Wednesday, 8 November 2006

PEMBUNUHAN KEJAM DAN ZALIM. PENGAMPU KERAJAAN ISLAM HADHARI MUNGKIN TERLIBAT


KUALA LUMPUR 8 NOV : Seorang penganalisa politik terkenal yang juga merupakan pengampu kuat kepada kerajaan Islam Hadhari ditahan reman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut berhubung kes pembunuhan seorang model warga Mongolia. (TV PAS.com melaporkan bahawa Penganalis Politik tersebut ialah Abdul Razak Baginda).

Perintah reman terhadap penganalisa berusia 46 tahun ini dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.

Menurut laporan media, model berusia 28 tahun itu, yang dikenali sebagai Altantuya Sharibu, @ Aminah Abdullah, dipercayai ditembak dan badannya diletupkan dengan bahan letupan. Ini merupakan suatu perbuatan yang zalim dan tidak berperi kemanusiaan. Sudahlah ia dibunuh malah diletupkan pula.

Kelmarin, polis menemui cebisan mayat wanita Mongolia itu yang berselerak berdekatan Empangan Tasik Subang di Puncak Alam.

Turut ditemui ialah kesan terbakar – dipercayai akibat letupan – di kawasan berhampiran empangan Tasik Subang, kira-kira 2km dari jalan utama ke Kuala Selangor.

Turut ditahan berhubung kes pembunuhan tersebut ialah tiga anggota polis – seorang cif inspektor, detektif wanita dan anggota Unit Tindakan Khas (UTK).

Mereka kini ditahan reman selama seminggu untuk membantu siasatan kes pembunuhan tersebut. Difahamkan, tahanan remah bagi cif inspektor dan detektif wanita itu dilanjutkan hingga Isnin ini.

Menurut akhbar the Star, Altantuya, yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 16 bulan, datang ke Malaysia pada 6 Oktober lalu bersama sepupunya untuk menemui penganalisa politik tersebut, yang didakwa adalah suaminya.

Dia dilaporkan pergi ke rumah penganalisa tersebut di Bukit Damansara di Kuala Lumpur untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi anaknya itu yang memerlukan rawatan perubatan.

Adik perempuan serta sepupunya, melalui bantuan Kedutaan Mongolia di Bangkok, kemudiannya membuat aduan polis apabila Altantuya hilang sejak 19 Oktober lalu.

Penganalisa tersebut yang dikenali mempunyai kaitan politik yang kuat, ditahan di pejabatnya di Kuala Lumpur semalam.

Kumpulan pemikir yang diketuai penganalisa lulusan Universiti di London itu, menjalankan penyelidikan dan menerbitkan laporan mengenai politik, ekonomi, pertahanan serta hubungan antarabangsa.

SEJAK AKHIR-AKHIR INI BEGITU BANYAK KES JENAYAH MELIBATKAN PEMBUNUHAN KEJAM YANG TIDAK BOLEH DITERIMA AKAL. INI SEMUA ADALAH BALA ALLAH KEPADA KITA KERANA KEDEGILAN KERAJAAN ISLAM HADHARI YANG MASIH MEMINGGIRKAN ISLAM. JENAYAH BUNUH, MURTAD, ROMPAKAN, RASUAH DAN SEBAGAINYA SEMAKIN MENJADI-JADI. TETAPI MALANGNYA KERAJAAN ISLAM HADHARI MASIH BERDEGIL DAN TIDAK INSAF.

YA ALLAH SELAMATKAN HAMBAMU YANG SOLEH DAN SOLEHAH.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59