Thursday, 21 September 2006

TAZKIRAH RAMADHAN : PUASA DIDIK MUSLIM SABAR DAN BERDISIPLIN


RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: “Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

l Puasa adalah perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah dihukum.

l Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadan). Dengan itu, puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadan berlangsung. Sebagai pejuang Islam sifat kesabaran ini amat penting kerana kita seringkali diuji dan dicuba dalam pelbagai bentuk oleh musuh-musuh kita. Jika sekiranya kita tidak sabar maka sudah tentu seseorang itu akan lari dari perjuangan. Pejuang Islam juga diharapkan kita tunduk kepada nafsu dunia yang seringkali menjadi musuh dalam selimut dalam membantutkan semangat juang kita semua.

l Bulan Ramadan dikenali juga bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah SWT bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadat kepada Allah SWT. Dengan keikhlasan kita dalam melaksana ibadat kepada Allah kita mengharapkan darjat ketaqwaan kita semua dipertingkat oleh Allah S.W.T. Dengan ketaqwaan dan keimanan yang kuat ini kita mengharapkan pertolongan Allah S.W.T akan datang bagi memudahkan perjuangan kita.

l Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu, orang yang puasa pada bulan Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW.

l Ramadan adalah bulan ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan salafus-soleh. Dengan itu, kita hendaklah benar-benar berusaha supaya tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadan ini kerana bulan Ramadan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah SWT. Jihad kita mesti diteruskan dalam bulan berkat ini kerana Rasulullah sendiri berperang dalam bulan Ramadhan. Janganlah pula kita menghentikan segala kegiatan jemaah dan dakwah. Sindrom tidak menghentikan gerakerja dakwah dan jemaah dalam bulan puasa ini dilihat semakin menular di kalangan ahli jemaah. Ini merupakan suatu tanggapan negatif yang mesti dibuang dari setiap ahli. Kita mesti yakin bahawa semua gerakerja yang kita jalankan akan mendapat ganjaran yang tidak ternilai yang dikurniakan oleh Allah.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59