Thursday, 12 October 2006

HARGA RAMUAN MAKANAN NAIK MENDADAK. RAKYAT SEMAKIN TERBEBAN


BUKIT KATIL 12 OKT : Hari ini kita sekali lagi dikejutkan dengan berita kenaikan barangan lagi. Kali ini harag ramuan makanan dipula diberitakan naik dengan mendadak. Sudahlah harga ayam dan barangan lain naik dan tidak turun-turun, kini ditambah pula dengan kenaikan ramuan makanan pula.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengesan kenaikan mendadak harga bahan ramuan makanan sejak dua bulan lalu.

Berdasarkan tinjauan CAP, antara bahan mengalami kenaikan harga ialah dal kuning daripada RM3 kepada RM6 sekilogram, kacang kuda besar (RM3 kepada RM4.50 sekilogram), kacang kuda kecil (RM2 kepada RM3.50 sekilogram).

Kacang hitam (RM2.40 kepada RM6.50 sekilogram), dal Australia (RM1.20 kepada RM2.50), jintan manis (RM1 kepada RM1.50 bagi 100 gram), serbuk cili meningkat 50 sen dan cili kering (RM5.50 kepada RM6.50 sekilogram).

Menurutnya, peniaga memberikan alasan permintaan pada musim perayaan sebagai punca peningkatan mendadak harga bahan-bahan makanan itu.

Sehubungan dengan ini Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggalakkan petani tempatan menanam kekacang dan cili bagi mengatasi masalah kekurangan dan peningkatan harga tersebut.

Selain itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula perlu menyiasat kenaikan harga dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya untuk mengawal harga makanan demi untuk membela nasib rakyat yang semakin terhimpit menjelang hari raya ini.

Kenyataan di atas di buat oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Khairuldin Ismail di sini pagi ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59