Wednesday, 8 November 2006

AZHAR TAK MAHU ULAS SAMADA MASIH ISLAM ATAU TIDAK. APA MAKNANYA TU?


LANGKAWI 8 NOV : Pelayar negara Datuk Azhar Mansor enggan mengulas dakwaan beliau telah murtad dengan menganut agama Kristian.

Azhar enggan menjawab soalan media sama ada beliau masih lagi berpegang kepada ajaran Islam dengan hanya mengatakan "tidak mahu mengeruhkan keadaan dan mahu pihak berkuasa menyiapkan siasatan mereka terlebih dahulu."

"Siasatan pihak berkuasa diharap akan menjelaskan agenda serta tujuan pihak-pihak yang menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan beliau telah murtad," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

MENGAPA AZHAR TIDAK MAHU MEMBUAT KENYATAAN SAMADA BELIAU MASIH BERAGAMA ISLAM ATAU TIDAK? BUKANKAH INI AKAN MENYEBABKAN ORANGRAMAI TERTANYA-TANYA LEBIH-LEBIH RAMAI YANG MENDAKWA BELIAU TELAH MURTAD. KALAU BELIAU MASIH ISLAM MENGAPA BELIAU TIDAK MAHU MENGAKUINYA?

Dakwaan beliau murtad timbul ekoran kiriman SMS yang mendakwa beliau akan membaptiskan sejumlah orang Islam di sebuah gereja di Ipoh, Perak, Ahad lepas.

Akibat kiriman SMS itu, beberapa orang telah dipanggil polis untuk memberi keterangan mengenai penyebaran SMS itu.

"Tohmahan seperti itu telah dilemparkan kepada saya sejak mula belayar pada 1999. Saya berharap apabila siasatan selesai dan diumumkan ia akan membersihkan nama saya sekali gus dan tidak dikaitkan dengan isu seumpama itu lagi," katanya.

Menurutnya sehingga sekarang belum ada pihak berkuasa termasuk Mufti Perlis yang dilaporkan telah diarahkan Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim untuk menyiasat mengenai perkara itu.

Azhar, 49 dan ayah kepada tiga orang anak berkata sejak beliau mula belayar telah diajukan soalan melalui Internet dan SMS tetapi jarang membacanya kecuali rakan-rakan yang memberitahunya.

Beliau menjadi terkenal selepas kejayaannya mengelilingi dunia secara solo dengan kapal layar 'Jalur Gemilang' pada 1999.

Pelayar itu kemudian menubuhkan Telaga Harbour Sdn Bhd yang menguruskan tempat berlabuh kapal layar di Pantai Kok, Langkawi yang boleh menampung 90 buah kapal layar pada satu masa

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59