Friday, 1 September 2006

CARA SAMBUT MERDEKA DI ZAMAN ISLAM HADHARI


IPOH 1 SEPT : Di zaman Islam Hadhari ini pelbagai cara untuk menyambur kemerdekaan. Semuanya seolah-olah di'halalkan' oleh Islam Hadhari. Antaranya program tradisional yang biasa dianjurkan dan digalakkan oleh pemimpin Islam Hadhari ialah konsert, pergaulan bebas dan sebagainya. Kadang-kadang program ini dicampurkan adukkan dengan bacaan yasin dan solat hajat. Di mana selepas program keagamaan dijalankan, program maksiat pula mengambil tempat. Maka tidak hairan kepada kita bahawa pelbagai gejala sosial dan maksiat sudah pasti akan berlaku pada malam merdeka.

Media melaporkan bahawa segelintir pengunjung majlis sambutan kemerdekaan ke-49 di Padang Ipoh, termasuk remaja yang masih di bangku sekolah didapati mengambil minuman keras sehingga mabuk ketika menunggu detik jam 12 tengah malam, kelmarin.

Perbuatan golongan terbabit, remaja Melayu menyebabkan majlis tercemar terutama kepada kanak-kanak yang menyaksikan persembahan kebudayaan dan artis.

Tinjauan Harian Metro mendapati bukan sahaja golongan berusia sekitar 18 hingga 25 tahun terbabit meminum minuman keras tetapi turut membabitkan golongan kanak-kanak berusia 10 hingga 15 tahun.

Difahamkan, golongan terbabit bukan sahaja mengambil minuman keras, malah turut meminum samsu dan todi.

Perbuatan mereka mengambil minuman keras secara terang-terangan menyebabkan ada di kalangan mereka yang hilang perasaan malu dan berani melakukan apa sahaja.

Kakitangan swasta, Ahmad Amirul Ibrahim, 35, berkata perbuatan golongan remaja dan kanak-kanak terbabit bukan sahaja memalukan malah dianggap keterlaluan.

Katanya, ini kerana majlis sambutan berkenaan adalah bagi melahirkan penghargaan terhadap kejayaan negara mempertahankan kemerdekaannya sejak 49 tahun lalu.

“Bukan sahaja golongan remaja menunggang motosikal yang mengambil minuman keras malah golongan `Mat Rempit Junior’ iaitu remaja berbasikal turut melakukan perkara tidak berfaedah itu.

“Berdasarkan kelakuan dan bau minuman keras pada pakaian, mereka sudah pasti mengambil minuman memabukkan itu sebelum datang bersuka ria di sini,” katanya kepada Harian Metro, kelmarin.

Sehubungan itu, Ahmad Amirul berharap ada pihak berkuasa yang mengambil tindakan terhadap golongan berkenaan yang menganggap malam berkenaan adalah malam bebas untuk melakukan apa sahaja.

Katanya, tindakan tegas perlu diambil kerana mereka bukan sahaja mencemarkan imej masyarakat Melayu malah perbuatan itu adalah sesuatu yang dilarang oleh agama Islam.

Dalam pada itu, Harian Metro difahamkan, beberapa premis menjual minuman keras secara haram dipercayai wujud di lokasi tertentu di bandar raya ini yang menjadi tumpuan golongan remaja berkenaan.

Selain menjual minuman keras berjenama, mereka juga menjual pelbagai jenis arak atau todi pada harga murah terutama kepada golongan remaja.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59