Saturday, 9 September 2006

PAK LAH PATUT CERMIN DIRI SEBELUM GESA AMERIKA BICARAKAN TAHANAN GUATANAMAO


Hendak marah pun ada, hendak tergelak pun bila membaca media hari ini yang melaporkan bahawa Imam Al Hadhari itu berkata sekiranya laporan mengatakan rakyat Malaysia juga ada di tahan di Guatanamao, beliau akan memastikan kedua-dua rakyat Malaysia itu mendapat hak pengadilan mengikut undang-undang.

Imam Al Hadhari itu juga mengarahkan Kementerian Luar menyiasat laporan dua rakyat Malaysia disenaraikan antara 14 suspek pengganas yang dipindahkan ke penjara tentera Amerika Syarikat (AS), Teluk Guantanamo dari pusat tahanan sulit CIA di negara asing.

‘‘Saya sudah arahkan Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar menghubungi orang kita di Washington untuk menyiasat perkara ini.

‘‘Apa yang penting ialah memastikan mereka dibicarakan secara adil di mahkamah jika benar terlibat,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Al-Quran di Muzium Kesenian Islam di sini di Kuala Lumpur semalam.

Semalam, Presiden George W. Bush mendedahkan mengenai pusat-pusat tahanan sulit CIA di luar negara yang kini dikosongkan dan kesemua suspek tahanan telah dipindahkan ke Teluk Guantanamo, Cuba.

Berdasarkan laporan berkenaan, pemindahan tersebut membabitkan 14 suspek pengganas termasuk dua rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Lillie @ Mohammed Nazir Lep dan Zubair.

Menurut Abdullah, kerajaan tidak berhasrat membawa pulang kedua-duanya untuk dibicarakan di sini memandangkan mereka tertakluk kepada undang-undang AS.

Apakah Imam Al Hadhari tidak menyedari bahawa beliau juga sama dengan Bush kerana memenjarakan ramai tahanan di bawah ISA di mana mereka ini langsung tidak dibicarakan. Antara tahanan yang masih dizalimi oleh Imam Al Hadhari ini ialah anak MB Kelantan Nik Adli Nik Abdul Aziz yang telah ditahan lebih dari 4 tahun.

Jangan cuba menuding jari kepada orang lain sedangkan diri sendiri lebih teruk dari orang yang dituding.

Apakah Islam Hadhari menghalalkan tahanan tanpa bicara sedangkan Islam menggariskan bahawa seseorang pesalah yang dituduh mesti dibicarkan dan diberi peluang membela diri. Dari aspek ini jelas menunjukkan Islam Hadhari adalah jelas terpesong.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59