Friday, 1 September 2006

JALAN PETALING BAGAIKAN SYURGA PELACURAN DI NEGARA ISLAM HADHARI


KUALA LUMPUR 1 SEPT : Tidak terfikir di dalam fikiran kita bagaimana di dalam sebuah negara yang digelar negara Islam Hadhari aktiviti pelacuran dijalankan bagaikan di Hatyai.

Media melaporkan bahawa sambutan Hari Kebangsaan diraikan dengan cara ‘luar biasa’ oleh pekerja warga asing di negara ini apabila ribuan mereka menghadiri ‘pesta seks RM30’ di Lorong 4, Jalan Petaling di sini, pagi semalam.

Tinjauan Harian Metro selama tiga jam di kawasan berkenaan mendapati sarang pelacuran yang menawarkan perkhidmatan seks ‘harga runtuh’ itu bagaikan karnival jualan mega apabila kebanyakan pendatang berasak-asak di sepanjang lorong terbabit sehingga menimbulkan kekecohan.

Mereka seolah-olah tidak sabar untuk melihat puluhan pelacur yang menanti di hadapan bilik kecil.

Ternyata kawasan rumah tumpangan itu yang menyajikan khidmat seks gadis muda seawal usia 20-an menjadi tarikan pendatang Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal yang datang seawal jam 8 pagi.

Wartawan Harian Metro yang menyamar pelanggan dengan memasuki beberapa rumah tumpangan terkejut mendapati puluhan pendatang sanggup berbaris panjang menanti peluang melanggani pelacur.

Tinjauan mendapati ada sekurang-kurangnya tujuh rumah pelacuran di kawasan berkenaan dengan setiap satu menyediakan khidmat 20 pelacur.

Dalam tempoh kurang 30 minit, berpuluh-puluh pendatang berpusu-pusu memasuki rumah pelacuran terbabit yang menyediakan bilik kecil dilengkapi katil dan tilam.

Pada masa sama, beberapa bapa ayam yang berada dalam rumah pelacuran dua tingkat itu mundar-mandir sambil mengutip wang bayaran khidmat seks daripada pelanggan yang sudah membuat pilihan.

Seorang pendatang Bangladesh dikenali Nawab, 28, berkata dia bersama 10 rakannya menjadikan lokasi terbabit sebagai tempat pertemuan selain melakukan aktiviti seks.

Menurutnya, caj perkhidmatan seks yang murah ditawarkan selain pilihan gadis muda menjadi tarikan utama untuk dia berkunjung ke situ hampir setiap bulan.

Buruh binaan dari Balakong itu mendakwa setiap kali berkunjung ke Jalan Petaling, dia memperuntukkan sekurang-kurang RM60 untuk melakukan hubungan seks dengan dua pelacur sebelum beredar pulang ke rumah kongsi.

“Saya biasanya rehat dan minum dulu dengan kawan-kawan di restoran depan rumah tumpangan sebelum cari semula perempuan cantik. Sini murah dan boleh pilih,” katanya.

Menurutnya, dia dan rakan mempunyai pilihan sama ada melanggan gadis Indonesia, Nepal atau tempatan.

Kawasan pelacuran yang terkenal dengan jolokan ‘rumah cinta RM30’ terbabit sebelum ini pernah disita beberapa kali oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) namun masih terus beroperasi hingga kini.

Dalam serbuan terdahulu, DBKL tidak sekadar menampal notis sita, malah merampas semua peralatan perabot dan katil di 10 premis yang menawarkan aktiviti perniagaan seks, walaupun kerap diberi notis amaran.

Yang jelas pemilik rumah tumpangan terbabit masih meneruskan aktiviti tidak bermoral yang menyalahi Akta Hotel (WPKL) 2003 berikutan pendapatan lumayan yang diperoleh daripada ratusan pelanggan setiap hari.

Walaupun usaha merampas semua peralatan termasuk memotong bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut dilakukan di setiap premis terbabit, ia gagal menghalang sindiket pelacuran itu meneruskan operasi.

Anehnya pada bahagian hadapan rumah pelacuran terbabit, turut dilihat tertampal notis menjual atau menyewa bangunan itu bagi menunjukkan seolah-olah bangunan terbabit tidak lagi berpenghuni.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59