Wednesday, 29 November 2006

PAS BANTAH PAMERAN HANTU


PULAU PINANG 29 NOV : Saranan pimpinan PAS Kawasan Bukit Katil agar pameran hantu dihentikan serta merta kerana ianya tidak mendatangkan manfaat malah mengajak rakyat mempercayai perkara tahyul dan khurafat mendapat reaksi yang sama dari pemimpin PAS pusat.

Dalam laporan The Star semalam Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahid Yusof Rawa membantah penganjuran Pameran Mistik dan Hantu yang dijadualkan berlangsung sepanjang Pesta Pulau Pinang Disember ini kerana ia bercirikan kepercayaan tahyul serta khurafat yang akan membawa nilai negatif kepada masyarakat semua kaum di negara ini.

Dalam kenyataannya di sini ini semalam Us Mujahid turut menggesa penganjur supaya membatalkan pameran itu untuk memastikan nilai-nilai progresif dalam masyarakat tidak terganggu.

"PAS memang menentang sebarang usaha yang menyibukkan masyarakat dengan sesuatu yang tidak berpijak di bumi nyata dan bercirikan kepercayaan tahayul dan khurafat.

"Ia amat bertentangan dengan nilai-nilai murni dan juga boleh menghalang masyarakat kita untuk maju ke hadapan," katanya.

Beliau berkata selain bertentangan dengan ajaran Islam, pameran itu akan mengundang keraguan dan kesahihan orang ramai terhadap perkara "ghaib" yang dipamerkan.

"Pameran itu hanya bertujuan komersial bagi mengeksploitasikan perasaan 'ingin tahu' masyarakat di mana pihak penganjur tidak mengambil kira nilai etika dan moral yang merosakkan masyarakat semata-mata kerana ingin mengaut untung," katanya.

Beliau berkata PAS menggesa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), penganjur Pesta Pulau Pinang, Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan tokoh-tokoh masyarakat serta agama supaya mengambil kira pandangan itu.

Disunting dari The Star

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59