Thursday, 7 September 2006

MUSA GANTI BAKRI SEBAGAI KPN YANG BARU


KUALA LUMPUR 7 SEPT : Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru, menggantikan Tan Sri Mohd Bakri Omar berkuatkuasa 12 September ini.

Pelantikan Musa telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah diperakukan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, merangkap Setiausaha Suruhanjaya Pasukan Polis, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pelantikan Musa, 55, dibuat berikutan tamatnya lantikan kontrak Mohd Bakri pada 11 September ini.

Musa yang berkelulusan undang-undang dari United Kingdom memulakan perkhidmatannya dalam pasukan polis sebagai Inspektor pada 11 November 1969.
Antara kursus yang pernah dihadirinya ialah dalam bidang kepimpinan dan pengurusan, Pemerolehan Risikan, Penguatkuasaan Dadah dan Undang-undang Narkotik.

Menurut laporan Bernama, sntara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Pegawai Pendakwa/Jenayah Melaka, Penolong Pengarah Bahagian Narkotik, Bukit Aman, Pensyarah Maktab Polis Kuala Kubu Baru, Pegawai Latihan di Bukit Aman dan Timbalan Penolong Pengarah Pendakwaan/Undang-undang Jenayah, Bukit Aman.

Beliau juga pernah menyandang jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah I, Bukit Aman (2001), Ketua Polis Johor berpangkat Deputi Komisioner (2003) dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman (2004).

Musa dilantik sebagai Timabalan Ketua Polis Negara tahun lalu.

Sumber : Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59