Thursday, 21 September 2006

PILIHANRAYA PERTAMA DI YEMEN BERJALAN LANCAR TETAPI SENGIT


SANAA 21 Sept. – Para pengundi keluar mengundi hari ini dalam pilihan raya pertama sebenar bagi Presiden Ali Abdullah Saleh selepas 28 tahun berkuasa di negara termiskin di dunia ini.

Hampir 90,000 tentera dan polis ditempatkan di 5,620 pusat mengundi di seluruh negara sebelum ia dibuka pada pukul 8 pagi (1 tengah hari waktu Malaysia).

Pusat mengundi bagi pilihan raya Presiden dan perbandaran ini ditutup pada pukul 6 petang (11 malam waktu Malaysia).

Ali Abdullah yang mengambil alih kekuasaan di Yemen Utara pada tahun 1978 berjaya menghadapi perang saudara dengan Yemen Selatan yang berfahaman komunis pada 1994 serta keganasan yang berpunca daripada rangkaian Al-Qaeda.

Beliau yang berumur 64 tahun merupakan sekutu utama Amerika Syarikat dalam perang keganasan dan dicabar oleh bekas Menteri Minyak dari selatan, Faisal Shamlan, 72.

“Pilihan raya ini berbeza. Belum pernah ada pertandingan yang sengit begini,” kata penganalisis politik dari Universiti Sanaa, Mohammed al-Sabri.

“Presiden berada dalam persimpangan pada sebelah tangannya, beliau bangga dengan eksperimen demokratik yang didakwa sebagai ideanya tetapi pada hakikat yang lain, beliau bimbang dengan cabaran sengit yang dihadapinya,” kata Mohammed.

Faisal pula dilapor mendapat sokongan daripada Islah Islam dan Parti Sosialis Yemen yang berpangkalan di selatan dan menjadikan pilihan raya sebagai langkah menuju “demokrasi berparlimen yang membawa kepada peralihan kuasa secara aman.”

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59