Wednesday, 11 October 2006

MAMPUKAH JEFREY MEMIMPIN PERUBAHAN DI SABAH?


Beliau sering dibayangi oleh abangnya Pairin Kitingan. Beliau sering dilabel sebagai jaguh lompat parti sama seperti Ibrahim Ali. Itulah Jefrey Kitingan ahli politik Sabah yang sering mencetus kontroversi.

Minggu lepas beliau sekali lagi membuat kejutan apabila menyertai Parti KeADILan Rakyat (PKR) bersama lebih 17,000 penyokongnya. Penyertaan beliau dalam PKR dilihat mampu menggoncangkan senario politik Sabah yang sejuk semenjak penyertaan semula Pairin Kitingan dalam BN dan seterusnya dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Kegusaran nampak semakin jelas di raut wajah pemimpin BN negeri apabila pelbagai kenyataan memperlecehkan Jefrey dihambur keluar dari mulut pimpinan BN negeri.

Setiausaha BN Sabah, Karim Bujang ketika mengulas dakwaan Jeffrey itu telah menuduh adik bekas Ketua Menteri Sabah, Pairin Kitingan itu hanya mengada-gadakan cerita. Beliau juga meminta Jeffrey mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya itu.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sabah, Datuk Musa Aman, Pairin and Timbalan Presiden PBD, Datuk Dr Maximus Ongkilili, menyindir Dr Jeffrey yang menurut mereka hanya ‘memainkan lagu lama’ dalam membangkitkan isu mengenai hak negeri itu.

Hak tersebut, antara lain, termasuklah pembayaran royalti minyak dan perlantikan rakyat Sabah ke jawatan diplomati seperti dilantik menjadi duta ke negara asing.

Walau apapun kenyataan dan tuduhan yang dilemparkan kepada Jefrey kita merasakan ianya masih awal untuk kita menilai pengaruh Jefrey terhadap rakyat Sabah terutama kaum kadazan. Namun begitu kita semua tahu bahawa rakyat Sabah adalah antara yang berani membuat perubahan selain dari Kelantan dan Terengganu. Mereka pernah mengangkat dan menumbangkan USNO, BERJAYA dan PBS dari tampuk pemerintahan kerajaan negeri.

Adalah tidak mustahil bahawa mereka akan sekali lagi membuat perubahan dengan mencabut kekuasaan BN untuk digantikan dengan PKR dalam Pilihanraya negeri kelak. Seperti kata Anwar Ibrahim dalam kenyataannya ketika melawat Sabah minggu lepas bahawa PKR akan berusaha untuk merampas negeri Sabah dan menubuhkan kerajaan yang lebih adil dan telus bagi menggantikan BN yang dilihat gagal mentadbir Sabah dengan baik.

Sama-sama kita tunggu dan lihat

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59