Thursday, 7 September 2006

PARLIMEN DIPENUHI DENGAN KAKI AMPU DAN BODEK


Kuala Lumpur 7 Sept : Malang sungguh rakyat Malaysia yang melantik Ahli-ahli Parlimen di kalangan yang suka mengampu dan membodek. Apa sahaja yang dilakukan oleh Ketua mereka semuanya betul belaka.

Maruah, integriti dan kredibiliti Ahli Parlimen sudah hilang dan berkubur disebabkan sifat yang jijik ini. Sifat berani kerana benar, menegakkan yang hak dan membantah yang batil sudah tiada lagi dalam kamus ahli-ahli Parlimen BN dan Islam Hadhari.

Semalam sekali lagi terbukti bahawa mereka ini sebenarnya sayangkan pangkat dan 'fulus' melebihi dari segala-galanya. Sepatutnya tuduhan dan dakwaan pembangkang sepatutnya disiasat dan diteliti bukannya menghentam dan memperlecehkan dakwaan tersebut.

Media melaporkan bahawa dua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini mendesak pembangkang supaya berhenti membuat pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap anak sulung dan menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut mereka, penglibatan Kamaluddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin dalam bidang perniagaan tidak seharusnya dijadikan isu.

Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad (BN-Ketereh) berkata, beliau yakin dan percaya Perdana Menteri tidak akan membiarkan ahli keluarganya menyalahgunakan kedudukan beliau (Abdullah) sebagai pemimpin nombor satu negara.

Menurutnya, jika berlaku sebarang penyelewengan dikaitkan dengan anak dan menantu Perdana Menteri, ia seharusnya diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk siasatan.

‘‘Saya yakin Perdana Menteri sendiri tahu bahawa jika ahli keluarganya membuat salah, maka mereka perlu disiasat. Pihak pembangkang tidak perlu membuat tuduhan tidak berasas terhadap kedua-dua ahli keluarga Perdana Menteri.

‘‘Sebagai wakil rakyat, kita sendiri tidak mahu berlaku rasuah atau salah laku tetapi jika benar seseorang itu melakukan kesalahan, ia, perlu dikenakan tindakan,” katanya.

Mohd. Alwi berkata demikian ketika mencelah perbahasan Bajet 2007 oleh Salahudin Ayub (Pas-Kubang Kerian) di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Salahudin dalam perbahasannya membangkitkan mengenai pembabitan anak sulung dan menantu Perdana Menteri dalam bidang perniagaan dengan mendakwa kedua-dua ahli keluarga Abdullah itu mendapat projek kerajaan dengan menggunakan nama Perdana Menteri.

Mohd. Alwi berkata, beliau percaya Perdana Menteri tidak akan melepaskan sesiapa mahupun ahli keluarganya jika melakukan kesalahan.

‘‘Yang Berhormat (Salahudin) membangkitkan mengenai pembabitan anak Perdana Menteri dalam perniagaan. Perkara ini tidak salah kerana beliau (Kamaludin) hanya berniaga. Kalau berlaku apa-apa kesalahan buat laporan sahaja, jangan buat tuduhan,” ujar beliau.

Sementara itu, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) berkata, ahli Parlimen Pas itu tidak seharusnya membuat sebarang tuduhan liar mengenai ahli keluarga Perdana Menteri.

‘‘Kalau seseorang itu mengkritik, kita boleh terima tetapi apa yang Yang Berhormat katakan ini seperti satu tuduhan. Kalau apa yang diperkatakan ini hanya dengan khabar angin, ini sudah menjadi satu tuduhan.

‘‘Kalau Yang Berhormat ada bukti, cuba buktikan. Jangan buat tuduhan tidak berasas, ini akan makan diri sendiri,” katanya.

Inilah rupa sebenar mereka kerana Islam Hadhari mengajar mereka bahawa apa yang dilakukan ketua mereka semuanya benar dan betul belaka.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59