Friday, 10 November 2006

ISU BAHASA : IMAM AL HADHARI KERAS KEPALA


Walaupun sebahagian besar tokoh-tokoh akademik dan tokoh bahasa menentang pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kekal namun Imam Al Hadhari tetap berdegil mahu meneruskan dasar peninggalan zaman Mahathir ini. Ahli Parlimen Gua Musang yang juga Pengerusi Kongres Melayu, Tengku Razaleigh juga sudah beberapa kali menggesa dasar ini dimansuhkan. Antara tokoh-tokoh yang lantang menentang dasar ini ialah Tan Sri Ainuddin Wahid, Dato' Hassan Ahmad, Dato' Prof Shahrir Mat Zain dan ramai lagi.

PAS dan NGO melayu seperti ABIM, TERAS dan lain-lain juga telah lama menentang pelaksanaan dasar ini sejak awal-awal lagi.

Malah Badan Perhubungan UMNO Johor turut membantah pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah atas alasan dasar tersebut hanya menyebabkan bangsa Melayu kehilangan identiti dan jati diri.

Tetapi nampaknya Imam Al Hadhari tetap berdegil, semalam dia dilaporkan berkata bahawa pelaksanaan dasar tersebut diyakini mampu meningkatkan lagi prestasi pelajar bumiputera. Satu alasan yang dangkal kerana rata-rata pelajar-pelajar merungut kerana susah untuk memahami subjek yang memang sudah sedia susah ditambah pula dengan masalah bahasa ini.

Kita tidak mahu generasi akan datang mengutuk kepimpinan sekarang atas kegagalan mereka menguasai ilmu sains dan teknologi oleh kerana susah untuk memahami subjek tersebut. Ini juga menyebabkan orang Melayu akan terus tertinggal dalam arus pembagunan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59