Saturday, 7 October 2006

ANAK-ANAK ISA TERUS MENUNGGU


Anak-anak mangsa keganasan ISA kerajaan Islam Hadhari terus menanti kepulangan ayah-ayah mereka yang tidak diketahui bila akan dibebaskan. Ada yang telah menunggu hingga lebih 5 tahun namun berita gembira tetap tidak muncul.

Hari lebaran yang akan muncul kira-kira 3 minggu lagi tentu lebih bererti bagi mereka jika insan tersayang tempat berpaut ada bersama-sama mereka meraikan hari bahagia tersebut. Namun semua itu kelihatan samar dan kabur seperti juga samarnya Bandaraya Kuala Lumpur dilanda jerebu.

Pimpinan Kerajaan Islam Hadhari terutamanya Menteri Keselamatan Dalam Negeri, yang juga 'Mursyidul Am' Islam Hadhari, Abdullah Al Badawi terus menunjukkan kebongkakannya dengan tidak mengendahkan rayuan mangsa-mangsa ISA ini.

Dalam kenyataanya akhbar baru-baru Imam Al Hadhari itu dengan nada sedih berkata bahawa beliau sedih kerana menyambut Ramadhan berseorangan tanpa isterinya Hendon. Tetapi sedarkah Imam Al Hadhari bahawa isteri dan anak-anak mangsa ISA berasa lebih sedih dan perit dari beliau kerana ayah dan suami mereka bukan mati tetapi dikurung di Penjara-penjara Islam Hadhari.

Di kesempatan ini saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang prihatin ingin memohon agar Imam Al Hadhari agar merungkaikan kebongkakan dan hati batu beliau dengan membebaskan mangsa-mangsa ISA itu secepat mungkin tanpa syarat. Janganlah tertipu dan takut dengan desakan dan penipuan barat yang melabelkan mereka itu sebagai pengganas.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59