Thursday, 2 November 2006

MB YANG CELARU DAN TAK ADA 'STANDARD'


Kesemua 20 ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi sesi 2004 hingga 2006 telah pun menamatkan tempoh perkhidmatan mereka pada 30 September lalu. Sehubungan itu, mereka termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md. Deros, bukan lagi ahli MPK sehingga pelantikan baru dibuat.

TETAPI YANG AMAT MEMALUKAN KITA IALAH BAGAIMANA SEORANG MENTERI BESAR BOLEH BUAT KENYATAAN YANG ZAKARIA KENA LETAK JAWATAN SEDANGKAN TEMPOH PERLANTIKANNYA SEBAGAI AHLI MPK TELAH TAMAT DAN PERLANTIKAN BARU BELUM DISAHKAN. ADAKAH MENTERI BESAR INI TIDAK TAHU PROSEDUR.

BELIAU JUGA TIDAK AMBIL PUSING AKAN HAL INI SEHINGGALAH SULTAN CAMPUR TANGAN BARULAH SIBUK-SIBUK BUAT KENYATAAN PADA MEDIA TANPA USUL PERIKSA BELIAU SURUH ZAKARIA LETAK JAWATAN YANG MANA JAWATAN ITU TELAH 'EXPIRED'. INILAH STANDARD MB UMNO.

SELAIN DARI ITU SEPATUTNYA MB INI SURUH ZAKARIA LETAK JAWATAN ADUN BUKAN AHLI MPK. ITU LEBIH PENTING KERANA ZAKARIA TELAH GAGAL MEMPERTAHANKAN IMEJ SEORANG ADUN YANG SEPATUTNYA SENTIASA MEMATUHI PERATURAN DAN TIDAK TERLIBAT DALAM KONTORVERSI SEPERTI INI.

NAMUN KITA YAKIN PERLETAKAN JAWATAN ADUN INI TIDAK AKAN MENJADI KENYATAAN KERANA RASUAH DAN HAL SEUMPAMA INI BUKANNYA MENJADI KESALAHAN DAN DOSA BAGI UMNO. SEPERTIMANA ISA SAMAD, AMID NORDIN DAN SHAHIRUDIN MOIN MASIH JADI YB WALAUPUN DISABITKAN DENGAN KESALAHAN RASUAH POLITIK.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59