIR


Nampaknya Abdul Rahman Bakar, Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Marang semakin takut dengan bayang-bayang sendiri apabila mendakwa semakin ramai pengundi hantu didaftarkan di Parlimen Marang. Menurutnya ini semua adalah kerja jahat PAS sedangkan hakikatnya Umno lah 'juara' pengundi hantu.

Rahman Bakar sebenarnya semakin cuak akan kehilangan jawatan Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri kerana sokongan rakyat Terengganu kepada PAS semakin hari semakin bertambah.

Dalam kenyataannya beliau kepada media semalam beliau menyatakan bahawa Umno bahagian Marang telah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai kewujudan 'pengundi hantu' dalam salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh PAS di daerah itu.

Laporan tersebut dibuat oleh ahli Parlimen Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar di pejabat SPR Terengganu di Kuala Terengganu pada 6 November lalu.

“Aduan rasmi itu dibuat setelah kami menjumpai 541 ‘pengundi hantu’ didaftarkan di kawasan DUN Rhu Rendang,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen semalam.

Rhu Rendang merupakan satu daripada empat kerusi DUN dalam parlimen Marang. Ketika ini kawasan tersebut diwakili oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pada hujung September lalu, Abdul Rahman yuang juga Ketua Umno bahagian Marang mendedahkan terdapat 310 ‘pengundi hantu’ didaftar di kawasan tersebut.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia turut mendakwa para ‘pengundi hantu’ itu didaftarkan oleh PAS.

Bagaimanapun hari ini menurut Abdul Rahman jumlah ‘pengundi hantu’ itu telah bertambah kepada 541 orang dan beliau menuduh PAS mendaftar lebih ramai orang luar di kawasan tersebut.

Abdul Rahman berkata, ‘pengundu hantu’ ini tidak menetap di Marang, tidak berkerja di kawasan itu dan tidak berkahwin dengan orang tempatan.

Beliau turut menunjukkan kepada para wartawan senarai yang didakwanya ‘pengundi hantu’ yang menurutnya menetap di Petaling Jaya, Klang, Shah Alam atau Perak.

“Umno bahagian Marang telah memantau senarai daftar pengundi di kawasan ini sejak Jun lalu,” katanya.

Abdul Rahman mendakwa, ‘taktik kotor’ dengan mengimport pengundi luar ini telah diamalkan oleh Abdul Hadi sejak beliau memenangi kerusi tersebut pada 1986.

Katanya, perkara ini telah dibawa ke mesyuarat badan perhubungan Umno negeri dan Majlis Tertinggi Umno.

Beliau yang menyesali gejala ‘pengundi hantu’ ini turut menggesa SPR bertindak segera.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59