Monday, 30 October 2006

KEMENTERIAN PELAJARAN LEMBAP DAN GAGAL BERFUNGSI. 242, 195 PELAJAR TERCICIR


Cakap berdegar-degar dan macam-macam langkah sudah dan telah diaturkan untuk mengatasi masalah keciciran. Tetapi hakikatnya semua omong kosong apabila tembelang ini dipecahkan sendiri oleh agensi kerajaan.

Terdapat kira-kira 242,195 atau 3.8 peratus daripada keseluruhan 6.3 juta pelajar sekolah di seluruh negara tercicir dan gagal menamatkan pendidikan mereka hingga ke tingkatan lima.

Daripada 437,896 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula, 122,157 daripada mereka, iaitu 28 peratus, tidak mempunyai haluan masa depan yang jelas apabila gagal menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Angka itu merupakan statistik keciciran untuk sekolah kerajaan berdasarkan laporan Blue Print Modal Insan yang dikemukakan kepada mesyuarat Badan Bertindak Pelaksanaan Negara (BBPN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 15 Jun lalu.

Menurut Ketua Eksekutif BBPN, Datuk Dr. Sulaiman Mahbob, masalah keciciran itu berlaku antaranya disebabkan perbezaan kualiti dan kemudahan pendidikan antara bandar dan luar bandar.

Semua ini masalah ini telah lama diutarakan oleh PAS tetapi tidak dihiraukan oleh kerajaan kononnya PAS hanya menuduh dan memfitnah tanpa fakta. Tetapi semuanya terdedah sekarang.

Sepatutnya dengan duit, kepakaran dan sumber yang ada isu keciciran ini tidak akan berlaku dengan sebegini teruk.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59