Sunday, 22 October 2006

Pemimpin Israel “sebuah kumpulan pengganas’’


Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam menyelar para pemimpin Israel sebagai “sebuah kumpulan pengganas” selepas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert memberi amaran bahawa Teheran perlu menanggung akibatnya jika negara ini tidak menghentikan program nuklearnya.

Dalam ucapannya pada satu perhimpunan sempena sambutan Hari Al-Quds yang bermaksud Baitulmaqdis dalam bahasa Arab, katanya, Amerika Syarikat (AS) dan sekutu-sekutunya “telah menubuhkan sekumpulan pengganas” di rantau ini menerusi sokongan mereka kepada Israel.

Mahmoud membuat ulasan itu sehari selepas Olmert memberi amaran bahawa Iran perlu menanggung akibatnya jika negara itu tidak menghentikan aktiviti nuklearnya dan membayangkan bahawa Israel mungkin terpaksa bertindak balas.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan secara langsung akan melancarkan serangan untuk melumpuhkan program nuklear Iran, seperti yang dilakukan oleh negara Yahudi itu 25 tahun lalu di Iraq dengan menghantar pesawat-pesawat perang untuk memusnahkan sebuah reaktor nuklear yang belum selesai dibina.

Olmert yang dalam perjalanan pulang daripada lawatan tiga hari ke Moscow berkata, para pemimpin Iran seharusnya “gentar” terhadap kesan-kesan akibat kedegilan mereka.

“Mereka haruslah faham bahawa jika mereka terus menolak setiap usaha untuk berkompromi, maka mereka perlulah menanggung akibatnya,” kata beliau.

Pertikaman lidah antara Mahmoud dan Olmert adalah yang paling buruk setakat ini dan mencerminkan ketegangan sebelum draf resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai program nuklear Iran diedarkan minggu depan.

Mahmoud membidas Majlis Keselamatan PBB dan kesemua keputusannya sebagai “tidak sah” dan berkata badan dunia itu telah diperalatkan oleh oleh musuh-musuh Iran – AS dan Britain.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59