Monday, 27 November 2006

HENTIKAN PAMERAN BERUNSUR TAHYUL


BUKIT KATIL 27 NOV : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menggesa pihak berwajib membatalkan program-program berunsur tahyul kerana ia jelas mengajar masyarakat supaya percaya kepada perkara-perkara tersebut.

Setiausaha DPP Kawasan Khairuddin Ismail dalam kenyataannya pagi ini menjelaskan bahawa program-program sebegini sebenarnya memberikan kesan negatif yang jelas di mana ianya akan mempengaruhi orang ramai terutama kanak-kanak.

"Kerajaan dan pihak berwajib sepatutnya mendidik masyarakat supaya tidak mempercayai perkara sebegini tetapi nampaknya mereka pula yang bersetuju dan mengalakkan program ini" jelas Khairudin.

Media hari ini melaporkan bahawa empat pameran bermula bulan hadapan hingga Mac bakal diadakan. Toyol, pocong dan pontianak adalah makhluk yang cuba dijauhi manusia, namun ketaksuban dan publisiti meluas menyebabkan makhluk itu sekarang menjadi ‘buruan’ untuk dipamerkan kepada orang ramai.

Sambutan luar biasa orang ramai terhadap dua pameran di Muzium Shah Alam dan Bastion House, Bandar Hilir, Melaka sebelum ini menyebabkan ‘perang’ pameran makhluk dan objek berunsur mistik, termasuk didakwa hantu, semakin panas.

Ini terbukti apabila sepanjang Disember ini, sekurang-kurangnya empat pameran mistik dan aneh akan dianjurkan di Pulau Pinang; Nilai 3, Negeri Sembilan serta dua di Melaka.

Tiga penyimpan makhluk dan objek mistik dari Selangor iaitu Baharuddin Osman atau Pak Raden dari Klang; Safuan Abu Bakar (Kuang) dan Mohd Salim Santhiman atau Wak Salim (Jenjarum) adalah ‘watak utama’ menyediakan bahan untuk semua pameran berkenaan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59