Monday, 6 November 2006

KINI BARU KAU SEDAR


Badan Perhubungan UMNO Johor membantah pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kerana dasar tersebut hanya menyebabkan bangsa Melayu kehilangan identiti dan jati diri.

‘‘Pendekatan ini sebenarnya amat menyulitkan pelajar Melayu kerana ia adalah cara paling buruk untuk belajar bahasa Inggeris dan cara paling buruk juga untuk belajar Matematik dan Sains,” kata Pengerusi Umno Johor, Ghani Othman.

Jelas beliau, alasan pelaksanaan sistem tersebut hanya kerana penguasaan bahasa Inggeris yang lemah di kalangan orang Melayu adalah satu hujah yang lemah.

‘‘Kalau kita sanggup mengeluarkan belanja yang besar bagi mengubah kedua-dua mata pelajaran Matematik dan Sains ke bahasa Inggeris, sama ada buku teksnya, rujukannya, latihan gurunya, mengapa semua itu tidak dibelanjakan untuk peningkatan mata pelajaran bahasa Inggeris,” katanya.

Beliau berkata, jika pelajar menggunakan 38 peratus bahasa Inggeris dalam pembelajarannya di tingkatan tiga, jumlah tersebut akan meningkat hampir sekali ganda iaitu 64 peratus di tingkatan empat dan lima serta mencecah 80 peratus penggunaan di kalangan pelajar tingkatan enam dan matrikulasi.

‘‘Di peringkat universiti, hanya kursus sastera dan pengajian Islam di ajar dalam bahasa Melayu... lalu di mana yang mendorong anak Melayu untuk kekal dengan bahasa ibundanya,” katanya.

Menurut Abdul Ghani, lebih menyedihkan, usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu akan terbantut kerana segala usaha mencipta istilah baru mengikut keperluan bahasa akan terhenti.

‘‘Sia-sialah segala kerja beratus-ratus pakar dalam bidang-bidang tertentu mencipta istilah yang sudah pun mencecah satu juta istilah dalam ratusan bidang ilmu termasuk yang terkini iaitu aeroangkasa.

Katanya lagi, barangkali dengan gembar-gembur bahawa syarikat swasta kini memerlukan pekerja yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin, bahasa Melayu hanya menjadi bahasa ketiga selepas bahasa Inggeris dan Mandarin.

TAKKAN SEKARANG BARU KAU SEDAR GHANI. DULU MASA MAHATHIR UMUM PELAKSANAAN DASAR INI ENGKAU BUKAN MAIN PUJI DAN PUJA LANGKAH MAHATHIR SEKARANG BARU KAU SEDAR.

PAS DAN CERDIK PANDAI MELAYU DAH LAMA MENENTANG PELAKSANAAN DASAR INI SEMENJAK IANYA DIURA-URAKAN LAGI.

JADI SEKARANG TUGAS ENGKAU IALAH MENDESAK PAK LAH DAN MEMPENGARUHI SEMUA ORANG UMNO SUPAYA MENDESAK PAK LAH KEMBALI MENDAULATKAN BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN KITA.

AYUH GHANI PAS AKAN TETAP MENYOKONG CADANGAN ENGKAU INI.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59