Wednesday, 11 October 2006

DUIT SURAU PUN DIKEBAS


KUALA LUMPUR 11 OKT : Kerana mencuri RM14.85 dari sebuah surau dua bulan lalu, seorang penganggur hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Muhammad Suhailly Wederty, 29, mengaku mencuri sejumlah wang milik Surau Baitul Mamur di Jalan Silang di sini, pada pukul 11.30 pagi, 10 Ogos lalu.

Majistret Nazran Mohd Sham mengarahkan tertuduh menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap iaitu pada hari kejadian (10 Ogos).

Muhammad Suhailly turut dihukum penjara sebulan terhadap kesalahan gagal menunjukkan kad pengenalan di tempat dan tarikh yang sama.

Nazran mengarahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak.

Terdahulu, Muhammad Suhailly yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atasnya dengan memberi alasan bahawa dia membuat kesalahan itu kerana kesempitan hidup, lebih-lebih lagi apabila dia perlu menanggung dua orang adik yang masih bersekolah.

Pegawai Pendakwa Cif Insp R. Rukumar pula berkata hukuman berat harus dijatuhkan ke atas tertuduh kerana kejadian itu berlaku di dalam sebuah surau dan Muhammad Suhailly tidak seharusnya mengambil peluang untuk mencuri wang yang disumbangkan oleh jemaah yang bersembahyang di surau itu.

The Star

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59