Monday, 20 November 2006

JANGAN MIMPI NAK PULIHKAN INDEKS RASUAH (CPI) KALAU TINDAKAN DIKENAKAN HANYA KEPADA 'IKAN BILIS'


Media hari ini melaporkan bahawa Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) mahu kejatuhan menerus dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia dijadikan satu ‘panggilan kejutan’ dalam usaha membanteras rasuah di negara ini.

Datuk Seri Zulkipli Mat Noor berkata, orang ramai harus sedar bahawa memerangi rasuah bukannya usaha BPR semata-mata tetapi perlu dihayati oleh semua lapisan masyarakat.

Dalam temuramah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia melalui RTM1 hari ini, beliau berkata, kejatuhan ke tangga 44 daripada 39 dalam CPI terbaru agensi Ketelusan Antarabangsa (Transparency International) mungkin juga disebabkan oleh kajiannya kini meliputi lebih banyak negara, iaitu 163 berbanding 140 sebelumnya.

Dalam hal ini DPP Kawasan Bukit Katil ingin mengingatkan Datuk Zulkipli supaya sedar bahawa Indeks ini tidak mungkin dapat dinaikkan sekiranya Malaysia masih mengamalkan pendakwaan terpilih dalam hal rasuah iaitu JERUNG BESAR terlepas tetapi hanya IKAN BILIS yang tersangkut. Inilah punca sebenar mengapa Indeks ini semakin merudum. Sejak Imam Al Hadhari memerintah belum ada pemimpin-pemimpin yang sering dikaitkan dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa di dakwa.

Ada yang terlibat dengan politik wang pun tidak dihadap ke mahkamah. Dalam keadaan Indeks CPI yang semakin merudum inipun Nazri Aziz Menteri yang menjaga rasuah membuat kenyataan bahawa rasuah wang di dalam Umno tidak boleh dikategorikan sebagai rasuah dan tidak perlu dibawa ke mahkamah. Kalau macam ini jangan mimpi negara kita akan bebas rasuah wahai Lah dan Nazri.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59