Wednesday, 1 November 2006

HANYA SETAKAT KURANG SENANG



Itulah beza parti yang memperjuangkan Islam dengan parti sekular yang tidak takut dosa dan pahala. Walaupun jelas YB Pelabuhan Klang, Zakaria Md Deros melakukan kesalahan tidak mendapat kelulusan MPK bagi pembinaan rumahnya dan juga ingkar perintah Sultan supaya mengadap tetapi Umno hanya setakat kurang senang. Kalau PAS sudah pasti pemimpin seperti itu akan diambil tindakan samada gantung keahlian atau dipecat.

Malah Umno langsung tidak memperkatakan tentang dari mana Zakaria mendapat wang sebanyak RM8juta untuk membina istananya. Sepatutnya Imam Al Hadhari sebagai pemimpin besar Islam Hadhari awal-awal mengarahkan BPR menyiasat Zakaria samada dari segi penyalahgunaan kuasa dan juga rasuah.

Lebih malang Khir Toyo seolah-olah langsung tidak mahu bertindak sehinggalah isu itu sampai ke pengetahuan Sultan.

Semalam Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO kurang senang (SETAKAT KURANG SENANG SAJA) dengan kes yang melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md. Deros dan mungkin akan membincangkannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Khamis ini.

Inilah bezanya Umno dan PAS.Kalau pemimpin PAS yang buat rumah macam itu sudah tentu riuh satu dunia. Apatah lagi kalau ingkar perintah Sultan sudah tentu segala pangkat dan darjat dilucutkan tanpa lengah-lengah lagi.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59