Saturday, 9 September 2006

SINDROM TIDAK TAHU TERUS HANTUI IMAM AL HADHARI


KUALA LUMPUR 9 SEPT : Imam Al Badawi semalam menegaskan bahawa kenyataannya mengenai isu berkaitan projek diperoleh Kumpulan Scomi, syarikat yang dikuasai anaknya, Kamaluddin, sebelum ini tidak salah.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah meneliti laporan berhubung kontrak diperoleh Scomi serta membandingkan dengan rakaman dan transkrip kenyataannya dalam wawancara khas bersama Pengerusi Bernama, Datuk Anuar Zaini, disiarkan TV3 awal bulan lalu.

“Saya minta Scomi menghantar laporan dan saya sudah melihat laporan itu, dua hari lalu dan saya ingin katakan apa yang saya nyatakan (dalam wawancara khas itu) adalah benar. Tiada projek diberikan kepada Scomi pada pengetahuan saya.

MEMANGLAH PAK LAH TIDAK TAHU SEBAB ITU DIA KATA TIADA PROJEK KERAJAAN DIPEROLEHI OLEH SCOMI.

SEPATUTNYA PAK LAH MENYIASAT SENDIRI APAKAH DAKWAAN INI BENAR BUKAN HANYA BERHARAP KEPADA LAPORAN SCOMI SEMATA-MATA. SUDAH PASTILAH SCOMI AKAN MEMBUAT LAPORAN UNTUK MENYELAMATKAN SYARIKAT TERSEBUT. SEDANGKAN SUDAH TERHIDANG DI DEPAN MATA KITA YANG SCOMI MENDAPAT BEBERAPA PROJEK KERAJAAN ATAU SYARIKAT YANG BERKAITAN DENGAN KERAJAAN.


“Saya secara peribadi juga tidak membenarkan Scomi diberi sebarang keistimewaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pameran ‘Al-Quran: Kesucian Seni Wahyu & Ilmuan Islam’ di Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) di sini.

Hadir sama, Pengerusi Yayasan AlBukhary, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary dan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Abdul Mutalib Mohamed Razak.

Minggu lalu, Abdullah ketika menjawab kritikan pihak tertentu terhadap kesahihan kenyataannya itu, berkata tidak terlintas di hatinya untuk berbohong dengan tidak memberi pendedahan penuh mengenai kontrak yang diterima Scomi ketika diwawancara Anuar.

Perdana Menteri menegaskan beliau tiada apa-apa hendak disorokkan dan bersedia meminta maaf jika ada kesilapan dalam jawapannya itu.

Dalam wawancara itu, Abdullah berkata Kamaluddin tidak pernah menyalahgunakan hubungan keluarga untuk mendapat projek atau pertolongan kerajaan dan 80 peratus perniagaan Scomi adalah dari luar negara.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59