Thursday, 30 November 2006

CERAMAH MAT SABU MALAM ESOK


SELURUH PENDUDUK NEGERI MELAKA DIPELAWA HADIR UNTUK MENDENGAR CERAMAH NAIB PRESIDEN PAS, HJ MOHD SABU MALAM ESOK, 9.00 MALAM 1 DISEMBER BERTEMPAT DI PEJABAT PAS KAWASAN BUKIT KATIL. KG BUKIT KATIL. CERAMAH PASTI MENARIK DENGAN ISU-ISU SEMASA TEMPATAN, NASIONAL DAN ANTARABANGSA. ISU SEPERTI PEMBUNUHAN ALTANTUYA, ISU MURTAD, KEZALIMAN UMNO MEROBOHKAN RUMAH RAKYAT DAN SEBAGAINYA PASTI DIKUPAS DENGAN MENARIK OLEH HJ MOHD SABU.

KETUA PEMUDA PAS NEGERI, USTAZ KAMARUDDIN SEDIK DAN TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI MELAKA, HJ MOHD YASSIN ABDUL GHANI TURUT SAMA BERCERAMAH BERSAMA HJ MOHD SABU.


SATU LAGI EPISOD KEKEJAMAN KERAJAAN ISLAM HADHARI AKAN BERLAKU HARI INI?


Adalah dijangka bahawa kerajaan Islam Hadhari akan terus menunjukkan kekuasaan mereka hari ini apabila diberitakan bahawa surau Kampung Berembang, Jalan Ampang akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), pagi ini (Khamis, 30 November).

Sesungguhnya kerajaan pimpinan Khir Toyo memang suka merobohkan surau dan rumah rakyat tanpa belas kasihan. Jelas bahawa mereka ini mabuk kuasa dan langsung tidak menghiraukan rayuan dari rakyat yang dianiaya. Apakah mereka tidak takut dengan doa orang yang kena zalim?

Harakahdaily melaporkan bahawa Setiausaha Jawatankuasa Rayuan dan Penyelesaian kampung itu, Alizan berkata, pihak MPAJ, FRU, polis dan SB dipercayai akan memasuki kampung mereka hari ini, untuk meneruskan niat mereka merobohkan satu-satunya bangunan yang masih terdapat di kampung berkenaan.

Surau Kampung Berembang, Ampang, akan dirobohkan oleh MPAJ pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.Sebelum ini, hasrat MPAJ merobohkan surau itu tertangguh, apabila penduduk kampung bersama aktivis masyarakat berhimpun untuk mempertahankan surau berkenaan.

Pada kejadian 20 November lalu, kesemua 60 buah rumah di kampung berkenaan dirobohkan secara kejam oleh MPAJ, sambil dikawal rapi oleh FRU, polis dan Rela.

Malah, pada hari tersebut, 23 orang, termasuk beberapa penduduk dan aktivis ditahan polis kerana 'bertelagah' dengan pihak berkuasa.

Dimanakah anak-anak ini hendak berteduh dari hujan dan panas jika sekiranya surau ini dirobohkan...?Dalam kejadian itu juga, seorang penduduk, Norhasliana Osman, 22, ditempatkan di High Dependancy Unit (HDU), Hospital Gleneagles Intan, akibat dibelasah FRU.

Rentetan peristiwa tersebut, pada 21 Nov lalu, beberapa wakil penduduk dan para aktivis mengunjungi Suhakam, di mana Pesuruhjaya Suhakam, Dato' Siva Subramaniam sendiri mengadakan sidang media berhubung kes berkenaan.

Beliau turut mengakui tindakan MPAJ mengasari penduduk itu sebagai penyalahgunaan kuasa serta menegaskan pihaknya akan segera bertemu dengan Menteri Besar Selangor (MB), Dato' Seri Mohd Khir Toyo, bagi membincangkan perkara ini dengan lebih serius.

Semalam, para penduduk disertai para aktivis, wakil parti pembangkang, berhimpun di hadapan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK), di Shah Alam, bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo.


Wednesday, 29 November 2006

LAGI BUKTI 'MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI'


Keyakinan dan dakwaan pemimpin Islam Hadhari bahawa Ekonomi Malaysia semakin baik sekali disangkal berdasarkan pandangan beberapa pakar ekonomi tempatan dan luar negara. Nampaknya pemimpin-pemimpin kerajaan Islam Hadhari ini tak habis-habis angkat bakul sendiri.

Dalam laman Malaysia-Today disiarkan pandangan seorang pakar ekonomi, Chua Hak Bin dari Citigroup Global Markets di Singapura.

Malaysia pada satu ketika dikenali sebagai harimau Asia dari segi ekonominya telah tergelincir dan lemas, membuatkan para ahli ekonomi dan perniagaan dalam kebimbangan.

Chua berkata bahawa pasaran saham Malaysia lemah dan keyakinan perniagaan mencatat tahap terendah. Apa yang lebih membimbangkan, pelaburan langsung asing (FDI) menjunam dan negara tradisi yang dikatakan lembap seperti Indonesia sudah melepasi Malaysia dalam pertarungan sengit untuk modal global, menurut survey yang baru dilakukan oleh Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia sedang menghadapi risiko dipinggirkan.

”Sehingga ia tangani banyak isu secara terus, jika tidak ekonomi Malaysia mungkin tergelincir ke dalam pertumbuhan yang berkualiti rendah,” beritahu pakar ekonomi kanan Sanjay Mathur dari UBS Investment Research, yang menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang pada kira-kira 5.5 peratus tahun ini.

Terdapat petanda bahawa kerajaan Malaysia sedang cuba mendapatkan semula keyakinan pelabur-pelabur.

Kerajaan Perdana Menteri Abdullah Badawi telah meliberalisasikan peraturan-peraturan berkaitan penggabungan bank-bank dan kerajaan telah memberitahu bahwa ia mengalu-alukan rakan kongsi asing untuk pengeluar kereta nasionalnya Proton.

”Perkara tersebut merupakan suara-suara yang ingin didengar. Tetapi pelabur-pelabur mahu lihat tindakan yang sebenar,” beritahu Mathur.

Jadi, apakah yang menyebabkan ekonomi Malaysia menghadapi permasalahan yang ada?

Secara ringkasnya, pakar ekonomi berpendapat bahawa keengganan Malaysia meliberalisasikan ekonominya bagi saingan yang lebih besar dan penyertaan asing, telah menjejaskan kedudukan Malaysia di kalangan pelabur-pelabur antarabangsa.

Di dalam negara, pelaburan domestik telah kering disebabkan dasar ekonomi berdasarkan kaum yang mengutamakan orang Melayu daripada bukan Melayu.

Hanya sedekad lepas, Malaysia dianggap sebagai ancaman ekonomi yang serius kepada Singapura kerana ia mengejar cita-cita untuk menjadi hab serantau bagi kewangan, teknologi maklumat dan pengangkutan.

Dalam pertengahan 1990-an, negara Malaysia menduduki tangga keenam dalam dunia sebagai tarikan kepada pelaburan asing, sementara nilai gabungan saham yang disenaraikan dalam pasaran bursa hanya di belakang Jepun dan Hong Kong di Asia.

Tetapi kedudukan yang tinggi itu telah mengalami kemerosotan yang teruk.

Hari ini, kedudukan Malaysia sebagai destinasi bagi modal asing telah merosot ke tangga ke-62, itu menurut survey yang dilakukan oleh Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan.

Malaysia, pada suatu masa dulu telah bersaing dengan Singapura untuk pelaburan asing, kini ia disaingi oleh negara-negara lembap yang tradisi seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Kepentingan pasaran modalnya juga sudah menjunam. Nilai perdagangan pasaran saham Singapura adalah tiga kali ganda lebih besar daripada saham yang disearaikan pada bursa saham Malaysia.

”Ia bukan kerana Malaysia berundur ke belakang, tetapi ia tidak maju ke hadapan cukup pantas,” kata Chua daripada Citigroup.

Dari perspektif antarabangsa, pakar ekonomi berkata imej Malaysia masih tercemar oleh tindakan kontroversi mengenakan kawalan modal ke atas ekonomi pada September 1998 bagi melindungi ekonomi daripada spekulator matawang.

Sementara banyak daripada langkah sekatan ekonomi tersebut telah dihentikan pada April tahun lalu – yang termasuk menamatkan penetapan ringgit Malaysia pada dolar Amerika – pakar ekonomi mengatakan Malaysia patut mengangkat sekatan ke atas perdagangan matawang dalam pasaran antarabangsa.

Lebih penting, Malaysia perlu mencipta semula model ekonominya. Bagi tiga dekad yang lalu, mercu tanda ‘blueprint’ ekonomi negara telah menjadi dasar pembikinan sosial bertujuan mempromosikan kepentingan orang Melayu, iaitu kaum yang mendominasi politik Malaysia.

Dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB), pelan tersebut telah bermula pada awal 1970-an yang bertujuan meningkatkan pemilikan ekonomi orang Melayu ke 30 peratus dari bawah 20 peratus pada masa kini.

Tetapi DEB telah melahirkan ketidakcekapan dalam ekonomi dan menurunkan pelaburan dari dalam dan luar negara, menurut pakar ekonomi dan ahli perniagaan.

Lebih buruk lagi, dasar tersebut telah berubah menjadi alat berbahaya menggalakkan politik naungan. DEB mengenakan had ke atas pemilikan asing dalam perniagaan dan menetapkan orang Melayu diberikan saham dalam syarikat-syarikat baru dan yang sedia ada.

Disunting dari Malaysia-Today.


RAHMAN BAKAR TAKUT BAYANG-BAYANG SENDIR


Nampaknya Abdul Rahman Bakar, Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Marang semakin takut dengan bayang-bayang sendiri apabila mendakwa semakin ramai pengundi hantu didaftarkan di Parlimen Marang. Menurutnya ini semua adalah kerja jahat PAS sedangkan hakikatnya Umno lah 'juara' pengundi hantu.

Rahman Bakar sebenarnya semakin cuak akan kehilangan jawatan Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri kerana sokongan rakyat Terengganu kepada PAS semakin hari semakin bertambah.

Dalam kenyataannya beliau kepada media semalam beliau menyatakan bahawa Umno bahagian Marang telah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai kewujudan 'pengundi hantu' dalam salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh PAS di daerah itu.

Laporan tersebut dibuat oleh ahli Parlimen Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar di pejabat SPR Terengganu di Kuala Terengganu pada 6 November lalu.

“Aduan rasmi itu dibuat setelah kami menjumpai 541 ‘pengundi hantu’ didaftarkan di kawasan DUN Rhu Rendang,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen semalam.

Rhu Rendang merupakan satu daripada empat kerusi DUN dalam parlimen Marang. Ketika ini kawasan tersebut diwakili oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pada hujung September lalu, Abdul Rahman yuang juga Ketua Umno bahagian Marang mendedahkan terdapat 310 ‘pengundi hantu’ didaftar di kawasan tersebut.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia turut mendakwa para ‘pengundi hantu’ itu didaftarkan oleh PAS.

Bagaimanapun hari ini menurut Abdul Rahman jumlah ‘pengundi hantu’ itu telah bertambah kepada 541 orang dan beliau menuduh PAS mendaftar lebih ramai orang luar di kawasan tersebut.

Abdul Rahman berkata, ‘pengundu hantu’ ini tidak menetap di Marang, tidak berkerja di kawasan itu dan tidak berkahwin dengan orang tempatan.

Beliau turut menunjukkan kepada para wartawan senarai yang didakwanya ‘pengundi hantu’ yang menurutnya menetap di Petaling Jaya, Klang, Shah Alam atau Perak.

“Umno bahagian Marang telah memantau senarai daftar pengundi di kawasan ini sejak Jun lalu,” katanya.

Abdul Rahman mendakwa, ‘taktik kotor’ dengan mengimport pengundi luar ini telah diamalkan oleh Abdul Hadi sejak beliau memenangi kerusi tersebut pada 1986.

Katanya, perkara ini telah dibawa ke mesyuarat badan perhubungan Umno negeri dan Majlis Tertinggi Umno.

Beliau yang menyesali gejala ‘pengundi hantu’ ini turut menggesa SPR bertindak segera.


HARI RAYA ISLAM TIDAK BOLEH DIRAYAKAN BERSAMA PERAYAAN AGAMA LAIN - MUFTI PERLIS


Mufti baru Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam kenyataannya kepada Malaysiakini menegaskan bahawa perayaan-perayaan Islam tidak boleh dianjurkan bersama dengan perayaan agama lain kerana perayaan Islam perlu dirayakan mengikut ajaran dan nilai Islam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kontroversi keputusan mesyuarat mufti-mufti pada awal tahun ini yang memutuskan majlis “kongsi raya” atau “Deeparaya” adalah haram di sisi Islam.

Isu tersebut hangat menjelang hari raya Aidil Fitri yang lalu apabila ketua unit Syriah Takaful Malaysia mengedarkan kenyataan kepada kakitangan syarikat itu yang antara lain menyeru jangan mengucapkan “Selamat Deeepavali...” kepada pelanggan beragama Hindu kerana dibimbangi akan merosakkan akidah.

“Perayaan agama kita terikat dengan akidah. Sebagai contoh hari raya Aidil fitri, Tuhan mahu kita merayakan kejayaan berpuasa dan memuji-mujiNya serta membesar-besarkanNya kerana telah memberi kekutaan dnan rezeki kepada kita,”jelas Dr Asri yang merupakan Mufti termuda di negara ini.

Beliau bagaimanapun sependapat dengan Mufti Qatar, Yusuf Al-Qaradhawi yang tidak melarang umat Islam mengucap “ Selamat....” kepada penganut agama lain pada hari perayaan masing-masing.


PAS BANTAH PAMERAN HANTU


PULAU PINANG 29 NOV : Saranan pimpinan PAS Kawasan Bukit Katil agar pameran hantu dihentikan serta merta kerana ianya tidak mendatangkan manfaat malah mengajak rakyat mempercayai perkara tahyul dan khurafat mendapat reaksi yang sama dari pemimpin PAS pusat.

Dalam laporan The Star semalam Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahid Yusof Rawa membantah penganjuran Pameran Mistik dan Hantu yang dijadualkan berlangsung sepanjang Pesta Pulau Pinang Disember ini kerana ia bercirikan kepercayaan tahyul serta khurafat yang akan membawa nilai negatif kepada masyarakat semua kaum di negara ini.

Dalam kenyataannya di sini ini semalam Us Mujahid turut menggesa penganjur supaya membatalkan pameran itu untuk memastikan nilai-nilai progresif dalam masyarakat tidak terganggu.

"PAS memang menentang sebarang usaha yang menyibukkan masyarakat dengan sesuatu yang tidak berpijak di bumi nyata dan bercirikan kepercayaan tahayul dan khurafat.

"Ia amat bertentangan dengan nilai-nilai murni dan juga boleh menghalang masyarakat kita untuk maju ke hadapan," katanya.

Beliau berkata selain bertentangan dengan ajaran Islam, pameran itu akan mengundang keraguan dan kesahihan orang ramai terhadap perkara "ghaib" yang dipamerkan.

"Pameran itu hanya bertujuan komersial bagi mengeksploitasikan perasaan 'ingin tahu' masyarakat di mana pihak penganjur tidak mengambil kira nilai etika dan moral yang merosakkan masyarakat semata-mata kerana ingin mengaut untung," katanya.

Beliau berkata PAS menggesa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), penganjur Pesta Pulau Pinang, Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan tokoh-tokoh masyarakat serta agama supaya mengambil kira pandangan itu.

Disunting dari The Star


MUAK DENGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN IMAM AL HADHARI


BUKIT KATIL 29 Nov. – Rakyat berasa muak dan mual dengan janji Imam Al Hadhari untuk membenteras rasuah kerana hakikat sebenarnya tidak begitu. Kalau betul apa yang dihajatkan beliau untuk menghapuskan rasuah mengapa indeks rasuah negara merudum sejak beliau memimpin negara ini.

Semalam sekali lagi Imam Al Hadhari bercakap soal membenteras rasuah. Kononnya beliau mahu Badan Pencegah Rasuah (BPR) bertindak segera menyiasat aduan rasuah dan menghadapkan mereka yang didakwa melakukan jenayah itu ke mahkamah tanpa mengira mereka ‘orang besar’ atau ‘orang kecil’.

Menurut Imam itu lagi, BPR perlu menjalankan siasatan sendiri tanpa menunggu laporan polis jika mereka yakin maklumat yang diterima berhubung sesuatu kes rasuah benar-benar berasas.

Beliau menegaskan, BPR kini mempunyai anggota penguat kuasa tambahan yang ramai dan dengan kekuatan itu mereka sudah boleh bertindak segera menyiasat mana-mana kes rasuah tanpa perlu lagi menunggu laporan polis.

Imam Al Hadhari itu juga turut menggesa BPR mendakwa pesalah rasuah ke mahkamah dengan segera jika penyiasatan mereka membuktikan individu tertentu terlibat dalam aktiviti rasuah.

Tetapi sehingga kini laporan rasuah terhadap Rafidah Aziz, Khir Toyo dan ramai lagi pemimpin Islam Hadhari yang telah dibuat 'berkurun' lamanya masih tidak disiasat. Sesetengahnya telah dilaporkan semenjak Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi.


Tuesday, 28 November 2006

PAS KAWASAN SOKONG LAPORAN POLIS DAP


BUKIT KATIL 28 NOV : "Umno seolah-olah mentadbir negara ini macam mak bapak dia punya " itulah reaksi spontan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Bakrin Sidek ketika diminta mengulas laporan Polis yang dibuat oleh DAP hari ini yang mempersoalkan siapakah yang akan mendapat faedah dari peruntukan tambahan sebanyak RM600 juta untuk projek-projek luar bandar di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Laporan tersebut telah dibuat oleh Ahli jawatankuasa pusat parti itu, Ronnie Liu semalam.

Dalam laporan itu Ronnie bertanya, adakan bahagian-bahagian Umno di seluruh negara akan mendapat bajet berkenaan untuk disalurkan kepada para pemimpin di akar umbi?

Hj Bakrin juga menjelaskan bahawa perangai pemimpin Umno yang memfaraidkan duit rakyat seperti duit mereka sendiri memang telah lama diketahui.

"Bayangkan sahaja cara mereka 'claim' bila mereka melawat luar negeri, macam-macam mereka 'claim' kadang-kadang tak masuk akal" tambah Hj Bakrin lagi.

Pada penutup perhimpunan agung Umno baru-baru ini Presiden parti itu merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan kerajaan akan menambah RM600 juta lagi peruntukan bagi pembangunan luar bandar. Sebelum ini di dalam RMK9, sebanyak RM1.5 billion telah diperuntukkan oleh kerajaan.

Sebaik sahaja selepas pengumuman Abdullah itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin pula memberitahu para wartawan, semua 198 kawasan Parlimen akan mendapat RM3 juta dari RM600 juta yang diperuntukkan itu.

Menurutnya, dana tambahan itu akan dgunakan untuk membantu kontraktor kelas-F dan akan disalurkan dalam tempoh enam bulan.

Bagaimanapun menurut Liu, sepucuk surat yang ditandatangani oleh Timbalan Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed pada 13 November lalu membawa cerita lain pula.

Dalam mengarahkan pengarah Jabatan Kerjaraya mempercepatkan pelaksanaan projek-projek berkenaan, kandungan surat itu menyatakan dana itu hanya untuk projek-projek kecil di Semenanjung dan Sabah.

Liu berkata, mungkin Sarawak tidak termasuk dalam pembahagain peruntukan itu kerana Umno tiada di negeri itu.

“Terdapat 191 bahagaian Umno di Semenanjung dan Sabah. Jika setiap bahagian diberikan projek bernilai RM3 juta, jumlah keseluruhannya ialah RM573 juta,” katanya lagi.

Menurut beliau, majoriti ketua bahagian Umno secara automatik akan layak menekmati faedah ini kerana sebahagian besar mereka mempunyai lesen kelas-F yang membolehkan mereka mendapat kontrak-kontrak kecil seperti membaiki jalan, mengecat bangunan kerajaan dan membaiki longkang.

Kontrak-kontrak kecil ini bernilai tidak lebih RM200,000 setiap satu dan dikhaskan untuk bumiputera.

Liu berkata, kemungkinan besar tambahan dana ini adalah keputusan parti, bukannya kata sepakat di peringkat kabinet.

Surat yang ditandatangan oleh Mohd Zin itu dihantar salinannya kepada Perdana Menteri, Menteri Kerjaraya dan Menteri Kewangan Kedua. Bagaimanapun tiada salinan untuk Menteri Pembangunann Wilayah dan Luar bandar Datuk Abdul Aziz Shamsudin walaupun peruntukan itu adalah untuk pembangunan luar bandar.

Liu mendakwa, dana tambahan ini tidak diluluskan oleh Parliamen atau kabinet, sebagaimana rancangan RMK9.

“Penggunaan wang rakyat telah dibuat secara tidak mengikut undang-undang," katanya sambil mendakwa dana berkenaan sebenarnya digunkan untuk disalurkan kepada para pemimpin Umno di bahagian bagi memastikan mereka menyokong pucuk pimpinan.

Liu membuat laporan polis hari ini dengan menyertakan salinan surat Mohd Zin sebagai buktinya. Satu salinan surat tersebut juga diberi kepada malaysiakini.

Disunting dari Malaysiakini


SAYA TIDAK AKAN BERHENTI DARI BERCAKAP ISU MURTAD - DR BADRUL AMIN


DURIAN TUNGGAL 28 NOV : Ahli MPT PKR, Dr Badrul Amin Baharon menegaskan bahawa beliau tidak akan berhenti memperkatakan tentang isu murtad walaupun mungkin ianya memerlukan nyawa untuk dipertaruhkan.

Beliau menegaskan demikian dalam ceramahnya di Markaz PAS Cawangan Kg Gangsa di sini malam tadi.

"Angka yang saya perolehi dari sumber gerakan kristian menunjukkan bahawa sudah lebih dari 350,000 orang melayu murtad dengan masuk kristian manakala lebih 150,000 masuk hindu. Maka sudah ada setengah juta orang Islam yang murtad sekarang" tegas Badrul Amin.

"Apa yang kerajaan Islam Hadhari buat, sebenarnya Islam Hadhari ini sama dengan Islam Liberal yang menyamakan semua agama. Sebab itu gejala murtad ini tidak dibendung kerana semua agama sama" tambah Badrul Amin.

"Apa saudara-saudari rela anak kita dimurtadkan, jangan kita berdiam diri dalam isu ini, ianya suatu yang wajib ditangani" jelas Badrul Amin lagi.

Dalam ceramahnya juga beliau menegaskan Islam Hadhari ini tidak disebut didalam 6,666 ayat Al-Qur'an dan Hadis-Hadis Sahih Nabi Mohamad S.A.W. Ini merupakan ajaran baru dan menyeleweng dari Islam sebenar.

Apa yang amat dikesalkan beliau ialah gerakan IFC (Suruhanjaya Antara Agama) dipelopori oleh kumpulan Sisters In Islam (SIS) yang bertindak sebagai sekretariat. Lebih malang lagi anak perempuan Perdana Menteri sendiri iaitu Nori Binti Abdullah juga terlibat sama dengan SIS yang disifatkan sebagai Sister In Syaitan oleh Badrul Amin.

Badrul Amin juga mendedahkan pandangan baru Zainah Anwar penggerak SIS yang menyatakan bahawa undang-undang Islam tidak lengkap kerana ianya dicipta oleh orang lelaki iaitu Nabi Mohammad S.A.W.


Monday, 27 November 2006

SISTEM PENDIDKAN UNIVERSITI KITA GAGAL LAHIRKAN MAHASISWA BERAKHLAQ


KUALA LUMPUR 27 NOV : Purata 100 kesalahan setahun direkodkan melibatkan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sepanjang 35 tahun lepas dan ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan melalui kementerian yang berkenaan gagal melahirkan mahasiswa yang berakhlaq mulia dan berdisiplin tinggi.

Baru-baru ini ranking universiti-universiti merudum jatuh, kini kita dikejutkan pula dengan berita akhlaq mahasiswa yang semakin parah. Apalagi yang tinggal yang boleh kita banggakan.

Menteri berkenaan Datuk Mustapa Mohamed berjanji untuk mengatasi masalah ini, tetapi hakikatnya Mustapha dan kerajaan Islam Hadhari lebih berminat untuk membendung kegiatan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di kampus daripada mengatasi masalah ini. Apa sahaja kegiatan PMI dipantau dan dikacau sedangkan program-program PMI jelas bertujuan untuk meningkatkan ketaqwaan dan akhlaq mahasisiwa.

Tidak ada apa yang hendak dihairankan kerana sebenarnya kementerian dan pentadbir kampuslah yang menggalakkan pergaulan bebas siswa dan siswi di mana program yang dianjurkan mereka semuanya menggalakkan pergaulan bebas dan percampuran siswa dan siswi. Apatah lagi program seperti konsert, karaoke dan sebagainya digalakkan oleh mereka. Pada masa yang sama program-program di surau-surau dan masjid dikurangkan apatah kalau ianya dianjurkan oleh PMI.

Statistik dibawah ini cukup membimbangkan kerana ianya dilakukan oleh orang yang bijak dan cerdik. Kalau orang cerdik macam ini pun tidak dapat berfikir dengan waras bagaimana dengan remaja yang tidak lulus periksa, keciciran pelajaran dan melepak, sudah tentu lebih teruk.

Mustapha dalam kenyataannya hari ini berkata 3,818 kesalahan yang dilakukan pelajar IPT dari 1971 hingga 2006, kes khalwat adalah yang paling tinggi melibatkan 735 kes, diikuti dengan penyelewengan akademik sebanyak 632 kes, mencuri (332), membawa nota sewaktu peperiksaan (270), kesalahan lalu lintas (212) dan penyalahgunaan dadah (107).


KAYA NYE DIA


LIHATLAH BETAPA MEWAHNYA 'TYCOON' DATUK NIK SAPEIA NIK YUSOF PENYEMBUR LADA HITAM KEPADA DR MAHATHIR. KELIHATAN BELIAU BERSAMA SALAH SEORANG ANAK DAN 'BODY GUARD'NYA DI DALAM KERETA MEWAH BELIAU CADILLAC LIMOUSINE 7,500 CC. KERETA YANG MEMAKAI NO PLAT 'BANGKOK 2' DIBERITAKAN HANYA ADA 40 BUAH KERETA JENIS INI PEMANDUAN KANAN DI DUNIA.

KAYA NYE DIA


EKONOMI MALAYSIA BAIK : MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI


Seringkali kita mendengar dari mulut Perdana Menteri dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya bahawa ekonomi Malaysia sekarang berada dalam keadaan baik dan kukuh. Inilah kata-kata yang boleh kita umpamakan 'masuk bakul angkat sendiri'.

Hakikatnya ramai di antara pakar-pakar ekonomi termasuk bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mempunyai pandangan yang jauh berbeza.

Ku Li dalam kenyataannya kepada Malaysiakini menyatakan bahawa ekonomi negara kini berada dalam keadaan muram.

Katanya, ekonomi Malaysia kini mundur ke belakang berbanding negara-negara lain di Asia Tenggara, termasuk Indonesia dan Vietnam.

“Kalau dalam bahasa Inggerisnya, ekonomi berada dalam keadaan “sluggish”. Dulu (bagi) pelaburan asing, Malaysia nombor dua selepas Singapura tetapi kini cuma tinggi sedikit dari Filipina. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pula, Singapura terus meningkat lima kali lebih tinggi dari negara kita.

“Kalau kerajaan tidak menguruskan ekonomi dengan betul, ekonomi kita akan semakin ketinggalan. Keadaan yang berlaku sekarang amat membimbangkan.

“Cuba kita bandingkan dengan ekonomi negara-negara jiran, pendapatan rakyat Singapura lima kali ganda lebih tinggi dari Malaysia. Pendapatana per kapita mereka AS$29,000, Malaysia cuma AS$5,600,” katanya.

Tengku Razaleigh ditemui ketika menghadiri majlis Aidifitri di rumah bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali di Taman Melawati di ibu negara baru-baru ini.

Tengku Razaleigh berkata, salah satu isyarat ekonomi negara sedang lembab ialah dengan meningkatnya jenayah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sekarang kita saksikan kes ragut, mencuri dan merompak hingga sanggup membunuh. Ini berlaku kerana orang tidak mempunyai wang untuk membiayai kehidupan mereka.

“Selain itu, kira-kira 90,000 graduan sedang menganggur dan dijangka meningkat lagi tahun depan kerana semakin ramai lepasan pengajian tinggi memasuki pasaran buruh,” katanya lagi.

Beliau berkata, modal asing di Singapura melimpah ruah kerana pelabur tidak menghadapi kerenah birokrasi untuk menanam modal di republik itu.

“Walaupun Singapura kecil dan kos pengeluarannya jauh lebih tinggi dari kita, tetapi pelaburan asing terus mencurah-curah ke negara itu.

“Kita mesti mula memikirkan keupayaan untuk bersaing dengan negara-negara Asean dan juga China jika tidak mahu menjadi lebih tenat,” tambahnya.

Pada masa ini, kata bekas Naib Presiden Umno itu, bukan sahaja pelabur asing tidak tertarik datang ke Malaysia, malah pelabur tempatan, termasuk ahli perniagaan Melayu, melabur di negara lain.

“Mereka lebih senang melabur di Singapura dan ramai lagi orang Melayu yang berbuat demikian, ini sesuatu yang jarang berlaku sebelum ini.

‘Kita tidak pandai menjaga hati pelabur tempatan, jadi macam mana orang luar mahu datang melabur di Malaysia,” katanya.

Tengku Razaleigh juga mempersoalkana kenyataan Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa Datuk Rafidah Aziz yang mendakwa pelabur asing akan membawa pelaburan bernilai RM13.9 bilion ke negara ini.

Menurut beliau, angka yang diumumkan oleh menteri itu hanya cadangan, bukannya pelaburan yang akan atau telah dilaksanakan.

“Itu baru satu cadangan, belum tentu akan dibuat dan kalaupun dilaksanakan, ia memakan masa tiga empat tahun untuk disiapkan dan dalam tempoh itu pelbagai perkara boleh berlaku,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Gua Musang itu lagi, dengan iklim pelaburan di negara-negara lain juga semakin menarik, maka Malaysia perlu meningkat daya saingannya.

Disunting dari Malaysiakini


HARGA MINYAK TURUN : TIADA SIMPATI DARI KERAJAAN ISLAM HADHARI


Walaupun harga minyak telah turun kepada AS$60 setong tetapi kerajaan pimpinan Imam Al Hadhari masih tidak mahu menurunkan harga runcit petroleum. Inilah yang kita katakan kerajaan tidak berhati perut kerana bila harga minyak naik mendadak secepat kilat harga runcit dinaikkan tetapi bila harga turun pelbagai alasan diberikan untuk 'menipu' rakyat.

Sabtu lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata harga runcit minyak mungkin dikaji semula jika harga bahan bakar itu terus turun di pasaran dunia sehingga di bawah paras AS$50 setong tahun depan, kata

Katanya, kerajaan tidak nampak mengapa harga itu tidak boleh dikaji semula berdasarkan perkembangan semasa yang perlu disesuaikan mengikut perkembangan global.

Bagaimanapun, katanya, harga sekarang yang turun pada kadar AS$60 setong, tidak perlu dikaji semula kerana kerajaan masih lagi menanggung beban subsidi bahan itu yang sangat besar.

Bagaimanapun, kalau harga itu terus turun lagi (di bawah paras AS$50 setong) sesuatu yang boleh dikaji semula katanya kepada pemberita di Bachok, Kelantan Sabtu lalu.

INILAH DIA RUPA SEBENAR KERAJAAN ISLAM HADHARI. MEREKA BUKANNYA CUBA UNTUK MERINGANKAN BEBAN RAKYAT SEBAIK MUNGKIN TETAPI MENCARI ALASAN UNTUK 'MENIPU' RAKYAT. WANG RAKYAT YANG SEPATUTNYA DIGUNAKAN UNTUK MEMBANTU RAKYAT DIGUNAKAN UNTUK PEMBAZIRAN.

MARILAH SAMA-SAMA KITA AJAR KERAJAAN INI DALAM PILIHANRAYA UMUM AKAN DATANG.


HENTIKAN PAMERAN BERUNSUR TAHYUL


BUKIT KATIL 27 NOV : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menggesa pihak berwajib membatalkan program-program berunsur tahyul kerana ia jelas mengajar masyarakat supaya percaya kepada perkara-perkara tersebut.

Setiausaha DPP Kawasan Khairuddin Ismail dalam kenyataannya pagi ini menjelaskan bahawa program-program sebegini sebenarnya memberikan kesan negatif yang jelas di mana ianya akan mempengaruhi orang ramai terutama kanak-kanak.

"Kerajaan dan pihak berwajib sepatutnya mendidik masyarakat supaya tidak mempercayai perkara sebegini tetapi nampaknya mereka pula yang bersetuju dan mengalakkan program ini" jelas Khairudin.

Media hari ini melaporkan bahawa empat pameran bermula bulan hadapan hingga Mac bakal diadakan. Toyol, pocong dan pontianak adalah makhluk yang cuba dijauhi manusia, namun ketaksuban dan publisiti meluas menyebabkan makhluk itu sekarang menjadi ‘buruan’ untuk dipamerkan kepada orang ramai.

Sambutan luar biasa orang ramai terhadap dua pameran di Muzium Shah Alam dan Bastion House, Bandar Hilir, Melaka sebelum ini menyebabkan ‘perang’ pameran makhluk dan objek berunsur mistik, termasuk didakwa hantu, semakin panas.

Ini terbukti apabila sepanjang Disember ini, sekurang-kurangnya empat pameran mistik dan aneh akan dianjurkan di Pulau Pinang; Nilai 3, Negeri Sembilan serta dua di Melaka.

Tiga penyimpan makhluk dan objek mistik dari Selangor iaitu Baharuddin Osman atau Pak Raden dari Klang; Safuan Abu Bakar (Kuang) dan Mohd Salim Santhiman atau Wak Salim (Jenjarum) adalah ‘watak utama’ menyediakan bahan untuk semua pameran berkenaan.


KECUAIAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN. MENTERI MESTI LETAK JAWATAN


LANGKAWI 27 NOV : Kemalangan membabit Feri ke Langkawi beberapa hari lalu sungguh mengejutkan. Ini kerana ia merupakan kejadian pertama melibatkan perlanggaran 2 buah Feri.

Apa jelas dari laporan yang di terima aspek keselamatan dan persediaan menghadapi bencana apa kurang. Pihak pengusaha dan Kementerian Pengangkutan mesti bertanggungjawab di atas kejadian yang mengorbankan seorang mangsa yang meninggal dunia iaitu Mohd Danial Ramli, 3 tahun.

Ketua DPP Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman menggesa Chan Kong Choy Menteri Pengangkutan meletakkan jawatan serta merta kerana gagal mentadbir kementeriannya sehingga berlaku kejadian sedemikian rupa.

Sementara itu kanak-kanak yang menjadi mangsa kemalangan ini meninggal dunia kira-kira 12.15 25 November lalu di Hospital Langkawi selepas dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira 7.30 malam, Sabtu lalu. Beliau mengalami kecederaan parah di kepala.


Wednesday, 22 November 2006

BUKALAH MATA WAHAI RAKYAT MALAYSIA : LIHATLAH KEKEJAMAN YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN ISLAM HADHARI


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menyeru seluruh rakyat Malaysia membuka mata melihat kekejaman demi kekejaman yang dilakukan oleh kerajaan Islam Hadhari ke atas rakyatnya sendiri. Sudah beratus-ratus malah mungkin ribuan kekejaman dilakukan oleh kerajaan BN/Umno terhadap rakyat termasuk pembunuhan Memali, meroboh masjid, meroboh rumah, menahan rakyat tanpa bicara dengan ISA, memfitnah Anwar, merampas tanah dan macam-macam lagi.

Dewan Pemuda PAS Kawasan merasakan bahawa dengan kekejaman seperti ini sepatutnya rakyat insaf dan tidak akan menyokong BN lagi dalam Pilihanraya akan datang.

Semalam satu lagi rentetan kekejaman dilakukan ke atas penduduk Kampung Berembang, Jalan Ampang apabila rumah-rumah mereka dirobohkan tanpa belas kasihan sedangkan rumah ganti untuk mereka belum disediakan.

Media melaporkan bahawa mangsa-mangsa kekejaman kerajaan Islam Hadhari ini mula membina khemah sementara untuk keluarga mereka berlindung dari hujan dan panas selepas mereka mereka dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) semalam.

Menurut mereka, sehingga menunggu mendapat rumah lain, mereka terpaksa berkhemah di situ walaupun secara ala kadar.

Tinjauan malaysiakini hari ini mendapati penduduk terbabit mula membina khemah dari zink untuk berlindung dari hujan dan panas.

Bagaimanapun, menurut mereka, apabila hujan lebat, banyak barangan seperti televisyen dan pakaian, basah manakala anak-anak mereka tidak dapat tidur kerana kesejukan.

Sufa Abdul Mabi, 56, berkata, beliau kini seperti `anak ayam kehilangan ibu’ kerana tidak tahu ke mana hendak pergi setelah rumahnya yang diduduki sejak 25 tahun lalu, dirobohkan.

“Kami tidak mampu menyewa rumah baru kerana tidak mempunyai wang. Saya cuma bekerja sebagai pembersih bangunan manakala suami saya pula seorang pekerja kontrak.

“Pendapatan hanya cukup makan, manakala suami susah mendapat kerja kerana musim hujan. Sebelum ini kami lega sendikit kerana rumah tidak disewa,” katanya ketika ditemui di Kampung Berembang, hari ini.

Dalam operasi semalam, 23 orang ditahan kerana cuba menghalang MPAJ daripada merobohkan rumah mereka. Operasi itu membabitkan kakitangan MPAJ dan polis. Manakala Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dihantar ke situ kemudiannya bagi mengawal keadaan.

Tidak dibayar pampasan

Sufa (kanan) berkata, sebelum ini MPAJ meminta beliau dan penduduk lain berpindah ke penempatan baru di Puchong, tetapi mereka menolak kerana jauh dan tidak dibayar pampasan.

Jumat Harun, 56, pula mendakwa rumah baru yang diminta penduduk, iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Mengkudu dan Setapak, tidak dilayan oleh MPAJ atas alasan ia sudah penuh.

Bagaimanapun, katanya, apabila penduduk membuat pemeriksaan, mereka mendapati masih ada unit yang kosong.

“Di manakah wakil rakyat yang sepatutnya datang membantu kami? Kini kami terpaksa tidur dalam khemah dan barang-barang rosak kena hujan,” katanya.

Jumat (kiri) sudah menetap di kampung tersebut sejak 32 tahun lalu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di kawasan berhampiran.

Sementara itu, seorang mangsa, Sabariah Ayub berkata, buat sementara ini, beliau sekeluarga terpaksa berlindung di surau di kampung itu.

“Tetapi tidak tahu sampai bila kerana khabarnya surau ini juga akan dirobohkan sehari dua lagi,” katanya lagi.

Sementara itu, petang tadi beberapa penduduk Kampung Berembang membuat aduan kepada Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan (Suhakam), Datuk Siva Subramaniam mengenai kejadian semalam.

Musim peperiksaan

Wakil penduduk, Omar Hamzah berkata, mereka diberi jaminan untuk tinggal di kampung tersebut sejak Datuk Harun Idris menjadi Menteri Besar Selangor lagi.

“Jaminan sama diberikan oleh setiap Menteri Besar dan wakil rakyat. Mereka kata, penduduk hanya dipindahkan apabila rumah ganti, disiapkan,” katanya.

Omar mendakwa, dalam operasi semalam, anggota polis sendiri turut merobohkan rumah penduduk sedangkan mereka hanya perlu menjaga keamanan.

Turut memberi keterangan kepada Siva ialah aktivis-aktivis masyarakat yang ditahan, termasuk S Arulselvam dari Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan Chang Li Kang dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Mereka adalah antara 23 orang yang ditahan semalam. Mereka dibebaskan semalam dan diarahkan melaporkan diri di mahkamah majistret Ampang 4 Disember depan.

Sementara itu, Siva berkata, Suhakam merasa was-was dengan dasar perumahan yang dilaksanakanoleh Kerajaan Negeri Selangor.

Katanya, tindakan menggunakan undang-undang darurat untuk mengusir rakyat hanya menyusahkan mereka.

Beliau berkata, tindakan memindahkan rakyat pada musim hujan dan pada musim peperiksaan sekolah adalah tidak berperikemanusiaan. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedang berjalan sekarang.

Sehubungan itu, Siva berkata , pihaknya akan menemui Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo secepat mungkin bagi mendapat penjelasan mengenai operasi pemindahan setinggan Kampung Berembang.

Mengenai tindakan pemaju memberi makan kepada anggota MPAJ, Pesuruhjaya Suhakam itu berkata, ia merupakan satu bentuk rasuah.

“Sehubungan itu, saya meminta penduduk membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) bagi membolehkan agensi itu mengambil tindakan lanjut,” katanya lagi.


SOKONGAN KEPADA PRESIDEN Umno : NAJIB TAK PAYAH NAFILAH SEMUA ORANG DAH TAU


Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sokongan yang diberikan kepada Prsiden parti bukan membuta tuli atau kerana terpaksa.

Katanya, beliau dan para perwakilan Umno menyokong kerana disebabkan keyakinan kepada agenda Presiden, misi negara, hala tuju serta 12 gagasan yang dibentangkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya tidak percaya kepada sokongan membuta tuli sahaja. Saya tidak memberi sokongan kerana saya terpaksa memberi sokongan. Saya beri sokongan kerana saya percaya kepada agenda Presiden," katanya.

NAJIB TAK PAYAH NAK NAFILAH. SEMUA ORANG DAH TAU BAHAWA MEMANG SUDAH MENJADI 'SAKA' DALAM Umno BAHAWA APA SAJA YANG PRESIDEN KATA SEMUANYA 'TITAH' YANG MESTI DIPATUHI. KALAU TIDAK BURUKLAH PADAHNYA.


Tuesday, 21 November 2006

TAK SIASAT LAGI KE?


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan terhadap Datuk Mohd. Said Yusof berhubung satu laporan polis yang dibuat ke atas Ahli Parlimen Jasin itu oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) bulan lepas.

(TAKKAN DAH SEBULAN TAK SIASAT LAGI LA. MACAMANA NAK NAIKKAN INDEKS CPI KALAU KES-KES MACAM INI TIDAK DISIASAT. INILAH YANG DINAMAKAN PENDAKWAN TERPILIH, HANYA IKAN BILIS YANG KENA, IKAN BESAR SEMUANYA TERLEPAS. KITA JUGA BOLEH SIFATKAN INI SEBAGAI UNDANG-UNDANG SARANG LABAH-LABAH, KALAU HAIWAN BESAR YANG LALU SUDAH TENTU SARANG LABAH-LABAH ITU ROSAK TAPI KALAU HAIWAN KECIL YANG TERLEKAT MAKA 'MAMPUS' LAH DIA DIMAKAN LABAH-LABAH.)

Ali Rustam juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana belum mendapat laporan mengenai dakwaan bahawa Mohd. Said dikatakan membantah tindakan APMM merampas balak yang dibawa masuk ke negara ini secara haram melalui jeti di Sungai Linggi, Melaka.

“Biar pihak polis jalankan kerja mereka sehingga selesai, selepas itu kita akan tahu perkara sebenar. Setakat ini, saya tidak mahu komen mengenainya,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia di Seri Negeri di sini semalam.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar semalam mengenai satu laporan polis yang dibuat pada 3 Oktober lalu apabila Mohd. Said dikatakan meminta pegawai APMM ‘menutup sebelah mata’ ketika agensi itu merampas balak tersebut.

Mohd. Said dikatakan mengunjungi pejabat APMM di Kuala Sungai Baru, sejam selepas bot yang dipercayai membawa balak itu, ditahan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Melaka, Datuk Ayub Yaakub berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat sebelum menyerahkan laporan kepada Bukit Aman.

LAMA BETUL CARI MAKLUMAT. TAPI KALAU PEMBANGKANG ATAU ORANG PAS YANG DISIASAT SECEPAT KILAT MEREKA BUAT KERJA.


Umno TERKENA BADI SENDIRI. JADIKAN RTM MACAM TV MAK BAPAK MEREKA


Umno nampaknya mahu undur ke belakang dalam hal siaran langsung Perhimpunan Agung mereka. Setelah menjadikan RTM dan TV3 sebagai TV mak bapak mereka kini mereka terkena ‘badi’ apabila ingin mengkaji semula kesan dari siaran langsung tersebut.

Wajarkah Perhimpunan Agung UMNO disiarkan secara langsung melalui televisyen?. Itulah antara bunyi ayat yang terpacul keluar dalam Utusan Meloya hari ini.
Jika dibenarkan, apakah para perwakilan yang membahaskan usul-usul perlu diingatkan supaya tidak membuat kenyataan-kenyataan yang boleh menyentuh sensitiviti kaum, agama dan sebagainya.



Mengulas persoalan itu, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan melihat dengan serius kewajaran mengadakan siaran langsung sepanjang perhimpunan agung itu pada masa akan datang.

Menurut Timbalan Presiden UMNO, ini kerana terdapat sesetengah pihak yang merasakan bahawa langkah menyiarkannya secara langsung adalah tidak wajar kerana terdapat pandangan yang ‘mengganggu’.

Inilah yang dikatakan terkena badi sendiri setelah menggunakan harta kerajaan dan rakyat bagaikan harta mak bapak sendiri. Kita naik meluat kerana setiap kali perhimpunan Umno maka lebih separuh dari siara Berita RTM dan TV3 akan memuatkan berita Umno sedangkan ianya tidak memberikan banyak manfaat kepada rakyat. Kadang-kadang disiarkan berita-berita mengarut seperti lawak jenaka dan humor di dalam perhimpunan tersebut. Apa yang pasti berita-berita yang disiarkan semua berita BODEK,BODEK, BODEK itu sahaja.

Sekarang baru mereka sedar bahawa siaran langsung itu menikam mereka sendiri. DAH TERKENA BADI.

Kita cadangkan supaya lepas ini Muktamar PAS dan Mesyuarat Agung semua parti politik disiarkan secara langsung barulah adil. Bagi PAS dirasakan bahawa ianya tidak menjadi masalah kerana kita bersikap terbuka.


AHLI PARLIMEN TIDAK PROFESSIONAL


Melihat kepada pertikaman lidah antara Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Yan, Badruddin Amiruddin dalam perbahasan Parlimen di siarkan oleh NTV7 malam tadi jelas menunjukkan kepada kita bahawa kedua-duanya tidak matang dalam berhujah. Badruddin jelas emosional sehingga menuduh Lim Kit Siang kurang ajar dan membangkitkan bahawa Negara ini adalah tanahairnya.

Sudah banyak kali kita melihat gelagat Ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menunjukkan sikap professional ketika berhujah. Antara yang terkenal dengan sikap ini adalah Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin; Ahli Parlimen Sri Gading, Mohd Aziz dan lain-lain.

Kalau beginilah caranya maka janganlah kita termimpi untuk menjadi ‘World Class Parliament’ seperti yang diwar-warkan. Itu belum dikira lagi sikap ‘Yes Man’ Ahli Parlimen BN yang sentiasa setuju dengan apa sahaja cadangan pemimpin mereka walaupun ianya jelas bertentangan dengan kepentingan umum dan hukum agama.

Kita tabik kepada Ahli-ahli Parlimen PAS, Dato’ Kamaruddin Jaffar dan lain-lain yang sentiasa tenang dan matang ketika berhujah walaupun diasak dan di’provok’ oleh Ahli-ahli Parlimen ‘pengampu’.


Monday, 20 November 2006

KERAJAAN ISLAM HADHARI TERUS LAKUKAN KEZALIMAN


AMPANG 20 NOV : Kerajaan Islam Hadhari pimpinan Khir Toyo di Selangor terus melakukan kezaliman apabila merobohkan rumah rakyat sedangkan rumah untuk mereka berpindah belum siap.

Media hari ini melaporkan bahawa seramai 23 aktivis hak asasi manusia, tiga daripadanya perempuan, ditahan polis pagi ini setelah berlaku pergelutan dengan para pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ketika operasi merobohkan rumah setinggan di Kampung Berembang, Ampang.

Para pegawai penguatkuasa MPAJ yang turut diserta oleh anggota Rela dan polis telah pergi ke kampung tersebut untuk merobohkan kira-kira 60 buah rumah di kampung Melayu yang terletak kira-kira 10km dari Menara Berkembar Petronas.

Bagaimanapun kedatangan mereka disambut dengan protes oleh penduduk kampung yang disokong oleh aktivis dari pertubuhan bukan kerajaan, Jerit dan ahli jawatankuasa penaja Parti Sosialis Malaysia.

Pergelutan telah berlaku antara pasukan penguatkuasa dan penduduk kampung itu hingga memaksa polis campurtangan dan sembilan aktivis ditahan.

Empat buah rumah telah dirobohkan bagaimanapun selepas berlaku ketegangan dan pergelutan itu, operasi tersebut ditangguhkan.

Seorang anggota pertubuhan Suara Hak Asasi Manusia, (Suaram) Chang Lih Kang berkata, mereka yang ditahan dibawa ke balai polis Taman Keramat dan Ampang Jaya.

“Suaram mengutuk penahanan para aktivis itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu Jerit pula menyatakan, penduduk berkenaan telah diberikan notis berpindah di bawah Ordinan Darurat.


“Mereka diberikan notis berpindah walaupun rumah alternatif mereka belum disiapkan,”jelas pertubuhan itu dalam satu kenyataannya.

Jerit adalah sebuah pertubuhan yang membela nasib setinggan dengan membantu mereka berhubung dengan pihak berkuasa tempatan serta mendapatkan pampasan serta rumah alternatif bagi menggantikan rumah yang dirobohkan.

“Pada 2 November pendudk kampung ini telah menemui Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud yang memberi jaminan mereka boleh tinggal di kampung itu sehingga rumah alternatif mereka disiapkan pada April tahun depan,” kata Jerit.

Para penduduk juga telah memfailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam bantahan terhadap kerja perobohan rumah mereka. Pada Jumaat lalu mahkamah berkenaan menangguhkan perbicaraannya kepada April 2007.

Kampung Berembang telah dihuni oleh kira-kira 470 penduduk berkenaan sejak 30 tahun lalu tetapi mahu dirobohkan oleh kerajaan Selangor di bawah agenda setinggan sifarnya tahun ini.

INILAH RENTETAN KEZALIMAN KERAJAAN ISLAM HADHARI YANG MABUK KUASA. MEREKA BERTINDAK SESUKA HATI KEPADA RAKYAT YANG LEMAH TETAPI SENTIASA BERSIKAP LUNAK DAN LEMBUT KEPADA GOLONGAN ATASAN SEPERTI ISU ISTANA ZAKARIA DEROS.


KERAJAAN NEGERI BENARLAN KONSERT ROCK ASALKAN MEMENUHI SYARAT-SYARAT TERTENTU


KOTA BAHARU 20 NOV : Setelah 15 tahun Kerajaan PAS yang memerintah Kelantan, semalam dengan rasminya mengumumkan kesediaan memberi laluan kepada mana-mana pihak untuk mengadakan konsert di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri YB Hj Takiyuddin Hassan berkata Menteri Besar Tuan Guru Datuk Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat telah bersetuju membuka peluang kepada pertubuhan bukan kerajaan, persatuan atau orang perseorangan yang hendak menganjurkan konsert.

"Kita mengalu-alukan dan sedia memberi peluang kepada mana-mana pertubuhan, persatuan atau orang-orang perseorangan yang ingin menganjurkan konsert di negeri ini," katanya kepada pemberita pada Konsert Terbuka Hotlink di sini, malam tadi sempena ulangtahun pertama pengisytiharan Kota Baharu Bandaraya Islam.

Konsert ketiga anjuran kerajaan negeri itu dihadiri kira-kira 15,000 penonton dengan menampilkan beberapa artis termasuk Mawi, InTeam, Haziq dan Hazama serta pelawak kumpulan Salam Pantai Timur.

Bagaimanapun, Takiyuddin berkata beberapa syarat perlu dipatuhi oleh penganjur terbabit termasuk daripada segi pemakaian, lagu yang dipersembahkan dan tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.

Beliau berkata kerajaan negeri juga sedia menerima mana-mana kumpulan rock untuk datang mengadakan persembahan dengan syarat tidak melampaui batas yang ditetapkan.

"Tidak semua rock itu negatif, ada juga positif, kita ambil yang positif untuk dipersembahkan kepada orang ramai," katanya.

Kerajaan PAS Kelantan "menutup" sepenuhnya persembahan kebudayaan dan hiburan sejak memerintah negeri itu pada 1990 dengan alasan terdapat unsur-unsur negatif yang bertentangan dengan akidah Islam.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini beberapa permainan tradisional seperti wayang kulit dan dikir barat diberi kelonggaran untuk mengadakan persembahan dengan syarat tidak terdapat unsur-unsur tahyul dan "kotor" yang boleh merosakkan akhlak manusia.

Takiyuddin berkata kerajaan negeri juga sedia menimbang diadakan persembahan Mak Yong dan Puteri kepada orang ramai dengan syarat tidak mencampur-adukkan unsur-unsur tahyul dan khurafat yang diamalkan dalam seni itu.

"Kalau ada pengiat seni yang boleh beri pandangan kepada saya...kalau boleh buatlah kajian cara mana persembahan itu hendak dilakukan agar tidak bercanggah dengan agama kita," katanya

Disunting dari The Star


KISAH PENGAJARAN


Kiriman M.H melalui email.

Hari itu-selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke K. Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.


'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah di kl... abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.

Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

" Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abg nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah??

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya!!!


JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA (JAIM) DI DAKWA PENIPU


MELAKA 20 NOV : Seorang bapa, Kassim Doha, 50, dari Bukit Rambai dekat sini membuat laporan Polis semalam dengan mendakwa JAIM, Sekolah Agama kendalian JAIM dan Konsultan yang mengendalikan Portal Pendidikan JAIM menipu beliau.

Beliau berkata, dia sudah membayar RM20 untuk portal pendidikan anaknya sejak tahun 2004 hingga sekarang tetapi portal berkenaan tidak berfungsi seperti dijanjikan.

Katanya, dia sudah beberapa kali menghubungi pihak sekolah dan bahagian pendidikan Jabatan Agama tetapi mereka tidak dapat memberi jawapan memuaskan mengenai wang berkenaan.

Beliau juga berkata, terdapat kira-kira 50,000 pelajar belajar di sekolah Jaim dan terpaksa membayar yuran berkenaan dan tidak mengetahui ke mana wang berkenaan disalurkan.

Menurutnya, dia membuat laporan polis di Balai Polis Batang Tiga Khamis lalu sebagai tindakan terhadap JAIM yang disifatkan tidak bertanggungjawab.

“Portal Pendidikan Jaim itu sudah ditanda tangani kerajaan negeri dan Ramadan Consultancy Services (RCS) pada 23 Julai 2004 di mana banyak manfaat boleh didapati menerusi lama web berkenaan.

“Apa yang mengecewakan Portal Pendidikan itu wujud tetapi ibu bapa tidak boleh melayari laman web berkenaan,” katanya.

Ibu bapa pelajar sekolah agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) di negeri ini kecewa apabila portal pendidikan Jaim yang diwujudkan tidak berfungsi sehingga kini.

Mereka lebih kecewa apabila terpaksa membayar RM20 setahun bagi membolehkan ibu bapa melayari portal pendidikan Jaim berkenaan.

Portal Pendidikan Jaim itu diwujudkan sejak tahun 2004 dan semua pelajar yang menghantar anak mereka ke sekolah agama Jaim perlu menjelaskan yuran RM20 itu setiap tahun apabila sesi persekolahan dibuka.

Bagaimanapun, portal pendidikan itu tidak boleh dibuka dan ia diwujudkan sebagai syarat saja walaupun ramai ibu bapa tidak mengetahui kewujudan portal berkenaan.

Seorang bapa, Kassim Doha, 50, dari Bukit Rambai dekat berkata, dia sudah membayar RM20 untuk portal pendidikan anaknya sejak tahun 2004 hingga sekarang tetapi portal berkenaan tidak berfungsi seperti dijanjikan.

Katanya, dia sudah beberapa kali menghubungi pihak sekolah dan bahagian pendidikan Jabatan Agama tetapi mereka tidak dapat memberi jawapan memuaskan mengenai wang berkenaan.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 50,000 pelajar belajar di sekolah Jaim dan terpaksa membayar yuran berkenaan dan tidak mengetahui ke mana wang berkenaan disalurkan.

Menurutnya, dia membuat laporan polis di Balai Polis Batang Tiga Khamis lalu kerana merasa dirinya ditipu pihak sekolah, Jaim dan konsultan yang menguruskan portal pendidikan itu.

“Portal Pendidikan Jaim itu sudah ditanda tangani kerajaan negeri dan Ramadan Consultancy Services (RCS) pada 23 Julai 2004 di mana banyak manfaat boleh didapati menerusi lama web berkenaan.

“Apa yang mengecewakan Portal Pendidikan itu wujud tetapi ibu bapa tidak boleh melayari laman web berkenaan,” katanya.

Sistem maklumat yang terdapat dalam Portal Pendidikan itu ialah e-rekod, e-pengurusan, e-pauh, e-tuisyen, e-belajar, e-pendaftaran, e-asrama, e-perpustakaan, e-alumni, e-insuran, e-peperiksaan, e-sijil, e-koperasi, e-yuran dan e-harta modal.

Katanya, di negeri ini terdapat 209 sekolah agama Jaim dengan pelajarnya hampir 50,000 orang.

“Semua ibu bapa berharap kerajaan menyiasat perkara berkenaan dengan segera supaya masalah pembayaran yang sama tidak timbul apabila cuti persekolahan dibuka 3 Januari depan,” katanya.

Disunting dari Metro.


KERAJAAN PANTAU BAHAN UNSUR FITNAH DAN HASUTAN. BAHAN LUCAH BAGAIMANA?


CHANGLUN 20 NOV : Kerajaan akan meningkatkan pemantauan terhadap penerbitan bahan berunsur fitnah dan hasutan yang boleh menggugat keselamatan negara.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum berkata sebagai contoh ada buku politik dan cakera padat digital (DVD) yang diedar semasa perhimpunan agung Umno baru-baru ini yang diragui kandungannya.

HAI JOHARI HANG TAK SEDAQ KA? BAHAN LUCAH DAN TAHYUL BERSEPAH-SEPAH DIJUAL DI PASARAN. YANG TU PUN BAHAYA JUGAK. JANGAN HANG BUAT-BUAT TAK SEDAQ PULAK. JANGAN DOK SIBUK NAK SEKAT TUN MAHATHIR SAJA.

"Kita tidak benarkan bahan-bahan itu diedarkan kerana ia boleh menimbulkan keresahan umum dan menggugat keamanan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan 325 bakal haji dalam kawasan parlimen Kubang Pasu di Masjid Changlun dekat sini Ahad.

"Saya dah arah Bahagian Penerbitan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri lihat perkara ini secara serius," katanya.

Johari yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu berkata kerajaan turut memantau penerbitan akhbar tertentu yang didapati tidak bertanggungjawab dalam laporan mereka.

"Ada akhbar berbahasa Cina membangkitkan isu-isu yang boleh cetuskan perasaaan tidak senang rakyat," katanya.

Beliau menegaskan bahawa Kerajaan tidak akan teraga-kagak untuk bertindak tegas terhadap apa jua penerbitan yang kandungannya boleh menggugat keamanan negara.

Johari juga bimbang dengan gejala penyebaran maklumat tidak tepat serta fitnah melalui khidmat pesanan ringkas (SMs) yang semakin berleluasa.

Antara kes penyebaran SMS yang menarik perhatian nasional ialah mengenai pelayar solo Datuk Azhar Mansor yang didakwa akan membaptiskan sebilangan umat Islam di Ipoh baru-baru ini.

Bagaimanapun pelayar kelahiran Perlis yang mencatat sejarah pelayaran mengelilingi dunia secara solo dengan kapal layar "Jalur Gemilang" pada 1999 itu tampil menafikan dakwaan itu semasa perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

"Banyak yang jadi mangsa SMS. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pun jadi mangsa dan saya sendiri pun pernah jadi mangsa," katanya.

Beliau yakin langkah mengawal penyebaran SMS berunsur fitnah dan hasutan akan dapat ditangani dengan lebih mudah apabila semua pengguna telefon prabayar perlu mendaftar selewat-lewatnya pertengahan bulan depan.

HANG INGAT HANG SORANG JA KA YANG JADI MANGSA. PEMBANGKAN JADI MANGSA HANG TAK SIASAT PUN?


300 BALAK DI BALING DI CURI SEJAK SEBULAN - TAKKAN MAHDZIR TAK TAU KOT?


BALING 20 NOV : Media semalam melaporkan bahawa 300 batang balak dicuri di Baling sejak sebulan lalu, tidak sampai seminggu selepas media mendedahkan kecurian lebih 40 batang balak di jalan lama Baling-Pengkalan Hulu, penduduk Telok Teduri dan Kampung Sera pula mendakwa kawasan hutan simpan Gunong Inas berhampiran kampung mereka diceroboh.

TAKKAN MAHDZIR TAK TAU KOT? DOK SIBUK DENGAN Umno Kubang Pasu dan Persidangan Umno sampai balak kena tebang pun hang biaqkan saja.

Kegiatan penebangan pokok itu dikatakan turut mencemari sebuah kolam yang menjadi sumber air para penduduk Kampung Teduri, terutama ketika hujan.

Air lumpur yang mengalir dari kawasan bukit memasuki kolam yang digunakan para penduduk untuk kegunaan harian.

Seorang penduduk Kampung Teduri, Ismail Harun, 52, berkata setiap kali hujan, air dalam kolam itu berubah warna menjadi merah kerana bercampur air lumpur.

Penduduk kampung yang meninjau kawasan yang diceroboh itu hari ini mendapati sisa tebangan berselerak di kawasan itu.

Abd Manaf Sedek, 50, pula berharap Jabatan Perhutanan segera menghentikan kegiatan itu kerana ia menyulitkan penduduk kampung apabila bekalan air mereka tercemar.


ISU BABI : PENDUDUK PERLU KAJI SEMULA SOKONGAN KEPADA ISLAM HADHARI


MELAKA 20 NOV : Kira-kira 200 penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Linggi dan Tanjung Bidara, Masjid Tanah, di sini, perlu mengkaji semula sokongan mereka kepada kerajaan Islam Hadhari kalau mahu isu babi di kawasan mereka diselesaikan.

Demikian kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan DPP Kawasan, Hj Salamat Aman ketika diminta komen beliau terhadap isu. Media melaporkan semalam bahawa penduduk-penduduk di kawasan tersebut berpiket secara aman, semalam untuk membantah kewujudan kandang ternakan babi di kawasan itu.

'Selagi BN tidak diajar di dalam Pilihanraya selagi itulah isu ini tidak akan selesai, kerana BN hanya akan memandang sebelah mata sahaja kepada bantahan penduduk Melayu tetapi kalau orang lain yang buat bantahan secepat kilat mereka akan bertindak. Ini kerana BN tahu orang Melayu tetap akan menyokong mereka walau apapun isu yang dibangkitkan' kata Hj Salamat.

"Bayangkan sudah 50 tahun isu berlarutan, dah berapa keturunan babi-babi ini dibiakkan, orang melayu masih dibelenggu dengan isu ini mengapa mereka masih mahu memberikan sokongan kepada Islam Hadhari' soal Salamay yang juga merupakan Bendahari DPP Negeri Melaka.

Penduduk mendakwa bahawa kewujudan ladang babi itu sejak lebih 50 tahun lalu menimbulkan masalah bau busuk dan sisa kumbahan yang mengalir ke Sungai Telok Gong dan Sungai Besar, Kuala Sungai Baru, sekali gus mencemarkan kawasan pantai Kuala Sungai Baru.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Ujong Padang, Omar Md Noh, berkata masalah itu masih berlarutan biarpun semua pengerusi JKKK di kedua-dua Dun menghantar memorandum kepada Ketua Menteri, Datuk Wira Mohd Ali Rustam, awal tahun ini.

Beliau mendakwa, selepas memorandum diserahkan, mereka hadir pada perbincangan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Wira Ismail Salleh, tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil.

“Penduduk tidak tahan lagi berdepan masalah bau dan pencemaran air yang berpunca daripada kandang babi itu, yang kebanyakannya terletak di tengah kawasan kampung Melayu.

“Penduduk sentiasa menghidu bau busuk setiap hari, malah ada ketikanya ketika menunggang motosikal untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat, kami terkena percikan air haiwan itu dari lori yang mengangkutnya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Masjid Tanah, Rozamri Kambul, berkata ada kira-kira 67 pengusaha ternakan khinzir di dalam Dum Kuala Linggi dan Dun Tanjung Bidara setakat ini.

Beliau mendakwa, keseluruhannya dianggarkan 150,000 babi diternak di dua Dun itu dan ia melebihi jumlah penduduk dengan nisbah 1:3 iaitu tiga ekor khinzir bagi setiap penduduk.

Sementara itu, pengerusi JKKK Kampung Telok Gong, Abu Bakar Darum, 58, berkata pertambahan penternak di situ berpunca daripada penutupan kandang ternakan di Telok Pelanduk, Lukut, Negeri Sembilan selepas gejala Japanese Encephalitis (Nipah Virus) melanda di situ pada pertengahan 1990-an.

“Kami bukan hendak menyekat aktiviti penternak terbabit, tetapi ia menimbulkan banyak masalah kepada penduduk. Paling teruk ketika hujan lebat apabila pengusaha kandang babi melepaskan air sisa kumbahan ke sungai dan terus mengalir ke laut, sekali gus mencemarkan pantai Telok Gong dan Sungai Tuang, Kuala Sungai Baru,” katanya.

Difahamkan, semua kandang ternakan babi itu beroperasi dikelilingi kira-kira 15 kampung dengan jumlah penduduk dianggarkan kira-kira 20,000 hingga 30,000 orang.

Malah, satu kandang ternakan terletak kira-kira 50 meter saja daripada rumah penduduk di Kampung Sungai Tuang, Kuala Sungai Baru.


JANGAN MIMPI NAK PULIHKAN INDEKS RASUAH (CPI) KALAU TINDAKAN DIKENAKAN HANYA KEPADA 'IKAN BILIS'


Media hari ini melaporkan bahawa Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) mahu kejatuhan menerus dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia dijadikan satu ‘panggilan kejutan’ dalam usaha membanteras rasuah di negara ini.

Datuk Seri Zulkipli Mat Noor berkata, orang ramai harus sedar bahawa memerangi rasuah bukannya usaha BPR semata-mata tetapi perlu dihayati oleh semua lapisan masyarakat.

Dalam temuramah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia melalui RTM1 hari ini, beliau berkata, kejatuhan ke tangga 44 daripada 39 dalam CPI terbaru agensi Ketelusan Antarabangsa (Transparency International) mungkin juga disebabkan oleh kajiannya kini meliputi lebih banyak negara, iaitu 163 berbanding 140 sebelumnya.

Dalam hal ini DPP Kawasan Bukit Katil ingin mengingatkan Datuk Zulkipli supaya sedar bahawa Indeks ini tidak mungkin dapat dinaikkan sekiranya Malaysia masih mengamalkan pendakwaan terpilih dalam hal rasuah iaitu JERUNG BESAR terlepas tetapi hanya IKAN BILIS yang tersangkut. Inilah punca sebenar mengapa Indeks ini semakin merudum. Sejak Imam Al Hadhari memerintah belum ada pemimpin-pemimpin yang sering dikaitkan dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa di dakwa.

Ada yang terlibat dengan politik wang pun tidak dihadap ke mahkamah. Dalam keadaan Indeks CPI yang semakin merudum inipun Nazri Aziz Menteri yang menjaga rasuah membuat kenyataan bahawa rasuah wang di dalam Umno tidak boleh dikategorikan sebagai rasuah dan tidak perlu dibawa ke mahkamah. Kalau macam ini jangan mimpi negara kita akan bebas rasuah wahai Lah dan Nazri.


Saturday, 18 November 2006

HATI-HATI DENGAN LAKONAN Umno


PAS perlu berhati-hati dengan lakonan Umno yang berpura-pura untuk berbuat dengan PAS. Ini kerana pengalaman lama mengajar kita bagaimana Umno hanya mahu berkawan dengan PAS bila mereka dalam keadaan tersepit. Umpamanya selepas Pilihanraya Umum 1969 di mana Umno mengalami kekalahan besar sehingga kalah di beberapa negeri dan juga kehilangan majoriti dua pertiga di beberapa negeri yang lain, mereka menghulurkan tangan untuk bersahabat dengan PAS. Akhirnya pemimpin PAS pada masa itu menyambut tangan pemimpin Umno atas dasar kepentingan Islam dan melayu.

Akan tetapi apabila Umno sudah kuat PAS ditendang keluar dari BN bagai kucing kurap pada tahun 1977. Oleh itu PAS mesti berhati-hati dalam hal jangan nanti pisang berbuah dua kali.

Dalam Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam wakil Terengganu Dato' Rosli Mat Hassan mencadangkan agar pimpinan Umno mendekati pimpinan PAS dalam usaha menguatkan kedudukan orang Melayu.

Rosli berkata semasa membahaskan usul ucapan dasar Presiden Umno itu berkata dalam mencapai usaha itu kepentingan sempit parti perlu diketepikan bagi menangani cabaran yang wujud, termasuk penyebaran dan pemahanan Islam Hadhari.


Friday, 17 November 2006

MUKHRIZ 'BUNUH DIRI'



Tindakan Mukhriz Mahathir menuruti bapanya membuat kritikan terbuka kepada Imam Al Hadhari Wal Badawi umpama tindakan membunuh diri. Ini kerana sekarang ini Mukhriz dilihat telah melakukan kesalahan besar oleh Umno.

Mungkin Mukhriz sudah bersedia untuk menerima hukuman sebab itu beliau berani berbuta demikian. Bukan Mukhriz tidak tahu bahawa Presiden Umno adalah orang yang 'maksum' tiada kesalahan dan apa sahaja yang keluar dari mulutnya merupakan perintah dan sudah pasti akan diikuti oleh pengikutnya, 'PATIK TAAT DAN PATIK JUNJUNG'.

Bukankah Muhkriz sedar semasa bapanya menjadi Presiden Umno dulupun hal yang sama juga berlaku. Sesiapa sahaja yang tidak taat dan menyanggah 'titah' Presiden sudah pasti akan menerima hukuman.

BERSEDIALAH WAHAI MUKHRIZ. 'SANG SAKA BANGSA' BILA-BILA MASA SAHAJA AKAN DIHANTAR KEPADA ANDA SEBAGAI SIMBOLIK ANDA AKAN DIHUKUM UMPAMA FILEM MEGAT TERAWIS


KEHEBATAN UMNO MEMERINTAH : LEBIH 300,000 RIBU PENAGIH, 50,000 PENGANGGUR


Timbalan Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang tadi mengaku bahawa kini terdapat 300,000 penagih dadah dan 50,000 graduan menganggur sehingga Julai. Angka yang diberikan Najib jelas menunjukkan kegagalan Kerajaan Islam Hadhari pimpinan Imam Al Hadhari Wal Badawi gagal mengatasi masalah yang semakin kronik ini.

Masalah ini adalah merupakan masalah yang semakin serius ditambah lagi dengan masalah-masalah lain seperti kadar jenayah yang semakin meningkat, kadar murtad yang berleluasa, kadar rasuah yang semakin membimbangkan sehingga indeks kita merudum jatuh dan pelbagai lagi masalah.

Namun Imam AL Hadhari Wal Badawi cuba mengangkat bakul sendiri apabila membentang 'report card'nya dalam ucapan dasar pada Persidangan Umno yang tamat petang tadi.

Manakala pengikut-pengikut dan pegampu-pengampu setia beliau pula ternganga mendengar 'klengtongnya'.

Sedangkan pelbagai masalah berlaku dalam 3 tahun beliau memerintah sedikit pun tidak diungkit. Antaranya Pilihanraya terkotor berlaku dalam PRU 2004, indeks rasuah semakin merudum, bilangan orang Islam Murtad lebih 100,000 (dakwa Mufti Perak), Bahasa Melayu terus dipinggirkan, bantuan perkapita kepada SAR terus dihentikan, diskrminasi kepada kerajaan Kelantan terus berlaku dan bermacam-macam.


WAKIL Umno MELAKA SANGGUP BERMANDI DARAH?


Wakil Umno Melaka Hasnoor Sidang Hussein ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Umno semalam berkata Umno sanggup bermandi darah mempertahankan Islam dan Melayu. Bukan main hebat lagi Hasnoor bercakap tetapi sedarkan Hasnoor bahawa di Melaka sendiri kedaulatan Melayu semakin terhakis, tapak-tapak kedai milik orang melayu di tengah-tengah Bandar Melaka 'dirampas', kejadian Murtad melibatkan seorang wanita melayu dan anak-anaknya di Duyong tidak mendapat pembelaan, taman-taman perumahan yang mahal-mahal dikuasai bangsa lain, tanah wakaf dijual kepada bukan Islam dan banyak lagi kejadian malang menimpa agama dan bangsa Melayu.

Ini semua adalah angkara Umno. Mengapa Hasnoor dan bossnya Ali Rustam diam seribu bahasa. Cerminlah sikit muka tu kalau nak bercakap. Jangan cakap berdegar-degar tetapi diri sendiri yang mematikan Islam dan melayu.


Thursday, 16 November 2006

PARLIMEN MALAYSIA KORUM TAK CUKUP - SUNGGUH MEMALUKAN


Peristiwa aneh berlaku dalam negara kita hari ini apabila korum di Parlimen Malaysia tidak cukup kerana kegagalan Ahli-ahli Parlimen menghadirinya. Hanya 24 orang Ahli Parlimen berada di dalam Dewan pada jam 4.55 petang menyebabkan Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, YB Chong Eng bangun bertanya adakah korum cukup atau tidak. Apabila dikira hanya 24 orang sahaja yang ada.

Apa yang lebih malang ialah kegagalan sebahagian besar Ahli Parlimen dari BN yang berjumlah 199 orang menghadirkan diri dalam Parlimen. Nampak jelas bahawa Ahli-ahli Parlimen dari Umno lebih mementingkan Persidangan Umno dari tanggungjawab mereka sebagai Ahli Parlimen.

Kejadian ini bertambah 'menyayat hati' apabila banyak soalan yang diajukan kepada Kementerian tertentu tidak dapat dijawab kerana ketidakhadiran Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen kementerian berkenaan.

Sementara itu Pemangku Ketua Kelab Penyokong Kerajaan Raja Ahmad Zainuddin yang juga Ahli Parlimen Larut melahirkan rasa dukacita di atas kegagalan Kementerian tertentu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan sejak Selasa lalu.

Beliau berkata Kementerian sepatutnya mewakilkan salah seorang dari Menteri, Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen untuk menjawab soalan-soalan berkaitan. Itu adalah lebih baik dari soalan tersebut dibaca oleh wakil dari Kementerian lain yang tidak berkenaan.

Raja Ahmad juga berkata walaupun Persidangan Umno sedang berlangsung, bukan semua Kementerian diwakili oleh pemimpin Umno samada menteri, timbalan menteri atau setiausha parlimen.


SEKARANG PUN DAH 'MENANG SORAK KAMPUNG DAH TERGADAI'


Abdullah berkata, beliau sekali-kali tidak akan membawa bangsa menerima nasib Pak Kaduk, ‘menang sorak kampung tergadai’.

Itulah kata-kata Pak Lah dalam ucapan dasar Persidangan Umno semalam.

Tetapi sedarkah Pak Lah bahawa sekarang ni pun kampung dah tergadai, contohnya pegangan agama orang Islam semakin longgar, murtad berlaku dimana-mana, Pulau Pinang dah lama tergadai, Bahasa Melayu dah pun tergadai -tidak lagi dipakai sepenuhnya dalam sekolah dan Universiti, Ekonomi dah dikuasai orang lain, dan macam lagi-lagi.

Orang Melayu semakin terpinggir. Melayu tinggal apa sekarang?????????

Ini semua adalah disebabkan kegagalan Umno menjaga kedaulatan melayu. Pemimpin dan ahli-ahlinya hanya mementingkan keduniaan dan kekayaan semata-mata tanpa memikirkan Islam dan kedaulatan melayu. Kata-kata mereka hanya retorik sahaja. Segelintir sahaja pemimpin Umno yang betul-betul ikhlas berjuang untuk memartabatkan kedaulatan melayu.


SANG SAKA BANGSA



SEPERTI YANG DIKETAHUI UMUM BENDERA UMNO DIKENALI SEBAGAI SANG SAKA BANGSA BERMULA SEMALAM. OLEH KERANA NAMANYA 'SAKA' ITULAH AGAKNYA PEMIMPIN UMNO DAN PENGIKUTNYA SENTIASA 'TERKENA' SAKA IAITU BUDAYA YES MAN DAN BUDAYA KUAT MEMBODEK. APA SAHAJA YANG KETUA KATA SEMUANYA BETUL, 'PATIK AKUR DAN PATIK JUNJUNG'.

Maka berkatalah Pak lah bahawa cadangan oleh pemuda dengan menamakan bendera Umno ini melambangkan penghayatan generasi muda terhadap asas dan sejarah perjuangan parti.


Wednesday, 15 November 2006

ORANG LAIN DAH PAKAI SENJATA YANG SOFISTIKATED DAN CANGGIH. Umno MASIH GUNA KERIS



Hishammuddin menghunus keris Panca Warisan sambil melaungkan Hidup UMNO bersama-sama barisan Exco dan perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung Tahunan pergerakan itu di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. ORANG DAH TAK PAKAI DAH 'KERIS TELANJANG' TU WAHAI HISHAMUDIN ....ORANG LAIN DAH PAKAI SENJATA YANG SOFISTIKATED DAN CANGGIH ..... SEDARLAH SIKIT!!!!


PERSIDANGAN Umno LEBIH PENTING DARI TANGGUNGJAWAB SEBAGAI MENTERI DAN AHLI PARLIMEN


Nampaknya bagi Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Ahli Parlimen dari Umno lebih memetingkan parti dan kedudukan mereka dalam Parti daripada tanggungjawab mereka kepada negara dan rakyat. Hal ini terbukti apabila banyak soalan yang tidak terjawab ekoran hampir 3/4 ahli parlimen tidak menghadirkan diri.

Sepatutnya Umno sebagai parti teras yang memerintah boleh mengadakan Persidangan Tahunan bermula pada hari Jumaat sehingga ke Ahad supaya tugas-tugas rasmi mereka tidak terganggu.

Harakgadaily melaporkan bahawa sesi soal jawab di dewan hari ini tidak berlangsung sebagaimana biasa di mana hanya beberapa soalan sahaja yang dijawab daripada 23 soalan bahkan soalan pertama yang belum dijawab telah diulang semula kerana masa yang diperuntukkan belum habis.

Di dewan sendiripun penuh dengan pimpinan MCA dan MIC bagaimanapun di pihak pembangkang khususnya PAS masih terus mengikuti sidang dewan.

Apa yang menakjubkan, Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Rohani Abdul Karim berjaya menjawab soalan yang ditujukan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Menteri Pengajian Tinggi.

Kedua-dua soalan yang ditujukan kepada kementerian berbeza dijawab dengan panjang lebar bahkan soalan tambahan bagi Kementerian Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dijawab dengan jelas dan tepat.

"YB... saya diberi 'briefing' oleh mereka (menteri) untuk jawab soalan ini," kata Rohani sebaik sahaja mendengar ahli parlimen memuji jawapan yang diberinya.

MEREKA INI LEBIH MEMENTINGKAN PARTI UMNO DAN KEDUDUKAN MEREKA DALAM UMNO DARI KEPENTINGAN NEGARA DAN RAKYAT.


BLOG AKAN DIUPDATE SEMULA BERMULA HARI INI


PIHAK KAMI MEMOHON KEMAAFAN KERANA TIDAK DAPAT MENG'UPDATE'KAN BLOG INI SEJAK SABTU LALU KERANA MASALAH YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN.

INSYA ALLAH BLOG INI AKAN DIKEMASKINIKAN SEMULA BERMULA JAM 5.30 PETANG INI. SEKIAN HARAP MAKLUM


Friday, 10 November 2006

HJ SALIM DAN HJ YASSIM MUSA DI LANTIK SEBAGAI PENGARAH DAN SETIAUSAHA MTD AYER MOLEK


BUKIT KATIL 10 Nov : PAS Kawasan Bukit Katil mengorak langkah memperkuatkan jentera Pilihanrayanya dengan melantik Bendahari PAS Kawasan, Hj Salim Tahir dan Setiausaha PAS Kawasan, Hj Yassim Musa selaku Pengarah dan Setiausaha Majlis Tindakan DUN (MTD) Ayer Molek.

Perlantikan ini telah diumumkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil selepas Mesyuarat Bulanan PAS Kawasan Bukit Katil di Pejabat PAS Kawasan di sini malam tadi. Perlantikan ini dilihat mampu memperkuatkan jentera MTD Ayer Molek.

Hj Salim Tahir dalam kenyataannya selepas perlantikan tersebut melahirkan keyakinan bahawa MTD Ayer Molek akan dapat beroperasi dengan lebih hebat selepas ini.


MAT SABU CERAMAH DI BUKIT KATIL 1 DISEMBER


BUKIT KATIL 10 NOV : NAIB PRESIDEN PAS HAJI MOHD SABU YANG JUGA MERUPAKAN PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG AKAN BERCERAMAH DI MARKAZ PAS KG BUKIT KATIL PADA 1 DISEMBER INI. TIMBALAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN, HJ BAKRIN MENYATAKAN BAHAWA CERAMAH INI AKAN DIADAKAN DIPERKARANGAN MARKAZ PAS (SURAU PAS CAWANGAN BUKIT KATIL) BUKAN DI PEJABAT PAS KAWASAN SEBAGAIMANA BIASA. PERKARANGAN SURAU ITU SEKARANG MENJADI SEMAKIN LUAS SELEPAS TANAH DISEBELAH MARKAZ ITU TELAH DIBELI OLEH SEORANG AHLI PAS DAN IANYA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK CERAMAH.

HJ BAKRIN MENYERU SELURUH PENDUDUK DI SEKITAR PARLIMEN BUKIT KATIL DAN SELURUH RAKYAT NEGERI MELAKA SUPAYA DATANG-DATANG BERAMAI-RAMAI MENDENGAR CERAMAH YANG MENARIK INI. BELIAU BERKATA DEMIKIAN KETIKA DITEMUI OLEH WAKIL BLOG INI PADA MESYUARAT BULANAN PAS KAWASAN BUKIT KATIL DI SINI MALAM TADI.


PAK LAH PURA-PURA DUKACITA


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata, laporan terkini Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2006 adalah mendukacitakan dan membawa tanda tanya sama ada kajian itu sahih serta benar-benar mencerminkan keadaan di negara ini atau sebaliknya.

TAK PAYAH LAH ENGKAU HENDAK MENYALAHKAN ORANG LAINLAH WAHAI IMAM AL HADHARI, KALAU INDEKS PERSEPSI RASUAH ITU TIDAK DIKELUARKAN RAKYAT BOLEH NILAI SENDIRI SAMADA RASUAH TELAH BERKURANGAN ATAU SEMAKIN MENINGKAT DI MALAYSIA.

SEJAK ENGKAU MENGAMBILALIH TAMPUK PEMERINTAHAN, ENGKAU TIDAK PERNAH MENGAMBIL TAHU AKAN LAPORAN RASUAH YANG DI BUAT OLEH PEMBANGKANG, AHMAD LUTFI DAN EZAM TERHADAP ORANG KANAN ENGKAU SEPERTI KHIR TOYO, RAFIDAH AZIZ DAN LAIN-LAIN. KES PPRT MELIBATKAN ORANG KUAT ENGKAU DI KELANTAN PUN MASIH MENIMBULKAN TANDA TANYA.

ANAK DAN MENANTU ENGKAU SENDIRI SEMAKIN KAYA RAYA. MENANTU ENGKAU BOLEH PINJAM DUIT SENANG-SENANG JE SAMPAI JUTA-JUTA.

MANA ADA MENTERI-MENTERI ENGKAU DI DAKWA DI MAHKAMAH KERANA RASUAH. YANG KENA DAKWA HANYA 'PREBET' POLIS DAN KULI BATAK SAHAJA.

ENGKAU SURUH ANGGOTA KABINET DAN KELUARGA MEREKA ISYTIHAR HARTA TETAPI ENGKAU SENDIRI TAK MAHU DAN TAK BERANI BERBUAT DEMIKIAN.

MENTERI KABINET ENGKAU YANG JAGA RASUAH IAITU NAZRI AZIZ BUAT KENYATAAN BAHAWA RASUAH WANG DALAM UMNO TIDAK DIKATEGORIKAN SEBAGAI RASUAH DAN IANYA TIDAK BOLEH DISABITKAN KESALAHAN DI MAHKAMAH. INILAH DOUBLE STANDARDNYA PEMERINTAHAN ENGKAU.

RAKYAT TIDAK PELIK KALAU INDEKS PERSEPSI RASUAH (CPI) INI AKAN MERUDUM LAGI SEBAB ENGKAU SENDIRI GALAKKAN RASUAH. CAKAP LAIN BUAT LAIN. CAKAP TAK SERUPA BIKIN.


ISU BAHASA : IMAM AL HADHARI KERAS KEPALA


Walaupun sebahagian besar tokoh-tokoh akademik dan tokoh bahasa menentang pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kekal namun Imam Al Hadhari tetap berdegil mahu meneruskan dasar peninggalan zaman Mahathir ini. Ahli Parlimen Gua Musang yang juga Pengerusi Kongres Melayu, Tengku Razaleigh juga sudah beberapa kali menggesa dasar ini dimansuhkan. Antara tokoh-tokoh yang lantang menentang dasar ini ialah Tan Sri Ainuddin Wahid, Dato' Hassan Ahmad, Dato' Prof Shahrir Mat Zain dan ramai lagi.

PAS dan NGO melayu seperti ABIM, TERAS dan lain-lain juga telah lama menentang pelaksanaan dasar ini sejak awal-awal lagi.

Malah Badan Perhubungan UMNO Johor turut membantah pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah atas alasan dasar tersebut hanya menyebabkan bangsa Melayu kehilangan identiti dan jati diri.

Tetapi nampaknya Imam Al Hadhari tetap berdegil, semalam dia dilaporkan berkata bahawa pelaksanaan dasar tersebut diyakini mampu meningkatkan lagi prestasi pelajar bumiputera. Satu alasan yang dangkal kerana rata-rata pelajar-pelajar merungut kerana susah untuk memahami subjek yang memang sudah sedia susah ditambah pula dengan masalah bahasa ini.

Kita tidak mahu generasi akan datang mengutuk kepimpinan sekarang atas kegagalan mereka menguasai ilmu sains dan teknologi oleh kerana susah untuk memahami subjek tersebut. Ini juga menyebabkan orang Melayu akan terus tertinggal dalam arus pembagunan.


Thursday, 9 November 2006

MAHATHIR MASUK IJN


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara awal pagi tadi kerana menghadapi masalah jantung.

Menurut anaknya, Datuk Mukriz Mahathir, bapanya mengalami sakit dada kira-kira jam 3.30 pagi tadi semasa berada di rumahnya di The Mines, Sri Kembangan.

“Tun terus dikejarkan ke hospital dan menurut doktor beliau perlukan rehat dan pengawasan selama seminggu. Tun berada dalam keadaan stabil sekarang,” katanya ketika dihubungi malaysiakini.

Beliau berkata, bapanya yang baru kembali dari New Zealand pada kira-kira jam 5 petang semalam telah bersama-sama meraikan tetamu di rumah terbuka Aidilfitri anak-anaknya yang diadakan di kediaman mereka di Seri Cahaya, Mines Resort, Seri Kembangan, Selangor.

Katanya, Dr Mahathir kelihatan amat ceria menyambut pelbagai tetamu dan mereka yang datang untuk berhari Raya dengan anggota keluarganya.

Dr Mahathir dijadualkan menghadiri majlis perasmian perhimpunan agung Umno Rabu depan dan Program Seminar Kepimpinan bersama Tun Dr Mahathir di Johor Bharu pada Sabtu ini.

Tiga tempat tersumbat

Dr Mahathir pernah melalui pembedahan pintasan koronari di IJN pada 1989.

Kali terakhir beliau dirawat di IJN ialah pada Disember tahun lalu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, IJN berkata bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke institut tersebut setelah diserang sakit jantung ringan.

Dr Mahathir, yang akan mencapai usia 81 tahun bulan depan, mengadu sakit dada pagi ini dan dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), kata kenyataan tersebut.

"Beliau dalam keadaan stabil dan dijangka dirawat selama seminggu," kata kenyataan itu.

Manakala akhbar The International Herald Tribune melaporkan awal minggu ini bahawa Dr Mahathir telah dimaklumkan oleh doktornya mengenai jantungnya yang tersumbat di tiga tempat.

Dengar taklimat

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiba di IJN kira-kira jam 2.15 petang untuk menziarah Dr Mahathir.

Ketibaan Abdullah disambut oleh Mukhzani. Perdana Menteri dilihat meninggalkan IJN kira-kira jam 2.28 petang.

Mukhzani kemudiannya memberitahu pemberita, Abdullah diberi taklimat oleh pakar kardiologi, Dr Sarjev Joshi mengenai keadaan Dr Mahathir.

Katanya, Perdana Menteri tidak dapat menemui Dr Mahathir kerana bekas Perdana Menteri itu sedang tidur.

Mukhzani berkata, menurut doktor, keadaan bapanya kini stabil dan tidak perlu menjalani sebarang pembedahan pintasan koronori.

Doktor juga, kata beliau, menasihatkan Dr Mahathir supaya berihat.

Menurut Mukhzani lagi, keadaan bapanya mungkin disebabkan oleh terlalu banyak perjalanan dan baru pulang dari New Zealand malam tadi.

Di samping itu, katanya, dalam majlis sambutan hari raya yang diadakan malam tadi, Dr Mahathir telah melayan ramai tetamu yang hadir.

Turut menziarahi Dr Mahathir di IJN adalah Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.


Muslim pertama anggota Dewan Perwakilan Amerika


MINNEAPOLIS/WASHINGTON 9 Nov : Anggota Demokrat, Keith Ellison, mencipta sejarah menjadi orang Islam pertama dilantik sebagai ahli Kongres Amerika Syarikat selepas menewaskan calon Republikan dan calon ketiga yang bertanding.

Ellison, 43, akan menggantikan anggota Demokrat Minnesota yang bersara, Martin Sabo, di Dewan Perwakilan.

Penganut Islam berkulit gelap dari negeri yang diduduki ramai warga kulit putih, kemenangan Ellison bermakna serangan peribadi tajam terhadapnya ketika pertandingan oleh pencabarnya, menemui kegagalan.

Ketika berkempen, Ellison, seorang peguam dan ahli perundangan selama dua penggal, tidak menghebohkan agamanya dan menyalahkan media terus memainkan isu itu.

Beliau menggesa tentera Amerika segera berundur dari Iraq, mencadangkan penggunaan sumber tenaga yang dapat diperbaharui dan sistem penjagaan kesihatan percuma.

Saingannya dari Parti Republikan, Alan Fine, berkempen dengan menekankan hubungan rapat Ellison dengan Louis Farrakhan, pemimpin kumpulan Nation of Islam sebagai petanda Ellison bersikap anti-Semitik atau anti-Israel.

Ellison yang memeluk Islam ketika di kolej, menegaskan pembabitannya dengan Farrakhan terhad kepada membantu menganjurkan perarakan di Washington pada 1995 yang bertujuan menggalakkan masyarakat kulit hitam memperbaiki hidup mereka.

Dia disokong Majlis Demokratik Yahudi Kebangsaan selain akhbar Yahudi Minneapolis terkemuka yang jelas menyebelahinya berbanding Fine, seorang Yahudi.


PAS CAWANGAN TMN CEMPAKA ANJURKAN PROGRAM KORBAN SEMPENA AIDIL ADHA


PAS Cawangan Tmn. Seri Cempaka, Peringgit, Melaka akan menganjurkan Program Korban Berkelompok pada Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada 31.12.2006 akan datang ini.

Peserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM300/bahagian. Muslimin/muslimat yang
berminat untuk menyertai program ini bolehlah menghubungi Tuan Hj.
Baharim Endin, Tel:06-2841612 untuk mendapatkan keterangan lanjut.


PROGRAM KHATAN BERAMAI-RAMAI ANJURAN BALAI ISLAM TAMAN CEMPAKA


Balai Islam, Tmn. Seri Cempaka, Peringgit, Melaka akan mengajurkan Program
Berkhatan Beramai-ramai semasa cuti persekolahan penghujung tahun ini
iaitu pada bulan November/Disember 2006 yang akan datang.

Muslimin/Muslimat di Negeri Melaka khususnya mereka yang tinggal di Tmn.
Seri Cempaka/Tmn. Peringgit Jaya yang bercadang untuk mengkhatankan
anak-anak masing-masing adalah dijemput menyertai program ini.

Setiap peserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM70.00 sahaja. Untuk keterangan
lanjut, bolehlah menghubungi Tuan Hj.Ismaon, Tel:019-2000115.


MENGAPA TUNGGU HINGGA 2008


PUTRAJAYA 9 Nov. – Keputusan sama ada mahu meneruskan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah hanya akan dibuat pada tahun 2008.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pada masa itu murid Tahun Satu yang mula-mula terlibat dengan dasar yang diperkenalkan pada tahun 2003 itu menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menurutnya, walaupun terdapat banyak desakan tetapi kerajaan tidak boleh menukar dasar itu ‘di tengah jalan’ kerana ia tidak adil dan boleh menganiaya pelajar yang sudah melaluinya.

“Kita kena menunggu dua tahun lagi sebelum memutuskan sebarang tindakan kerana kita mahu penilaian keseluruhannya dibuat ke atas kumpulan pelajar yang mula-mula mengikuti sistem itu pada tahun 2003,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai cadangan sesetengah pihak yang meminta kerajaan mengkaji semula penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.

Isu tersebut yang pernah dibincangkan oleh beberapa pihak sebelum ini telah dicetuskan semula pada konvensyen UMNO Johor baru-baru ini.

MENGAPA TUNGGU SEHINGGA 2008 BARU HENDAK DIBUAT KEPUTUSAN SAMADA MENERUSKAN DASAR INI ATAU KEMBALI KEPADA DASAR LAMA. BUKAN HAMPIR SEMUA CERDIK PANDAI MELAYU SEPAKAT BAHAWA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH DAN UNIVERSITI MESTILAH MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU KERANA IANYA MEMUDAHKAN PELAJAR MEMAHAMI PELAJARAN MEREKA.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN YANG TIDAK MENURUN TIDAK BOLEH DIJADIKAN UKURAN KERANA KEPUTUSAN ITU BOLEH DIMANIPULASI DENGAN MENURUNKAN MARKAH LULUS 'PASSING MARK' SEPERTI YANG DIDAKWA OLEH BANYAK PIHAK. JANGAN CUBA HENDAK TIPU RAKYAT. RAKYAT BUKAN BODOH LAGI.


Wednesday, 8 November 2006

DASAR SOSIAL NEGARA TETAP GAGAL JIKA ISLAM DIKESAMPINGKAN


Antara objektif Dasar Sosial Negara (DSN) adalah untuk menjamin pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestalbilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap. Tetapi semua itu tidak menampakkan hasil.

DSN wujud setelah kerajaan mendapati banyak sangat masalah sosial yang membimbangkan negara. Pada tahun 1996 kerajaan telah membentuk Jawatankuasa Kabinet bagi Membanteras Masalah Sosial (JKMMS).

Selepas itu pelbagai tindakan diambil seperti mengadakan bengkel, melantik pakarunding, merangka deraf DSN sehinggalah ia diluluskan oleh Jemaah Kabinet dan dilancarkan dengan rasmi tiga tahun lalu. Semua ini seolah-olah hanya menghabiskan duit rakyat tetapi masalah sosial semakin meruncingkan.

Nampak jelas bahawa kerajaan sejak sekian lama telah menyedari masalah sosial boleh menggugat kestabilan negara kerana ianya akan mewujudkan masyarakat yang tidak bermoral dan ini boleh membantut usaha melahirkan masyarakat yang bermoral, penyayang, bertoleransi, progresif, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

Ekoran masalah sosial terkini seperti mat rempit, hubungan seks sebelum nikah, penagihan dadah, pertentangan budaya pendatang asing dengan rakyat tempatan, penagihan arak, keruntuhan budaya sopan santun, tidak keterlaluan jika kita menganggap masalah sosial terutamanya dikalangan remaja dan belia semakin parah.

Semua ini adalah disebabkan kegagalan kerajaan membasmi punca-punca gejala sosial ini seperti kewujudan pusat-pusat hiburan, pergaulan bebas, konsert-konsert, media massa yang menggalakkan program maksiat dan sebagainya. Apa yang malang kerajaan sendiri yang menggalakkan program-program maksiat ini. Pada masa yang sama juga kerajaan Islam Hadhari menghalang program-program keagamaan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Kerajaan Islam Hadhari hari ini seolah-olah mengamalkan Amar Mungkar, Nahi Makhruf.

Walaupun Dasar Sosial Negara (DSN) telah lama digariskan tetapi masalah sosial semakin parah. Ini adalah disebabkan cara dan kaedah penyelesaian Islam dikesampingka


MAHATHIR SAH HADIR PADA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO


PETALING JAYA 8 NOV : Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengesahkan akan menghadiri perhimpunan agung Umno pada Rabu depan, kata setiausaha agungnya Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad hari ini.

Beliau diberikan ruang di barisan depan untuk tetamu kehormat kerana mengenang jasanya sebagai bekas Presiden Umno dan juga Perdana Menteri, kata Radzi.

Dua hari lepas, sewaktu taklimat perhimpunan ini kepada wakil media, Radzi berkata Dr Mahathir belum mengesahkan kehadirannya.

Kehadirannya di majlis ini menjadi topik hangat dan dinanti-nantikan banyak pihak sejak beberapa bulan lalu apabila beliau sebagai bekas presiden, buat pertama kali dalam sejarah Umno, bertanding untuk menjadi perwakilan rasmi bahagian Kubang Pasu bagi membolehkan beliau berucap.

Pemerhati politik melihat bahawa pemimpin Umno sendiri sebenarnya berasa cuak dengan kehadiran Dr Mahathir ini. Mereka takut Dr Mahathir ini membuat tindakan tertentu untuk 'mengacau' perhimpunan tersebut. Antaranya kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Mohd Taib yang memberi amaran agar tokoh ini "tidak mengganggu" majlis itu.

"Orang Umno ni, mereka mungkin nampak terhegeh-hegeh sahaja, tapi cubalah sesiapa nak buat kacau, bekas presiden ke tidak bekas presiden ke, mereka akan nyahkan daripada dewan," katanya dalam wawancara eksklusif dengan mStar Online.

Muhammad mengulas kemungkinan kehadiran Dr Mahathir boleh menimbulkan suasana tegang susulan siri-siri kritikan kerasnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


AZHAR TAK MAHU ULAS SAMADA MASIH ISLAM ATAU TIDAK. APA MAKNANYA TU?


LANGKAWI 8 NOV : Pelayar negara Datuk Azhar Mansor enggan mengulas dakwaan beliau telah murtad dengan menganut agama Kristian.

Azhar enggan menjawab soalan media sama ada beliau masih lagi berpegang kepada ajaran Islam dengan hanya mengatakan "tidak mahu mengeruhkan keadaan dan mahu pihak berkuasa menyiapkan siasatan mereka terlebih dahulu."

"Siasatan pihak berkuasa diharap akan menjelaskan agenda serta tujuan pihak-pihak yang menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan beliau telah murtad," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

MENGAPA AZHAR TIDAK MAHU MEMBUAT KENYATAAN SAMADA BELIAU MASIH BERAGAMA ISLAM ATAU TIDAK? BUKANKAH INI AKAN MENYEBABKAN ORANGRAMAI TERTANYA-TANYA LEBIH-LEBIH RAMAI YANG MENDAKWA BELIAU TELAH MURTAD. KALAU BELIAU MASIH ISLAM MENGAPA BELIAU TIDAK MAHU MENGAKUINYA?

Dakwaan beliau murtad timbul ekoran kiriman SMS yang mendakwa beliau akan membaptiskan sejumlah orang Islam di sebuah gereja di Ipoh, Perak, Ahad lepas.

Akibat kiriman SMS itu, beberapa orang telah dipanggil polis untuk memberi keterangan mengenai penyebaran SMS itu.

"Tohmahan seperti itu telah dilemparkan kepada saya sejak mula belayar pada 1999. Saya berharap apabila siasatan selesai dan diumumkan ia akan membersihkan nama saya sekali gus dan tidak dikaitkan dengan isu seumpama itu lagi," katanya.

Menurutnya sehingga sekarang belum ada pihak berkuasa termasuk Mufti Perlis yang dilaporkan telah diarahkan Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim untuk menyiasat mengenai perkara itu.

Azhar, 49 dan ayah kepada tiga orang anak berkata sejak beliau mula belayar telah diajukan soalan melalui Internet dan SMS tetapi jarang membacanya kecuali rakan-rakan yang memberitahunya.

Beliau menjadi terkenal selepas kejayaannya mengelilingi dunia secara solo dengan kapal layar 'Jalur Gemilang' pada 1999.

Pelayar itu kemudian menubuhkan Telaga Harbour Sdn Bhd yang menguruskan tempat berlabuh kapal layar di Pantai Kok, Langkawi yang boleh menampung 90 buah kapal layar pada satu masa


YA ALLAH TERIMALAH MIRVAT MASSUD SEBAGAI SYUHADA






Gambar sebuah rumah keluarga Palestin yang rosak teruk dibedil tentera jahanam Israel.








GAZA 8 NOV : Seorang remaja Palestin, Mirvat Massud, 18, bertindak nekad meletupkan diri dalam serangan berani mati ke atas sekumpulan askar Israel kelmarin ketika rejim Zionis meneruskan keganasan dengan membunuh 61 penduduk Palestin. (YA ALLAH GOLONGKANLAH MIRVAT MASSUD DALAM GOLONGAN SYUHADA)

Walaupun, serangan itu hanya menyebabkan seorang askar Yahudi cedera ringan, ia disusuli dengan keputusan Tel Aviv semalam mengundur tenteranya dari Beit Hanun yang menjadi tumpuan keganasannya di Gaza sejak seminggu lalu.

Mirvat dikatakan meletupkan bahan letupan dililit pada dadanya ketika berjalan melintasi sekumpulan tentera Zionis di bandar di utara Gaza itu.

Kumpulan pejuang Palestin, Jihad Islam yang sebelum ini melancarkan beberapa serangan ke atas sasaran Israel, mengaku bertanggungjawab dalam serangan Mirvat berkenaan.

Jihad Islam turut memaparkan rakaman video gadis itu yang antara lainnya ditujukan kepada ibunya.

“Ibu tersayang, saya mohon anda agar terus tabah dan maafkanlah diri ini. InsyaAllah, kita pasti bertemu di syurga,” kata Mirvat dalam rakaman itu.

Beliau adalah antara segelintir daripada lebih 100 pengebom berani mati Palestin sejak enam tahun lalu.

Sementara itu, sehari selepas melakukan pembunuhan kejam yang turut mengenai sebuah tadika, tentera Israel berundur dari bandar Beit Hanoun, tetapi masih terus menceroboh beberapa kawasan lain di Semenanjung Gaza.

Selain membunuh lapan lagi penduduk dan mencederakan ramai lagi penduduk Palestin semalam, tentera Israel turut meninggalkan kemusnahan teruk di beberapa rumah dan jalan raya di Beit Hanoun yang dipenuhi air najis selepas paip tangki kumbahan dimusnahkan kereta kebal dan jentolak Zionis.

Kereta kebal Israel semalam membedil rumah milik Ahli Parlimen Hamas, Jamila Shanti yang minggu lalu menganjurkan bantahan ke atas serangan Israel terhadap sebuah masjid yang digunakan pejuang sebagai tempat persembunyian.

Jamila berkata, adik iparnya adalah antara seorang daripada tiga yang terbunuh dalam kejadian itu.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59