Monday, 16 October 2006

SYABAS KERAJAAN KELANTAN. KERAJAAN NEGERI PERTAMA LAKSANA SKIM TAKAFUL WARGA EMAS


KOTA BHARU, 16 Okt - Inilah keberkatan melantik kerajaan yang takut kepada Allah. Di dalam lubuk hati pemimpinnya sentiasa memikirkan bagaimana untuk mendapat keredhaan Allah dan memberikan kesejahteraan kepada rakyatnya.

Ianya jauh berbeza dengan sebahagian pemimpin kerajaan pusat dan negeri lain yang sentiasa memikirkan bagaimana untuk mengaut seberapa banyak harta.

Semalam rakyat Kelatan terutama warga emas mendapat berita gembira apabila Kelantan menjadi negeri pertama di negara ini yang akan mencarum insurans kepada warga emas berumur antara 60 hingga 75 tahun sebagai usaha meringankan bebanan kehidupan mereka.

Sehubungan itu sebanyak RM3 juta bagi membiayai skim insurans kepada warga emas di bawah Skim Perlindungan Sosial Takaful diperuntukkan kerajaan negeri.


Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Husam Musa berkata, cadangan itu akan dibentang pada persidangan Dun November ini.

"Sekiranya ia diluluskan, bermula Januari tahun hadapan warga emas berpeluang menyertai skim insurans perlindungan tersebut. Pencarum akan menerima pampasan apabila mereka meninggal dunia," katanya selepas menyampaikan bantuan kepada 59 orang kurang upaya (OKU) di Dun Salor, baru-baru ini.

Di Kelantan sekarang dikenalpasti terdapat seramai 110,000 warga emas. Skim itu diberi keutamaan kepada warga emas yang daif, miskin dan mempunyai tanggungan ramai. Setiap mereka akan dicarum sebanyak RM25 setahun.

Husam juga berkata, bagi Tabung OKU kerajaan negeri akan menaikkan jumlah peruntukan daripada RM500,000 kepada RM1 juta mulai tahun hadapan.

Pada majlis itu setiap OKU menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat antara RM300 hingga RM600. Turut hadir hadir Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda Kubang Kerian, Mohd Nuri Yaakob.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59