Friday, 8 September 2006

KASIHAN Umno TERPAKSA GUNA PELBAGAI CARA UNTUK HALANG DR MAHATHIR DARI MEMENANGI PEMILIHAN PERWAKILAN BAHAGIAN KUBANG PASU


Umno sebagaimana tradisi parti tersebut akan menggunakan segenap cara samada halal atau haram bagi memenuhi sesuatu hajat. Dosa pahala,undang-undang, etika dan akhlaq bukan menjadi soal bagi Umno dan pemimpinnya.

Islam Hadhari yang menjadi 'wirid' terbaru parti itu rupa-rupanya 'menghalalkan' cara tersebut walaupun ianya jelas bertentangan dengan agama dan undang-undang. Islam Hadhari juga gagal dijadikan pedoman untuk mendidik pemimpin dan pengikutnya supaya lebih berakhlaq dan berdisiplin.

Ugut, paksa, rasuah, rayu, janji, tipu dan macam-macam lagi sudah menjadi pakaian bagi mereka. Kalau sebelum ini taktik ini digunakan untuk mengalahkan pembangkang dan penentang dalam setiap pilihanraya dan pemilihan Umno kini Dr Mahathir pula menerima 'bahana' tersebut.

Ugutan

Harakahdaily melaporkan bahawa para penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad mula merasai tekanan apabila beberapa jabatan kerajaan dan badan berkaitan kerajaan mengeluarkan surat amaran, panggilan telefon dan juga perjumpaan.

Guru, pekerja kontrak badan berkanun dan jabatan kerajaan antara yang diberi tekanan agar berhenti melahirkan sokongan terbuka kepada Tun Dr Mahathir dalam pemilihan kali ini.

Ini berikutan satu pertemuan sulit antara Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah dengan pengarah jabatan kerajaan pada hari rabu lalu di Darul Aman Golf Club.

Beberapa orang guru yang dikenali menyokong pencalonan Tun Dr Mahathir sebagai perwakilan bahagian tidak diluluskan cuti oleh Guru Besar (Sabtu ini merupakan hari sekolah ganti di Kedah).

Tiga orang daripada mereka turut dimaklumkan berada di dalam senarai pertukaran Jabatan Pendidikan Kedah sekiranya terus berkempen untuk Dr Mahathir.

Seramai 26 orang guru yang menjadi perwakilan ke Mesyuarat Umno Bahagian kali ini dikatakan penyokong kuat Tun Dr Mahathir. Sebahagian mereka tidak diluluskan cuti oleh sekolah masing-masing.

Selain itu, antara yang menerima tekanan ini termasuk ketua cawangan yang bekerja sebagai pekerja kontrak Yayasan TEKUN, para perwakilan yang bekerja kontrak dengan Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Bekalan Air Kedah.

Mereka ini diingatkan supaya berhenti membantu sebarang usaha memenangkan Dr Mahathir dalam pemilihan perwakilan Sabtu ini atau menghadapi kemungkinan penamatan kontrak.

Rayuan

UMNO Bahagian Kubang Pasu juga dilaporkan membuat rayuan terakhir kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya menarik diri daripada bertanding merebut satu daripada kerusi perwakilan bahagian itu, Sabtu ini.

Ketuanya, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, sepucuk surat juga telah diutuskan kepada bekas Presiden UMNO itu memohon agar beliau memikirkan semula keputusan untuk bertanding.

Ini rayuan terakhir sebelum persidangan perwakilan Sabtu ini. Dengan rendah hati saya merayu kepada Tun, katanya yang sesekali kelihatan sebak pada sidang akhbar di pejabat UMNO Bahagian Kubang Pasu di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun Dr. Mahathir tidak dihalang untuk bertanding sebagai anggota perwakilan bahagian itu namun demi menjaga imejnya, UMNO bahagian itu merayu beliau menarik diri.

Kini Baru Kau sedar

Kini baru Tun sedar bahawa tarbiyah yang Tun berikan kepada anak buah Tun dahulu akhirnya memakan diri. Tun perlu sedar bahawa anak buah Tun ini sebenar orang-orang yang tidak berprinsip dan berpendirian. Mereka akan menyokong dan memuja orang yang hanya mempunyai kuasa dan projek. Tun sekarang dah tiada apa-apa lagi, yang tinggal hanya nama, gusi dan gigi.

Besok merupakan hari penentuan bagi Tun samada dipilih atau 'dibenamkan' oleh perwakilan dalam mesyuarat bahagian Kubang Pasu. Kalau Tun dibenamkan maka kita mengharapkan Tun jangan mudah mengalah, perjuangan Tun belum berakhir.

Kasihan Tun

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59