Tuesday, 10 October 2006

Umno SEMAKIN KUSUT MASAI


KUALA LUMPUR 10 Okt. – Semua orang tahu bahawa, antara tujuan seseorang menjadi pemimpin Umno sekarang ini adalah untuk mengaut kekayaan. Ini kerana jika seseorang itu mempunyai jawatan tinggi dalam Umno maka sudah tentu banyak projek dan 'busines' yang akan diperolehinya. Cuma kita selidiki harta seseorang wakil rakyat Umno. Baru sepenggal menjadi YB dah boleh buat rumah besar dan pakai kereta besar.

Maka sebab itulah apabila tiba musim pemilihan Umno mereka akan berbuat apa sahaja untuk memenangi jawatan tersebut. Hatta sampai menggunakan duit untuk membeli undi, mengugut perwakilan yang mengundi juga menjanjikan pelbagai habuan dunia untuk sesiapa yang sanggup mengundi calon-calon tertentu. Malah seringkali kita dengar pelbagai pakej pelancongan di tawarkan oleh calon-calon sehingga menelan kos ratusan ribu. Ini semua sanggup dilakukan demi untuk mendapatkan jawatan yang sudah tentu 'keuntungan' jauh berlipatkaliganda.

Maka tidak hairanlah seseorang calon di semua peringkat, sanggup membelakangkan agama dan undang-undang demi untuk mendapat kemenangan. Buktinya jelas apabila calon Naib Presiden pun sanggup melakukan perkara yang sama. Hatta kalau jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan sudah tentu amalan ini juga dilakukan kerana ia sudah sebati dalam Umno. Begitulah juga ketika pilihanraya umum orang-orang juga menyogok, mengugut dan menaburkan pelbagai janji kepada pengundi.

Ekorang daripada kempen yang melampau dan tidak beretika inilah Umno terpaksa melakukan pelbagai peraturan dan larangan kepada calon-calon.

Media hari ini melaporkan bahawa calon yang berhasrat untuk bertanding pada pemilihan UMNO akan hanya dibenarkan berkempen bagi tempoh sehari sahaja.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan peraturan itu terkandung di dalam kod etika pemilihan yang kini di peringkat akhir sebelum diserahkan ke Majlis Tertinggi (MT) tidak lama lagi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Peraturan dan Pindaan Perlembagaan UMNO berkata, melalui peraturan itu pihak pengurusan parti akan menetapkan hari tertentu bagi membolehkan calon yang bertanding memperkenalkan diri masing-masing kepada perwakilan.

Kita menjangkakan bahawa peraturan ini hanyalah tinggal peraturan kerana sudah pasti ada yang 'melanggar'nya seperti juga rasuan politik atau politik wang. Walaupun hampir semua calon-calon mengamalkannya tetapi hanya segelintir sahaja yang dihukum antaranya Isa Samad yang 'terkorban' menjadi kambing hitam sedangkan banyak lagi kambing hitam lain yang berkeliaran memakan rumput-rumput liar di seluruh negara.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59