Thursday, 12 October 2006

MENTERI BRITAIN SEMAKIN BIADAP TERHADAP ISLAM


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengecam kenyataan BIADAP Menteri Kewangan Britain yang menghina Islam dan langsung tidak menghormati kepercayaan dan ajaran Islam.

Ketua Dewan Pemuda Kawasan, Hj Salamat Aman berkata kenyataan ini merupakan kenyataan jahat menteri tersebut serta ianya juga mempertikaikan kepercayaan Umat Islam mengenai kewajipan menutup aurat.

Hj Salamat menggesa kerajaan Malaysia menghantar nota bantahan kepada kerajaan Britain serta memanggil Duta Britain di Malaysia supaya memberikan jawapan kepada kenyataan tersebut.

"Kita tidak akan bertolak ansur dengan kenyataan-kenyataan BIADAP seperti ini. Pemimpin-pemimpin Umat Islam mesti mengambil tindakan atas perkara ini" jelas Salamat ketika diminta mengulas isu ini pagi ini.

"Pengerusi OIC iaitu Abdullah Badawi juga jangan berdiam diri membiarkan kenyataan BIADAP seperti ini dibuat satu demi satu oleh pemimpin barat. Mereka ini seolah-olah mencabar umat Islam" tambah Salamat lagi.


Dalam kenyataannya semalam, Menteri Kewangan British, Gordon Brown membuat kenyataan BIADAP mengenai isu pemakaian tudung dengan berkata, Britain akan menjadi lebih baik jika kurang wanita Muslim memakai purdah.
Sebelum ini bekas Setiausaha Luar, Jack Straw - kini Ketua Dewan Rendah - dalam tulisannya di akhbar tempatan Khamis lalu juga membuat kenyataan yang BIADAP meminta wanita Islam membuka purdah apabila mereka berkunjung ke pejabat kawasan Parlimennya di Blackburn.

Brown yang merupakan Canselor Exchequer merupakan calon pilihan menggantikan Perdana Menteri, Tony Blair ketika ditemu ramah oleh Perbadan Penyiaran British (BBC), tanpa obligasi atau penekanan kepada wanita Islam berkata, beliau “memilih dan beranggapan lebih baik untuk Britain jika tidak ramai yang memakai purdah”.

Kenyataan Brown ini jelas menunjukkan bahawa calon pengganti Blair ini akan meneruskan polisi Blair memusuhi Islam dan akan terus menjadi sekutu kuat Yahudi dan Amerika.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59