Wednesday, 29 November 2006

LAGI BUKTI 'MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI'


Keyakinan dan dakwaan pemimpin Islam Hadhari bahawa Ekonomi Malaysia semakin baik sekali disangkal berdasarkan pandangan beberapa pakar ekonomi tempatan dan luar negara. Nampaknya pemimpin-pemimpin kerajaan Islam Hadhari ini tak habis-habis angkat bakul sendiri.

Dalam laman Malaysia-Today disiarkan pandangan seorang pakar ekonomi, Chua Hak Bin dari Citigroup Global Markets di Singapura.

Malaysia pada satu ketika dikenali sebagai harimau Asia dari segi ekonominya telah tergelincir dan lemas, membuatkan para ahli ekonomi dan perniagaan dalam kebimbangan.

Chua berkata bahawa pasaran saham Malaysia lemah dan keyakinan perniagaan mencatat tahap terendah. Apa yang lebih membimbangkan, pelaburan langsung asing (FDI) menjunam dan negara tradisi yang dikatakan lembap seperti Indonesia sudah melepasi Malaysia dalam pertarungan sengit untuk modal global, menurut survey yang baru dilakukan oleh Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia sedang menghadapi risiko dipinggirkan.

”Sehingga ia tangani banyak isu secara terus, jika tidak ekonomi Malaysia mungkin tergelincir ke dalam pertumbuhan yang berkualiti rendah,” beritahu pakar ekonomi kanan Sanjay Mathur dari UBS Investment Research, yang menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang pada kira-kira 5.5 peratus tahun ini.

Terdapat petanda bahawa kerajaan Malaysia sedang cuba mendapatkan semula keyakinan pelabur-pelabur.

Kerajaan Perdana Menteri Abdullah Badawi telah meliberalisasikan peraturan-peraturan berkaitan penggabungan bank-bank dan kerajaan telah memberitahu bahwa ia mengalu-alukan rakan kongsi asing untuk pengeluar kereta nasionalnya Proton.

”Perkara tersebut merupakan suara-suara yang ingin didengar. Tetapi pelabur-pelabur mahu lihat tindakan yang sebenar,” beritahu Mathur.

Jadi, apakah yang menyebabkan ekonomi Malaysia menghadapi permasalahan yang ada?

Secara ringkasnya, pakar ekonomi berpendapat bahawa keengganan Malaysia meliberalisasikan ekonominya bagi saingan yang lebih besar dan penyertaan asing, telah menjejaskan kedudukan Malaysia di kalangan pelabur-pelabur antarabangsa.

Di dalam negara, pelaburan domestik telah kering disebabkan dasar ekonomi berdasarkan kaum yang mengutamakan orang Melayu daripada bukan Melayu.

Hanya sedekad lepas, Malaysia dianggap sebagai ancaman ekonomi yang serius kepada Singapura kerana ia mengejar cita-cita untuk menjadi hab serantau bagi kewangan, teknologi maklumat dan pengangkutan.

Dalam pertengahan 1990-an, negara Malaysia menduduki tangga keenam dalam dunia sebagai tarikan kepada pelaburan asing, sementara nilai gabungan saham yang disenaraikan dalam pasaran bursa hanya di belakang Jepun dan Hong Kong di Asia.

Tetapi kedudukan yang tinggi itu telah mengalami kemerosotan yang teruk.

Hari ini, kedudukan Malaysia sebagai destinasi bagi modal asing telah merosot ke tangga ke-62, itu menurut survey yang dilakukan oleh Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan.

Malaysia, pada suatu masa dulu telah bersaing dengan Singapura untuk pelaburan asing, kini ia disaingi oleh negara-negara lembap yang tradisi seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Kepentingan pasaran modalnya juga sudah menjunam. Nilai perdagangan pasaran saham Singapura adalah tiga kali ganda lebih besar daripada saham yang disearaikan pada bursa saham Malaysia.

”Ia bukan kerana Malaysia berundur ke belakang, tetapi ia tidak maju ke hadapan cukup pantas,” kata Chua daripada Citigroup.

Dari perspektif antarabangsa, pakar ekonomi berkata imej Malaysia masih tercemar oleh tindakan kontroversi mengenakan kawalan modal ke atas ekonomi pada September 1998 bagi melindungi ekonomi daripada spekulator matawang.

Sementara banyak daripada langkah sekatan ekonomi tersebut telah dihentikan pada April tahun lalu – yang termasuk menamatkan penetapan ringgit Malaysia pada dolar Amerika – pakar ekonomi mengatakan Malaysia patut mengangkat sekatan ke atas perdagangan matawang dalam pasaran antarabangsa.

Lebih penting, Malaysia perlu mencipta semula model ekonominya. Bagi tiga dekad yang lalu, mercu tanda ‘blueprint’ ekonomi negara telah menjadi dasar pembikinan sosial bertujuan mempromosikan kepentingan orang Melayu, iaitu kaum yang mendominasi politik Malaysia.

Dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB), pelan tersebut telah bermula pada awal 1970-an yang bertujuan meningkatkan pemilikan ekonomi orang Melayu ke 30 peratus dari bawah 20 peratus pada masa kini.

Tetapi DEB telah melahirkan ketidakcekapan dalam ekonomi dan menurunkan pelaburan dari dalam dan luar negara, menurut pakar ekonomi dan ahli perniagaan.

Lebih buruk lagi, dasar tersebut telah berubah menjadi alat berbahaya menggalakkan politik naungan. DEB mengenakan had ke atas pemilikan asing dalam perniagaan dan menetapkan orang Melayu diberikan saham dalam syarikat-syarikat baru dan yang sedia ada.

Disunting dari Malaysia-Today.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59