Thursday, 21 September 2006

RM20 JUTA DUIT RAKYAT DIBAZIRKAN UNTUK SISTEM KESELAMATAN RUMAH IMAM AL HADHARI


Sah, kerja-kerja penyerenggaan dan pertukaran sistem keselamatan di kompleks kediaman rasmi Perdana Menteri, Sri Perdana di Putrajaya menelan kos RM20 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mengesahkan angka itu dalam jawapan bertulisnya kepada pendedahan yang dibuat oleh ahli Parlimen, Tan Kok Wai (DAP-Cheras) baru-baru ini.

“Kerja-kerja penyerenggaraan dan pertukaran sistem keselamatan di kompleks Sri Perdana itu melibatkan perbelanjaan RM19,570,000,” kata Nazri.

Beliau menjelaskan, perbelanjaan besar itu diperlukan untuk meningkatkan sistem keselamatan tersebut dengan satu sistem yang lebih lengkap dengan menggunakan peralatan dan teknologi canggih dan terkini.

Katanya, teknologi baru yang digunakan itu mengurangkan gangguan, mudah diselenggarakan dan menyedikan bilik kawalan yang lebih selesa untuk pengawal bertugas selama 24 jam.

Nazri juga menjelaskan, sistem keselamatan lama perlu ditukar kerana peralatan yang digunkan sukar untuk diselenggara dan dicari alat gantinya, hingga menyebabkan sering kali berlaku “amaran palsu”

“ Sistem keselamatan yang lama itu juga tidak berfungsi sebagai sistem bersepadu. Sistem yang digunakan itu adalah teknologi sebelum 1999, sudah tidak sesuai untuk tempat berrisiko tinggi seperti kompleks Seri Perdana” tambahnya.

Jawapan bertulis menteri itu juga menyenaraikan butir-butir kerja yang bernilai RM20 juta itu.

Tan (foto kanan) ketika membahaskan bajet 2007 baru-baru ini mempersoalkan mengapa kerja mengubahsuai sistem keselamatan berkenaan mencecah RM20 juta sedangkan 30 peratus dari peralatan itu dibuat di dalam negara.

Beliau juga bertanya tentang proses tender kontrak pengubahsuai sistem keselamatan itu dan mengapa syarikat berkenaan terpilih mengendalikan projek tersebut.

Tokoh pembangkang itu turut mempersoalkan mengapa sistem keselamatan di kompleks Sri Perdana yang baru dipasang pada tahun 1999 itu perlu ditukar?

Nazri menjelaskan pemberian tender projek itu kepada Tokai Lighting Protection Sdn Bhd, sebuah syarikat di Shah Alam secara rundingan terus setelah mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan.

“Syarikat itu terpilih kerana ia menawarkan sistem keselamatan yang lengkap, terkini dan memenuhi aspek keselamatan bagi tempat berrisiko tinggi. Ia juga sebuah syarikat antarabangsa,” katanya.

Tokai Lighting Protection, anak syarikat Tokai Engineering (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada 1999 dan didaftar sebagi sebuah syarikat berstatus Bumiputera. Syarikat itu menjalin kierjasama dengan Furse, sebuah syarikat pembekal komponen eletrik dari United Kingdom.

“Nasihat dan pandangan dari pejabat ketua keselamatan negara telah diambilkira sebelum sistem keselamatan baru itu dipasang di kompleks Sri Perdana,” tambah Nazri.

Selain itu katanya, satu jawatankuasa penetapan harga yang dianggotai oleh pegawai polis, perbendaharaan negara dan pejabat keselamatan negara telah ditubuhkan bagi mengkaji dan menetapkan harga yang berpatutan bagi projek ini.

Lihat bagaimana pemimpin Islam Hadhari membelanjakan duit rakyat. Bayangkan beramai pelajar yang boleh dibiayai, berapa banyak rumah kos rendah boleh dibina, berapa ramai fakir miskin boleh dibantu dengan wang sebanyak itu.

Cuba bandingkan harga rumah MB Kelantan dan Presiden PAS dengan sistem keselamatan rumah pemimpin Islam Hadhari. Itu belum harga rumahnya lagi.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59