Friday, 1 September 2006

EKSPEDISI DAKWAH DPPN MELAKA DI MALAM MERDEKA BERJAYA


MELAKA 1 SEPT : Ekspedisi dakwah DPPN Melaka pada malam merdeka disifstkan berjaya apabila ribuan risalah berkenaan gejala murtad dan sosial diedarkan kepada rakyat negeri Melaka yang mengunjungi Konsert Malam Merdeka yang dijalankan di perkarangan Bangunan MITC di Ayer Keroh dekat sini pada malam 30 Ogos lalu.

Ekspedisi yang diketuai sendiri oleh Ketua DPPN Melaka, Us Kamaruddin Sedik itu telah dimulakan pada jam 10.30 malam. Seramai kira-kira 30 orang pimpinan pemuda negeri, kawasan dan ahli-ahli pemuda turut sama menjayakannya.

Rata-rata anak muda dan para pengunjung yang ditemui menyambut baik usaha yang dijalankan oleh DPPN Melaka.

Dari 'feeback' secara spontan, seorang penerima risalah berkata 'risalah ini betul juga'.

Us. Kamaruddin dalam ucapan penutupnya juga melahirkan rasa syukur kerana konsert pada itu terganggu berikutan hujan turun dengan agak lebat menyebabkan orangramai beredar dari tempat konsert tersebut dan ramai dari kalangan mereka pulang atau berteduh di Masjid MITC yang terletak berdekatan dengan tempat konsert.

"Insya Allah kita akan meneruskan program seumpama ini untuk mendekatkan pemuda dengan masyarakat dan muda-mudi" jelas Us. Kamaruddin ketika menyampaikan taklimat penutup kepada program ekspedisi tersebut.

Sementara itu tinjauan kami mendapati para pengunjung yang berteduh di dalam Masjid MITC langsung tidak menghormati masjid apabila ramai dari kalangan wanita yang tidak memakai tudung memasuki masjid. Begitu juga terdapat remaja yang memakai seluar pendek 'lepak' di dalam masjid sementara menantikan hujan reda.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59