Friday, 8 September 2006

'SETERU KASTAM' DAKWA PELABURAN TNB DI INDONESIA RUGI


KUALA LUMPUR 8 SEPT : Ahli Parlimen Jasin yang juga terkenal sebagai 'seteru kastam' mahu satu siasatan dibuat terhadap pelaburan arang batu oleh Tenaga Nasional Berhad di Indonesia yang katanya boleh menyebabkan syarikat itu menanggung kerugian RM300 juta.

Datuk Mohamed Said Yusof (BN-Jasin) berkata perkara itu perlu dipandang serius oleh kerajaan kerana ia melibatkan syarikat milik kerajaan (GLC).

Katanya, TNB memegang 99 peratus ekuiti dalam PT Dasa Eka Jasatama (DEJ) untuk melombong arang batu di Kalimantan.

Bagaimanapun, ia dikatakan tidak mempunyai kuasa pengurusan dalam syarikat itu, sebaliknya dikuasai pemegang konsesi lombong berkenaan, Robert Priantono Bonosusatya, yang memiliki satu peratus saham.

Semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2007 di Dewan Rakyat hari ini, Mohamed Said berkata usahasama itu kini bermasalah yang boleh menyebabkan TNB menanggung kerugian besar.

Ini kerana TNB telah melabur USD$10 juta (kira-kira RM36 juta) dalam syarikat itu dan menerima tuntutan USD$77 juta lagi untuk kerja melombong dan pembelian peralatan, katanya.

"Pada 27 Mei, TNB dapat surat daripada Robert (Priantono Bonosusatya) supaya ia mengeluarkan semua kakitangannya daripada lombong itu kerana tidak ikut perjanjian.

"TNB juga telah cuba menghantar pegawainya untuk melawat lombong itu tetapi gagal mendapat visa kerana ia tidak ditandatangani oleh Robert yang merupakan pemegang konsesi," dakwa beliau.

Beliau berkata TNB juga tidak lagi menerima bekalan arang batu daripada lombong itu sejak April lepas dan terpaksa mengimportnya dari Australia dan Afrika Selatan.

Mohamed Said menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) menyiasat perkara itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau mendakwa masalah itu timbul selepas harga arang batu di pasaran antarabangsa melonjak daripada USD$27 kepada USD$50 setan, menyebabkan Bonosusatya meminta bayaran royalti yang lebih tinggi.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59