Wednesday, 18 October 2006

KERAJAAN NEGERI MELAKA 'PANDAI PERINTAH' - HUTANG MENINGKAT 114 %


BUKIT KATIL 18 OKT : Ketua Menteri Melaka sering menuduh bahawa MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz tidak pandai memerintah. Sehingga pernah suatu ketika beliau melarang rakyat Melaka dari melawat Kelantan.

Tetapi hakikat yang sebenar ialah beliaulah yang sebenarnya tidak pandai mentadbir dan memerintah sehingga ada pejabat agensi kerajaan yang disita kerana berhutang
.


Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil Hj Salamat Aman menyifatkan bahawa Ali Rustam memang pandai memerintah iaitu mentadbir negeri dengan hutang sekeliling pinggang.

"Kalau macam ini saya pun pandai memerintah negeri, tak ada duit berhutang, tak ada duit berhutang dengan pusat" sindir Hj Salamat.

Hj Salamat juga menyeru rakyat negeri Melaka supaya menilai kembali sokongan mereka kepada kerajaan yang ada sekarang kerana telah terbukti bahawa pemimpin yang ada sekarang gagal membawa negeri ini keluar dari beban hutang malah ianya semakin parah sekarang.

"Rakyat mesti menolak golongan yang hanya pandai bermewah-mewah dan berbelanja dengan boros dan rakus. Malah rakyat mesti mempersoalkan kemana perginya duit yang banyak itu, bagaimana ia dibelanjakan sehingga hutang negeri meningkat dengan mendadak" tambah Hj Salamat.

"Jangankan nak bayar hutang, tambah hutang adalah. Ianya berlainan dengan kerajaan Negeri Kelantan yang sentiasa komited membayar hutang kepada Kerajaan Pusat sehingga hutang negeri itu kepada Pusat semakin menyusut. Ini semua adalah kerana keberkatan pemerintah Negeri Kelantan yang berpegang kepada Islam dan mengamalkan perbelanjaan berhemah" tegas Hj Salamat.


Semalam pembangkang mendedahkan bahawa kedudukan baki hutang kerajaan negeri itu telah meningkat sebanyak 114 peratus – daripada RM482 juta pada 1999 kepada RM 1,031 juta pada 2005.
“Penyata Akaun Awam 2005 mengakui bagi setiap ringgit baki hutang kerajaan negeri disokong dengan hanya 2 sen rizab hasil negeri, berbanding 25 sen pada 1999 – merosot 92 peratus,” kata Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka,” Betty Chew Gek Cheng.

Ketika membahaskan usul dan enakmen perbekalan 2007 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana berkata, pada 1999, sekurang-kurangnya setiap satu ringgit hutang kerajaan disokong dengan 25 sen rizab hasil negeri.

“Bukankah membimbangkan 25 sen pada 1999 sudah jadi 2 sen enam tahun kemudian (pada 2005) untuk setiap ringgit hutang?

“Semasa kerajaan negeri cuba menasihatkan rakyat supaya mengurangkan pembaziran dan jangan berhutang banyak, hutangnya pada 1999 sebanyak RM 482 juta, boleh naik kepada RM 1,031 juta pada 2005,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau membidas pembentangan bajet berimbang oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam dengan perbelanjaan mengurus sebanyak RM 289,734,445 berbanding dengan hasil sebanyak RM 289,181,146.

Rizab bayaran gaji

“Sejauh manakah bajet berimbang ini bermakna, apabila pengurusan kewangan agak lemah berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2005 bahawa kedudukan jangka panjang bagi tahun 2005 juga tidak memuaskan,” katanya.

Laporan tersebut, tambahnya, menunjukkan aset sebanyak RM 934.02juta dan tidak dapat menampung tanggungan hutang kerajaan negeri berjumlah RM1.03 bilion.

Betty berkata, keadaan kewangan kurang memuaskan kerajaan negeri sekali lagi tertera dengan rizab bayaran gaii yang terus menurun daripada 3.5 bulan pada 2004 kepada hanya 2.9 bulan pada 2005 dalam Akaun Awam Negeri Melaka 2005.
“Penurunan rizab bayaran gaji sebanyak 92 peratus daripada 38.1 bulan kepada 2.9 bulan dalam masa enam tahun YAB Ketua Menteri menerajui tampuk pimpinan negeri amat membimbangkan,” tambahnya.

Menurutnya, hutang kerajaan negeri sebanyak RM1,031 juta bermakna setiap 650,000 rakyat Melaka perlu bayar hutang RM1,500 bagi setiap orang dewasa, pelajar dan bayi di Melaka.

“Macam mana YAB Ketua Menteri boleh berbangga dengan pengurusan kewangannya apabila setiap ringgit hutang disokong oleh hanya 2 sen rizab hasil negeri, liabiliti melebihi aset ataupun hutang RM1,500 setiap orang?” soalnya.

Katanya, sungguhpun ‘hutang bertimbun’ kerajaan masih ingin meneruskan projek infrastruktur yang tidak menfaatkan rakyat seperti Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bangunan baru DUN

Sebaliknya, tegas Betty, kerajaan negeri harus mempercepatkan pembinaan projek yang sedia ada, khususnya projek Lebuhraya Muar-Simpang Empat yang berharga RM505.6 juta yang sudah dua tahun terlewat sejak pembinaanya dimulakan pada 9 April 2001.

Beliau juga menyifatkan cadangan pembinaan bangunan DUN Melaka membazirkan wang rakyat kerana bangunan lama yang bernilai RM85.6 juta dan berusia 10 tahun, masih boleh digunakan.

Di samping itu, katanya, persidangan DUN hanya selama lapan hari setiap tahun – satu tempoh masa singkat, yang didakwanya, mencerminkan kurangnya budaya dan perjalanan demokrasi dan akauntabiliti di negeri Melaka.

“Mengapakah bangunan kosong yang sedia ada tidak boleh digunakan seperti Bangunan Pertam di Melaka Baru, Bangunan Expo di sebelah Taman Buaya Ayer Keroh, Graha Maju, Wisma Negeri dan Wisma Persekutuan,” tambahnya.

Berikutan itu, beliau menggesa supaya cadangan tersebut digugurkan demi kepentingan rakyat dan wang terbabit – sekitar RM100 juta – disalurkan kepada projek yang memanfaatkan rakyat seperti membina longkang, jalan dan lampu jalan.

Mengenai masalah banjir pula, Betty berkata, ia harus diatasi dengan pembinaan sistem perparitan baru “tetapi kami lihat projek RM 53 juta di kawasan bandar masih dilengah-lengahkan”.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59