Wednesday, 11 October 2006

Hamas Tidak Akan Iktiraf Israel – Haniyeh


GAZA : Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh berkata, kerajaan Hamas pimpinannya tidak akan mengiktiraf regim Israel.

Tindakan Hamas tidak mengiktiraf Israel telah mengakibatkan sumber kewangannya semakin berkurangan bilamana bantuan masyarakat antarabangsa semakin terhad.

Walaupun berhadapan dengan krisis kewangan yang meruncing serta tunjuk perasaan kakitangan awam di negara tersebut, Haniyeh tetap bertegas tidak akan mengiktiraf kerajaan Israel.

Berucap semasa satu majlis berbuka puasa, beliau berkata kerajaan dan kumpulan Hamas tidak akan mengiktiraf atau mewujudkan apa-apa hubungan dengan Israel.

=Beliau turut mengkritik pelan damai Arab yang dikemukakan Arab Saudi pada tahun 2002 yang mengiktiraf Israel sekiranya regim tersebut menarik tenteranya dari Tebing Barat, Semenanjung Gaza, timur Baitulmaqdis dan Tanah Tinggi Golan.

“Apa-apa pelan damai dengan Israel bolehlah diserahkan kepada kumpulan Fatah,” katanya.

Mengenainya hubungan antara Hamas dan kumpulan Fatah, Hamiyeh berkata beliau masih berharap yang satu kerajaan campuran akan dapat dibentuk oleh kedua-dua kumpulan.

Bagaimanapun, minggu lalu, Presiden Mahmoud Abbas yang mengetuai kerajaan Fatah berkata, perbincangan antara kedua pihak sudah berhadapan kebuntuan.

Difahamkan yang Abbas akan bertemu dengan pemimpin-pemimpin Hamas untuk mengemukakan tarikh akhir untuk mereka bersetuju dengan pembentukan sebuah kerajaan campuran.

Sekiranya gagal, besar kemungkinan Abbas akan mengadakan satu pilihanraya baru sebagai jalan penyelesaian

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59