Wednesday, 8 November 2006

MAHATHIR SAH HADIR PADA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO


PETALING JAYA 8 NOV : Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengesahkan akan menghadiri perhimpunan agung Umno pada Rabu depan, kata setiausaha agungnya Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad hari ini.

Beliau diberikan ruang di barisan depan untuk tetamu kehormat kerana mengenang jasanya sebagai bekas Presiden Umno dan juga Perdana Menteri, kata Radzi.

Dua hari lepas, sewaktu taklimat perhimpunan ini kepada wakil media, Radzi berkata Dr Mahathir belum mengesahkan kehadirannya.

Kehadirannya di majlis ini menjadi topik hangat dan dinanti-nantikan banyak pihak sejak beberapa bulan lalu apabila beliau sebagai bekas presiden, buat pertama kali dalam sejarah Umno, bertanding untuk menjadi perwakilan rasmi bahagian Kubang Pasu bagi membolehkan beliau berucap.

Pemerhati politik melihat bahawa pemimpin Umno sendiri sebenarnya berasa cuak dengan kehadiran Dr Mahathir ini. Mereka takut Dr Mahathir ini membuat tindakan tertentu untuk 'mengacau' perhimpunan tersebut. Antaranya kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Mohd Taib yang memberi amaran agar tokoh ini "tidak mengganggu" majlis itu.

"Orang Umno ni, mereka mungkin nampak terhegeh-hegeh sahaja, tapi cubalah sesiapa nak buat kacau, bekas presiden ke tidak bekas presiden ke, mereka akan nyahkan daripada dewan," katanya dalam wawancara eksklusif dengan mStar Online.

Muhammad mengulas kemungkinan kehadiran Dr Mahathir boleh menimbulkan suasana tegang susulan siri-siri kritikan kerasnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59