Monday, 27 November 2006

EKONOMI MALAYSIA BAIK : MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI


Seringkali kita mendengar dari mulut Perdana Menteri dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya bahawa ekonomi Malaysia sekarang berada dalam keadaan baik dan kukuh. Inilah kata-kata yang boleh kita umpamakan 'masuk bakul angkat sendiri'.

Hakikatnya ramai di antara pakar-pakar ekonomi termasuk bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mempunyai pandangan yang jauh berbeza.

Ku Li dalam kenyataannya kepada Malaysiakini menyatakan bahawa ekonomi negara kini berada dalam keadaan muram.

Katanya, ekonomi Malaysia kini mundur ke belakang berbanding negara-negara lain di Asia Tenggara, termasuk Indonesia dan Vietnam.

“Kalau dalam bahasa Inggerisnya, ekonomi berada dalam keadaan “sluggish”. Dulu (bagi) pelaburan asing, Malaysia nombor dua selepas Singapura tetapi kini cuma tinggi sedikit dari Filipina. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pula, Singapura terus meningkat lima kali lebih tinggi dari negara kita.

“Kalau kerajaan tidak menguruskan ekonomi dengan betul, ekonomi kita akan semakin ketinggalan. Keadaan yang berlaku sekarang amat membimbangkan.

“Cuba kita bandingkan dengan ekonomi negara-negara jiran, pendapatan rakyat Singapura lima kali ganda lebih tinggi dari Malaysia. Pendapatana per kapita mereka AS$29,000, Malaysia cuma AS$5,600,” katanya.

Tengku Razaleigh ditemui ketika menghadiri majlis Aidifitri di rumah bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali di Taman Melawati di ibu negara baru-baru ini.

Tengku Razaleigh berkata, salah satu isyarat ekonomi negara sedang lembab ialah dengan meningkatnya jenayah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sekarang kita saksikan kes ragut, mencuri dan merompak hingga sanggup membunuh. Ini berlaku kerana orang tidak mempunyai wang untuk membiayai kehidupan mereka.

“Selain itu, kira-kira 90,000 graduan sedang menganggur dan dijangka meningkat lagi tahun depan kerana semakin ramai lepasan pengajian tinggi memasuki pasaran buruh,” katanya lagi.

Beliau berkata, modal asing di Singapura melimpah ruah kerana pelabur tidak menghadapi kerenah birokrasi untuk menanam modal di republik itu.

“Walaupun Singapura kecil dan kos pengeluarannya jauh lebih tinggi dari kita, tetapi pelaburan asing terus mencurah-curah ke negara itu.

“Kita mesti mula memikirkan keupayaan untuk bersaing dengan negara-negara Asean dan juga China jika tidak mahu menjadi lebih tenat,” tambahnya.

Pada masa ini, kata bekas Naib Presiden Umno itu, bukan sahaja pelabur asing tidak tertarik datang ke Malaysia, malah pelabur tempatan, termasuk ahli perniagaan Melayu, melabur di negara lain.

“Mereka lebih senang melabur di Singapura dan ramai lagi orang Melayu yang berbuat demikian, ini sesuatu yang jarang berlaku sebelum ini.

‘Kita tidak pandai menjaga hati pelabur tempatan, jadi macam mana orang luar mahu datang melabur di Malaysia,” katanya.

Tengku Razaleigh juga mempersoalkana kenyataan Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa Datuk Rafidah Aziz yang mendakwa pelabur asing akan membawa pelaburan bernilai RM13.9 bilion ke negara ini.

Menurut beliau, angka yang diumumkan oleh menteri itu hanya cadangan, bukannya pelaburan yang akan atau telah dilaksanakan.

“Itu baru satu cadangan, belum tentu akan dibuat dan kalaupun dilaksanakan, ia memakan masa tiga empat tahun untuk disiapkan dan dalam tempoh itu pelbagai perkara boleh berlaku,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Gua Musang itu lagi, dengan iklim pelaburan di negara-negara lain juga semakin menarik, maka Malaysia perlu meningkat daya saingannya.

Disunting dari Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59