Thursday, 16 November 2006

PARLIMEN MALAYSIA KORUM TAK CUKUP - SUNGGUH MEMALUKAN


Peristiwa aneh berlaku dalam negara kita hari ini apabila korum di Parlimen Malaysia tidak cukup kerana kegagalan Ahli-ahli Parlimen menghadirinya. Hanya 24 orang Ahli Parlimen berada di dalam Dewan pada jam 4.55 petang menyebabkan Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, YB Chong Eng bangun bertanya adakah korum cukup atau tidak. Apabila dikira hanya 24 orang sahaja yang ada.

Apa yang lebih malang ialah kegagalan sebahagian besar Ahli Parlimen dari BN yang berjumlah 199 orang menghadirkan diri dalam Parlimen. Nampak jelas bahawa Ahli-ahli Parlimen dari Umno lebih mementingkan Persidangan Umno dari tanggungjawab mereka sebagai Ahli Parlimen.

Kejadian ini bertambah 'menyayat hati' apabila banyak soalan yang diajukan kepada Kementerian tertentu tidak dapat dijawab kerana ketidakhadiran Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen kementerian berkenaan.

Sementara itu Pemangku Ketua Kelab Penyokong Kerajaan Raja Ahmad Zainuddin yang juga Ahli Parlimen Larut melahirkan rasa dukacita di atas kegagalan Kementerian tertentu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan sejak Selasa lalu.

Beliau berkata Kementerian sepatutnya mewakilkan salah seorang dari Menteri, Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen untuk menjawab soalan-soalan berkaitan. Itu adalah lebih baik dari soalan tersebut dibaca oleh wakil dari Kementerian lain yang tidak berkenaan.

Raja Ahmad juga berkata walaupun Persidangan Umno sedang berlangsung, bukan semua Kementerian diwakili oleh pemimpin Umno samada menteri, timbalan menteri atau setiausha parlimen.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59