Wednesday, 11 October 2006

APAKAH MAT REMPIT LEBIH SELAMAT ATAU SEMAKIN HANYUT 'DITARBIAH' PUTERA Umno?


KES 1 : Di sana mereka mendapati para peserta termasuk kira-kira 300 peserta wanita bercampur gaul secara bebas di dalam kemah-kemah yang disediakan di situ, walaupun telah ditetapkan sebelum ini bahawa peserta lelaki dan wanita dipisahkan di tempat yang berasingan.

KES 2 : Beliau berkata, pihaknya turut memeriksa sebuah chalet di mana mereka menahan sembilan orang Mat dan Minah Rempit berusia antara 15 dan 19 tahun kerana disyaki berkhalwat. Mereka berasal dari dari Kuala Lumpur, Selangor dn Kedah yang juga peserta ekspedisi tersebut.

KES 3 : Kami memeriksa dua bilik – satu bilik mengandungi lima orang iaitu tiga lelaki dan dua perempuan dan di satu bilik lagi terdapat empat orang iaitu satu lelaki dan dua perempuan. Kami menahan mereka kerana tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah.

KES 4 : Katanya, apabila diberitahu mengenai perkara tersebut, beliau pergi ke masjid dan ternampak kira-kira 10 remaja Mat Rempit termasuk perempuan berpakaian seksi berada di situ. Menurutnya, seorang daripada mereka berada di dalam kolah wuduk dan apabila ditanya, dia menjawab dia ditolak oleh kawan-kawan.

Kes 1 hingga 3 di atas adalah kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Manjong, Muhamad Zainuddin Muhamad Zaini manakala kes 4 adalah kenyataan yang dibuat oleh Imam Masjid Telok Muroh, Mat Junoh Mat Sidek. Ianya adalah peristiwa yang berlaku ketika program ekspedisi Merdeka anjuran Putera Umno di pantai Teluk Batik, Lumut.

Jadi adalah Mat Rempit ini 'ditarbiah' supaya menjadi baik atau dibiarkan terus hanyut dengan dunia 'keseronokan' mereka.? Apakah Putera Umno mampu untuk membentulkan mereka ini sedangkan Putera Umno sendiri tempang.

Media semalam melaporkan bahawa Putera Umno tidak akan bertolak ansur dengan kumpulan Mat Rempit yang bertindak melanggar undang-undang negara, walaupun pergerakan tersebut sedang melaksanakan program untuk membantu mereka kembali ke pangkalan jalan.

Sehubungan itu, Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya menyokong tindakan tegas kerajaan untuk membanteras gejala Mat Rempit yang tidak bertanggungjawab itu, termasuk merampas motosikal mereka.

Malah Putera Umno juga bersedia berkerjasama kepada pihak polis untuk membanteras kegiatan tidak bermoral di kalangan Mat Rempit, katanya sebagai mengulas kejadian di mana seorang Mat Rempit mati ditikam dalam satu pergaduhan di Kuala Lumpur malam Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, Agus Asrafi Sumarji, 21, dari Kampung Pandan, Kuala Lumpur maut dipercayai ditikam dengan pisau manakala seorang rakannya cedera.

Abdul Azeez menyifatkan kejadian tersebut sebagai memalukan dan langkah segera yang tegas perlu diambil daripada berulang.

APAKAH KENYATAAN AZEEZ INI BOLEH DIYAKINI KEBENARANNYA ATAU SEKADAR MANIS DIBIBIR MULUT KERANA AZEEZ SENDIRI SIANG-SIANG LAGI MENAFIKAN SEGALA KES YANG DILAPORKAN OLEH ZAINUDDIN DAN IMAM MASJID TELUK MUROH DI ATAS.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59