Wednesday, 22 November 2006

BUKALAH MATA WAHAI RAKYAT MALAYSIA : LIHATLAH KEKEJAMAN YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN ISLAM HADHARI


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menyeru seluruh rakyat Malaysia membuka mata melihat kekejaman demi kekejaman yang dilakukan oleh kerajaan Islam Hadhari ke atas rakyatnya sendiri. Sudah beratus-ratus malah mungkin ribuan kekejaman dilakukan oleh kerajaan BN/Umno terhadap rakyat termasuk pembunuhan Memali, meroboh masjid, meroboh rumah, menahan rakyat tanpa bicara dengan ISA, memfitnah Anwar, merampas tanah dan macam-macam lagi.

Dewan Pemuda PAS Kawasan merasakan bahawa dengan kekejaman seperti ini sepatutnya rakyat insaf dan tidak akan menyokong BN lagi dalam Pilihanraya akan datang.

Semalam satu lagi rentetan kekejaman dilakukan ke atas penduduk Kampung Berembang, Jalan Ampang apabila rumah-rumah mereka dirobohkan tanpa belas kasihan sedangkan rumah ganti untuk mereka belum disediakan.

Media melaporkan bahawa mangsa-mangsa kekejaman kerajaan Islam Hadhari ini mula membina khemah sementara untuk keluarga mereka berlindung dari hujan dan panas selepas mereka mereka dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) semalam.

Menurut mereka, sehingga menunggu mendapat rumah lain, mereka terpaksa berkhemah di situ walaupun secara ala kadar.

Tinjauan malaysiakini hari ini mendapati penduduk terbabit mula membina khemah dari zink untuk berlindung dari hujan dan panas.

Bagaimanapun, menurut mereka, apabila hujan lebat, banyak barangan seperti televisyen dan pakaian, basah manakala anak-anak mereka tidak dapat tidur kerana kesejukan.

Sufa Abdul Mabi, 56, berkata, beliau kini seperti `anak ayam kehilangan ibu’ kerana tidak tahu ke mana hendak pergi setelah rumahnya yang diduduki sejak 25 tahun lalu, dirobohkan.

“Kami tidak mampu menyewa rumah baru kerana tidak mempunyai wang. Saya cuma bekerja sebagai pembersih bangunan manakala suami saya pula seorang pekerja kontrak.

“Pendapatan hanya cukup makan, manakala suami susah mendapat kerja kerana musim hujan. Sebelum ini kami lega sendikit kerana rumah tidak disewa,” katanya ketika ditemui di Kampung Berembang, hari ini.

Dalam operasi semalam, 23 orang ditahan kerana cuba menghalang MPAJ daripada merobohkan rumah mereka. Operasi itu membabitkan kakitangan MPAJ dan polis. Manakala Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dihantar ke situ kemudiannya bagi mengawal keadaan.

Tidak dibayar pampasan

Sufa (kanan) berkata, sebelum ini MPAJ meminta beliau dan penduduk lain berpindah ke penempatan baru di Puchong, tetapi mereka menolak kerana jauh dan tidak dibayar pampasan.

Jumat Harun, 56, pula mendakwa rumah baru yang diminta penduduk, iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Mengkudu dan Setapak, tidak dilayan oleh MPAJ atas alasan ia sudah penuh.

Bagaimanapun, katanya, apabila penduduk membuat pemeriksaan, mereka mendapati masih ada unit yang kosong.

“Di manakah wakil rakyat yang sepatutnya datang membantu kami? Kini kami terpaksa tidur dalam khemah dan barang-barang rosak kena hujan,” katanya.

Jumat (kiri) sudah menetap di kampung tersebut sejak 32 tahun lalu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di kawasan berhampiran.

Sementara itu, seorang mangsa, Sabariah Ayub berkata, buat sementara ini, beliau sekeluarga terpaksa berlindung di surau di kampung itu.

“Tetapi tidak tahu sampai bila kerana khabarnya surau ini juga akan dirobohkan sehari dua lagi,” katanya lagi.

Sementara itu, petang tadi beberapa penduduk Kampung Berembang membuat aduan kepada Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan (Suhakam), Datuk Siva Subramaniam mengenai kejadian semalam.

Musim peperiksaan

Wakil penduduk, Omar Hamzah berkata, mereka diberi jaminan untuk tinggal di kampung tersebut sejak Datuk Harun Idris menjadi Menteri Besar Selangor lagi.

“Jaminan sama diberikan oleh setiap Menteri Besar dan wakil rakyat. Mereka kata, penduduk hanya dipindahkan apabila rumah ganti, disiapkan,” katanya.

Omar mendakwa, dalam operasi semalam, anggota polis sendiri turut merobohkan rumah penduduk sedangkan mereka hanya perlu menjaga keamanan.

Turut memberi keterangan kepada Siva ialah aktivis-aktivis masyarakat yang ditahan, termasuk S Arulselvam dari Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan Chang Li Kang dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Mereka adalah antara 23 orang yang ditahan semalam. Mereka dibebaskan semalam dan diarahkan melaporkan diri di mahkamah majistret Ampang 4 Disember depan.

Sementara itu, Siva berkata, Suhakam merasa was-was dengan dasar perumahan yang dilaksanakanoleh Kerajaan Negeri Selangor.

Katanya, tindakan menggunakan undang-undang darurat untuk mengusir rakyat hanya menyusahkan mereka.

Beliau berkata, tindakan memindahkan rakyat pada musim hujan dan pada musim peperiksaan sekolah adalah tidak berperikemanusiaan. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedang berjalan sekarang.

Sehubungan itu, Siva berkata , pihaknya akan menemui Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo secepat mungkin bagi mendapat penjelasan mengenai operasi pemindahan setinggan Kampung Berembang.

Mengenai tindakan pemaju memberi makan kepada anggota MPAJ, Pesuruhjaya Suhakam itu berkata, ia merupakan satu bentuk rasuah.

“Sehubungan itu, saya meminta penduduk membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) bagi membolehkan agensi itu mengambil tindakan lanjut,” katanya lagi.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59