Monday, 20 November 2006

KERAJAAN PANTAU BAHAN UNSUR FITNAH DAN HASUTAN. BAHAN LUCAH BAGAIMANA?


CHANGLUN 20 NOV : Kerajaan akan meningkatkan pemantauan terhadap penerbitan bahan berunsur fitnah dan hasutan yang boleh menggugat keselamatan negara.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum berkata sebagai contoh ada buku politik dan cakera padat digital (DVD) yang diedar semasa perhimpunan agung Umno baru-baru ini yang diragui kandungannya.

HAI JOHARI HANG TAK SEDAQ KA? BAHAN LUCAH DAN TAHYUL BERSEPAH-SEPAH DIJUAL DI PASARAN. YANG TU PUN BAHAYA JUGAK. JANGAN HANG BUAT-BUAT TAK SEDAQ PULAK. JANGAN DOK SIBUK NAK SEKAT TUN MAHATHIR SAJA.

"Kita tidak benarkan bahan-bahan itu diedarkan kerana ia boleh menimbulkan keresahan umum dan menggugat keamanan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan 325 bakal haji dalam kawasan parlimen Kubang Pasu di Masjid Changlun dekat sini Ahad.

"Saya dah arah Bahagian Penerbitan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri lihat perkara ini secara serius," katanya.

Johari yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu berkata kerajaan turut memantau penerbitan akhbar tertentu yang didapati tidak bertanggungjawab dalam laporan mereka.

"Ada akhbar berbahasa Cina membangkitkan isu-isu yang boleh cetuskan perasaaan tidak senang rakyat," katanya.

Beliau menegaskan bahawa Kerajaan tidak akan teraga-kagak untuk bertindak tegas terhadap apa jua penerbitan yang kandungannya boleh menggugat keamanan negara.

Johari juga bimbang dengan gejala penyebaran maklumat tidak tepat serta fitnah melalui khidmat pesanan ringkas (SMs) yang semakin berleluasa.

Antara kes penyebaran SMS yang menarik perhatian nasional ialah mengenai pelayar solo Datuk Azhar Mansor yang didakwa akan membaptiskan sebilangan umat Islam di Ipoh baru-baru ini.

Bagaimanapun pelayar kelahiran Perlis yang mencatat sejarah pelayaran mengelilingi dunia secara solo dengan kapal layar "Jalur Gemilang" pada 1999 itu tampil menafikan dakwaan itu semasa perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

"Banyak yang jadi mangsa SMS. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pun jadi mangsa dan saya sendiri pun pernah jadi mangsa," katanya.

Beliau yakin langkah mengawal penyebaran SMS berunsur fitnah dan hasutan akan dapat ditangani dengan lebih mudah apabila semua pengguna telefon prabayar perlu mendaftar selewat-lewatnya pertengahan bulan depan.

HANG INGAT HANG SORANG JA KA YANG JADI MANGSA. PEMBANGKAN JADI MANGSA HANG TAK SIASAT PUN?

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59